Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan. Soalan kali ini adalah soalan dari e-mail saya. Saya kongsikan jawapannya dengan kita semua.
Assalamualaikum ustaz,
Saya ada mengemukakan soalan berkaitan antara mana yg perlu di dahulukan antara ibu angkat dan ibu kandung.Sebenarnya persoalannya agak rumit tp x ckp ruang.
Begini, saya ada memelihara seorang ank angkt lelaki yg mana dia bukanlah org lain tetapi ank saudara saya sendiri.Dia adalah ank luar nkh adk perempuan saya.Saya kawin sebaik sj graduate krn suami sy skrg mncdgkn agr ank di dlm kndgn adk sy dijadikan ank agkt kami.Saya sgn dgn kebaikannya dan bersetuju.
Tahu sjlah kalau keadaan ini berlaku.Saya menanggung aib dgn kluarga mertua ttp mak dan abah serta adk sy selamat dr malu. Keluarga mentua saya baik.Berbalik kepada ank ini.Amtlah sukar utk mendidiknya dan sy kkdg menangis disebabkan kedegilannya.Ank2 kndg sy seramai 3 org lg alhamdulillah sng nk didik.adk sy tdk prnh brty khbr anknya ini w pun mll sms.tp jumpa ketika kami di kg shj.
adk sy br bkahwin dec 08 tp blm dkurniakn ank.persoalannya di sini jk dtakdirkn adk sy tdk ada ank dan telh tua dan sy pl mminta ank agkt sy tggl dgn sy dan mnjga kami suami isteri dihari tua,ttpi di ms yg sama adk sy mminta anknya ini mnjaganya siapakah yg ptt ank agkt sy turuti arhn ibu kndgnya atau sy?
sy x mahu ank agkt sy berdosa.utk pgthuan ustaz suami adk sy skrg bknlah bapa biologi ank ini.Dahulu kami mgmbil kptsn utk mgambil ank ini krn adk sy mahu mmberikannya kpd org/rmh kbajikan setelah ggl mgugurkn anknya itu.
Sy mnasihatinya agr tdk mggrkn kndgn krn ianya berdosa dan sy mgambil risiko menrma ank dlm kndgnnya w pun d tkdrkan cacat mamndgkan plbgai cr dgunakan adk sy utk mggrkannya.Satu lagi sy sekali2 tdk akn mnyrhkan kmbali ank ini kpd adk sy mmndgkan dia seorg yg begitu meremehkan ursn agma, tdk mnjaga solat akhlak yg buruk dll.
Sy mmg btl2 mahu ank sy mnjadi ank yg soleh dan mukmin yg sejati.Suami sy juga mmntgkn aspek ini tp mlgnya keluarga sy dan adk sy ini amt jauh dpd agama.Jadi bagaimana ustaz?
1)Adakah apa yg sy doakan utk ank2 sy smpai kpd ank agkt sy yg mana sy selalu mendoakan ank2 saya dan ank agkt sy sbgai anak2ku.
2)Jk ada 2 pendapat,yg mana wjr dpatuhi pndpt sy atau adk saya sekiranya ank sy tlh tahu kedudukanya yg sebnrnya? Cthnya sy iginkn ank sy beljr di mesir dan kalau boleh jd ustaz (insyaallah) dan anak sy skrg mmg sukakanya tp adk sy akn mencebik stiap kali sy pggl ank agkt sy ustaz(dia 7 thn dan selalu jd pak imam solat adk beradknya yg kcl).
3)adkh doanya kelak smpai kpd kami sekiranya kami tlh mnggl dunia,mmndgkan kami hy ibu bapa agkt?
4)apakah ibu kndung sebegini mmpunyai keistimewaan sebagaimana ibu2 kndg lain? dan ibu agkt ttp ibu agkt?
Sekian, sahaja ustaz assalamualaikum.
Pertama yang perlu kita faham ialah, Islam mendahulukan lafaz akad. Jika dari awal akak dah lafazkan bahawa akak akan menjaga anak ini, maka hak penjagaan adalah atas akak. Anak ini juga, lebih berkewajipan mendahulukan akak kerana lafaz awalnya.
Walaubagaimana pun, ia tetap perlu menghormati ibu kandungnya.
Persoalan bernombor akak adalah seperti di bawah
1) Sampai
2) Dulukan ibu angkatnya kerana telah dilafazkan bahawa kak yang akan menjaganya
3) sampai
4) Ibu kandung tetap ada kelebihannya, tapi kak sebagai ibunya sekarang di atas lafaz dari mula.
assalamualaikum ustaz saya tidak tahu bila sebenarnya sesesorang itu perlu membayar zakat contoh nya zakat gaji bulanan. bagaimana kiraan wajib untuk dia membayar zakat tersebut. seterusnya zakat KWSP Salam ustaz,
Zakat gaji boleh dibuat potongan setiap bulan atau setelah setahun. KWSP di kira setelah dapat semuanya
Akak nak tanya ttg masalah haidh..
