Thursday, August 20, 2009

Jawapan Pada Persoalan 48

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Guest1 Ust, digalakkan zikir/baca Quran di rumah utk keberkatan dlm rumah, adakah perlu dilakukan di ruang tertentu, eg ruang tamu/ruang makan/bilik, supaya lebih afdal. Bagaimana tentukan ruang yg paling afdal, ada rumah yg ada 2 ruang tamu. Macamana kalau masa baca tu kita sorang je diruang tu dan perlukah masa berzikir/baca Quran di dengari ahli keluarga lain? ahli keluarga lain sibuk diruang lain utk berkemas/bersiap? 2009-08-18 1:45 AM

1. Yang paling baik jika rumah ada ruangan solat, kalau tak ada, mana-mana pun boleh
2. Terbaik bersama keluarga
3. Jika yang lain sibuk, baca sendiri, jangan tak buat langsung

Ingintahu salam ustaz, boleh kah fidyah puasa di bayar dgn wang ringgit & bagaimana perkiraannya? t.kasih 2009-08-18 1:43 AM

Beras yang kita biasa makan dikalikan dengan 700 gram. Contoh, kalau kita makan jenis beras yang RM 4 sekilo, jadi, 700 gram bahagi 1000 gram kali RM 4 = RM 2.80

nor Salam. Bolehka wanita dlm haid potong kuku dan kuku tersebut dibawa semasa mandi wajib. Camna pula gambut yg gugur. 2009-08-18 1:33 AM

Boleh tapi tidak afdhal

Guest Menolak hukum didlm islam blh jadi murtad ...klu begitu bagaimana kedudukkan pemimpin kita yg tidak melaksanakan hudud.... 2009-08-18 12:57 AM

Sebab itu di Parlimen perlu ada ramai orang Islam yang ikhlas macam tuan.

li salam ustaz,bagaimana cara seorg anak nasiht ibu supaya hormat pd ayah. 2009-08-18 12:44 AM

Kalau kita cakap, ibu boleh dengar, maka boleh tegur, tapi kalau ibu tak boleh dengar, minta orang lain yang ibu hormati, paling kurang doakan.

Guest ustaz,kita hambaNya sentiasa berusaha berbuat yg trbaik,adakah Qada'&Qadar akan menentukan segalanya 2009-08-18 12:37 AM

Qada & Qadar urusan Allah, urusan kita adalah usaha. Jangan fikir urusan Allah, fikir usaha kita telah maksima ke belum.

Guest salam ustaz, saya syak isteri ada hubungan dgn lelaki lain apabila terbaca sms dlm hpnya...berdosakah saya dan apa yg perlu saya lakukan. 2009-08-18 12:35 AM

Cari bukti, buktikan dulu

Guest salam, boleh saya petik mana article dari blog ustaz dan letak dalam blog saya. byk penlisan yg menyentuh hati saya niat sy ingin berkongsi. t.kasih 2009-08-17 11:57 PM

Boleh..

Guest ustaz,kalu sy buat jht kt org,pasti cpt balasanya.tp klu org buat jht kt sy,sy tgk dia bahagia je.nape ye? 2009-08-17 11:34 PM

Tanda Allah sayang

Anggerikdesa.. Salam Ustaz..apakah harus mandi wajib bg seseorg yang telah berjimak dan kemudiannya didatangi haid..perlukah dia mandi junub..t/kasih ustaz 2009-08-18 4:26 AM

Sekali nanti mand,i apabila telah suci

Guest Ramai guna alasan Qada'&Qadar bila buat dosa- jwpn mudah salahkan Allah ke tu?Mcm tak insaf buat diosa. Kita diberi akal & iman buat pilihan yg betul. 2009-08-18 4:23 AM

Perlu tingkatkan ilmu

Guest Kita berdoa suami dijauhkan dr seorg wanita yg memudaratkan & minta tiada jodoh dgnnya. Bole ke kita doa atau makna kita tolak ketentetuan Allah? 2009-08-18 4:15 AM

Berdoa tak salah, yang salah kalau salahkan tuhan kalau tak diperkenankan

mawar Salam Ustaz.. saya menghadiri majlis bacaan yasin tetapi dalam keadaan haid,bolehkah saya membacanya di dalam hati 2009-08-18 4:10 AM

niatkan zikir

Azlan. Salam, ustaz. Imam sedang tahayat akhir lalu saya terus solat berjemaah sekali. Dapatkah saya pahala berjemaah? 2009-08-18 4:03 AM

Dapat

Guest terasa suami disihir krn habis duit & tambah berhutang utk satu perempuan ni. Boleh ke sbyg istikarah minta petunjuk disihir ke? Sbb nak usaha berubat 2009-08-18 4:01 AM

Boleh

aini salam..ustaz,mandi wiladah wajib bagi wanita yg baru melahirkan bayi..bagaimana kalau gugur kandungan?adakah perlu mandi wiladah juga? 2009-08-18 2:58 AM

Perlu

Qayyum salam ya ustaz. selamat berkenalan dari saya, Qayyum. 2009-08-18 2:27 AM

Selamat

Along Salam, ustaz.. 3 hari lagi Insyallah kita akan menyambut bln Ramadhan. Raya pn menjlma, biasala brslam2 x kira sepupu sppat, bpa/mk saudra dll bukn muhrim,utk elak kita pakai srung tngan. X salam, tkut dia malu. Apa pandangan ustaz. TQ 2009-08-18 7:00 AM

Tak payah salam langsung, letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat

Guest wajib ke ank pmpuan jaga ayah yg sakit tanpa izin suami walhal ade adik lelaki yang lbh ptt jaga ayah.suami berdosa ke tak izin saya jaga ayah saya? 2009-08-18 6:49 AM

Jika tak ada orang lain jaga, maka anak perempuan boleh jaga. Suami boleh tegah jika berlaku perkara yang tidak baik seperti berlaku lebih mudharat dan sebagainya. Isteri pula boleh buat jika tanggung jawab pada suami tak terabai.

Yang terbaik, suami perlu tingkatkan ilmu dalam hal ini.

Guest salam ustaz,anak perempuan kalu dah nikah tgggjwb utm taat pada suami. ibu saya dah meninggal dunia.bapa saya dah kahwin lain.mak baru sihat orangnya. 2009-08-18 6:46 AM

Mak baru kena jaga

guest dalam soal pemilihan jodoh mula2 da yakin nk pilih siapa tiba2 rasa was-was pula, adakah was-was itu dtgnya dr syaitan 2009-08-18 6:13 AM

Istikharah, pilih lintasan pertama

guest ustaz..klu kite dah bt solat istikarah byk kali tp masih dlm keraguan lg tu tandanya Tuhan xnak kita tahu ke? atau ada sebab2 tertentu,terutamanya 2009-08-18 6:07 AM

tandanya, Tuhan suruh buat istikharah banyak-banyak kali

Iezzah eSalam...srg wanita tlh didtgi haid dan mendpati haidnya hbs pd waktu zohor,ttp dia hya dpt mandi pd waktu asar (sbb bkerja)perlukah qhada solat zohor 2009-08-18 4:52 AM

Perlu

Iezzah Salam Ustaz..apakah hukumnya mengambil wuduk di dlm tandas 2009-08-18 4:34 AM

Makruh

nurQaseh salam ustaz..nk tanya adakah aurat wanita islam dgn wanita bkn islam?adakah sm dgn bukan mahram? 2009-08-18 2:01 PM

sama

guest Ass'kum.Ustz sy mgaji x habis,dulu mgaji main hafal saja.Ustz cdangkan pd sy kat mana sy nak bljr mgaji.sy berhajat sgt blh mbaca alquran.sy ddk d S.A 2009-08-18 1:00 PM

InsyaAllah, nanti lepas raya, ada seorang ustaz di Shah Alam nak mula kelas mengaji untuk dewasa, nanti hubungi saya balik lepas raya, saya kenalkan

mujahidah ustaz,ape hukum menonton wayang dengan suami di pawagam..saya dah cari kat entry ustaz kalo2 ada jawapannya tapi tak jumpa.syukran ustaz. 2009-08-18 11:22 AM

Boleh jika ceritanya baik dan tidak timbul perkara yang lebih buruk.

Guest sebelum bala Allah turun ada tanda2 spt tsunami,jika kita tahu tandanya apa perlu kita lakukan 2009-08-18 10:47 AM

Wajib hindarkan

mama salam ustaz, bagaimana cara terbaik untuk menegur seseorang yang berpakaian menjolok mata atau berkelakuan tak senonoh. 2009-08-18 10:43 AM

Buat baik dengan dia dulu, kalau dia dah selesa dengan kita baru tegur

Guest salam ustaz..apa hukumnya jika kita bercium mulut dgn isteri pada bulan puasa? 2009-08-18 9:03 AM

Kalau kita masih muda makruh, kalau dah tua,harus

anggerikdesa Salam ustaz..dlm bulan puasa bolehkah kita mengambil suntikan cthnya insulin..dan hukum mencabut gigi di bln ramadan 2009-08-18 8:28 AM

Insulin boleh jika dimasukkan bukan dari rongga, cabut gigi bulan Ramadhan tidak batal jika tidak tertelan, tapi seelokknya, hindarkan

Wan Wahid Ust, tolong sms no telefon Ustaz kpd saya di 013-2553300. Ada perkara penting yang nak dibincang. sekian. Jzklah. 2009-08-18 8:09 AM

Hubungi PA saya, namanya Ustaz Muhamad Abdullah Zamhari, 012-3018369

Aida salam. ustaz, saya kurang paham dengan sedekah jariah bagaimana yang dibawa ketika mati. sedekah yang x lasting cth bg makan org berbuka.... sedekah tabung masjid untuk maintenance masjid byar api air2009-08-18 8:05 AM

Sedekah Jariah adalah sedekah yang kekal seperti menyumbang untuk pembinaan masjid, sekolah dan sebagainya.

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
20 Ogos 09, jam 5.30 petang

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...