Akak ada prob haidh yg lama, kdg2 hingga 12 hari tp tk pernah smpi 15 berterusan. Cuma kdg2 selepas 15 hari ada jugak kluar tanda tapi bkn darah. Dulu2 hanya 7-9 hari aje. Setelah cek dgn doktor pakar, akak ada masalah endometriosis, dan doktor bg tau mmg ianya tk bole diubati melaikan sehingga menopause atau pun buang rahim..Dan doktor bg tau kalau dah 9-10 hari , dah boleh solat sbb dah consider darah penyakit.
Jadi soalan saya, betulkah saya boleh solat dan puasa spt biasa. Pada hari ke berapa saya bole mula solat. Kalau ikut kita belajar dulu, selepas 15 hari bru bole solat..Saya confuse, tk tau samada bole puasa dan solat smula.
Trima kasih.
Kalau doktor pakar telah sahkan bahawa darah itu bukan haid, maka boleh ikut nasihat dokotr pakar ini.
Salam,
Ustaz, anak saudara saya adalah pelajar dari tajaan syarikat swasta,
sekarang sedang mengikuti kursus Diploma kejururawatan di Kolej
Nursing Tun Tan Cheng Lock & Hospital Assunta. Tiap tiap hari dia kena
ke kelas yg mana tenaga pelajar adalah dari kalangan non muslim dan
kena buat rondaan di wad setiap hari. Masaalah nya adalah hospital
Assunta adalah sebuat hospital missionary dan dimana mana terdapat
lambang salib + juga gambar 2 yang sangat berbau Kristian, salah
seorang rakan nya dari tajaan swasta dalam sessi bersama penaja telah
dipaksa membaca doa (doa kristian) pada setiap kali sessi perjumpaan
bersama penaja. Pelajar melayu tidak ramai & tidak berpeluang
melakukan usrah dan sebagainya. Surau disediakan tapi facility di
surau yg disediakna amatlah terhad, kipas pun tak ada. Saya pun agak
risau akan pegangan agama anak saudara saya dan juga rakan rakan nya
yang lain. Maklum sahaja lah budak belasan tahun, pegangan agama pun
tak seberapa. Macam mana nak buat ye ustaz
Jazakallah
Kalau tajaan swasta yang belajar di situ, soal keagamaan boleh bertegas, boleh berbincang dengan bahagian kawalan akidah di Majlis Agama Islam.
Kalau dia paksa, maka pihak kolej boleh di kenakan tindakan.
salam ustaz,
saya nak bayar fidyah untuk 2 tahun lepas kepada pesakit HIV yg ustaz uruskan. tapi saya x ingat jumlah hari.maka,saya nak bayar untuk 10 hari(saya yakin 10 hari melebihi dari jumlah hari yang sepatutnya). berapa jumlah wang yang saya perlu bayar?
Satu hari bersamaan 700 gram beras yang biasa kita makan. Nilaikan. Kalau di Selangor, satu hari RM 1.75 sen
Salam, ustaz saya nak bertanya Apakah hukum sekiranya sorang perempuan memakai tudung tp memakai tshirt berlengan pendek kemudian menyarungkn sarung tangan hingga menutup pergelangan tanganya.Diharap ustaz dpt memberi jawapan bagi kemusykilan saya. Sekian, terima kasih
Tutup aurat bahagian kepala selesai. Tutup aurat pergelangan tangan belum sempurna. Ini kerana, walaupun telah tutup warna kulit, tapi masih Nampak bentuk tubuh. Kena lebih sempurnakan.
Sumber rezeki dari perniagaan sarang burung.
Assalamualaikum,
Ustaz, saya bercadang untuk menceburi perniagaan sarang burung. Saya minta pendapat ustaz samada sumber rezeki dari perniagaan ini dianggap halal dari syarak atau sebaliknya.
Sedikit latar belakang tentang perniagaan sarang burung ini.
1. Burung yang dimaksudkan adalah dari jenis "walet" (bahasa indonesia), sejenis burung layang-layang.
2. Sarang burung ini dihasilkan dari air liur burung yang dikeluarkan yang akan mengeras menjadi sarangnya.
3. Sarang yang dihasilkan akan digunakan untuk membesarkan anaknya, apabila anaknya telah besar, pengusaha akan mengambil sarang tersebut
4. Sarang yang kering ini akan dibersihkan dan dimasak dengan herba-herba cina, dijadikan sup atau
makanan lain
5. Masyarakat Cina mempercayai makanan sarang burung akan memberi kesihatan
6. Pengusaha akan membina rumah burung yang berbentuk rumah tanpa tingkap
7. Rumah ini biasanya digelapkan kerana burung ini dasarnya hidup didalam keadaan gelap
8. Pembeli dan pengguna biasa adalah orang cina
9. Harga produk ini mahal, boleh memcecah hingga RM3,000 - RM5,000 sekilo bergantung kepada gred.
Kemusykilan saya, cara kehidupan burung ini didalam keadaan sedemikian (gelap dan rumah yang dipenuhi najisnya) dan produknya hanya dimakan oleh orang bukan Islam. Minta Ustaz huraikan sedikit permasalahan
saya ini.
Cara hidup burung itu tidak menjadi masalah, produk itu juga tidak menjadi masalah untuk diusahakan. Pada saya ia harus. Cuma kalau dah untung jangan lupa bayar zakat.
Salam Ustaz,
Boleh tak saya tinggalkan wasiat untuk 3 org anak saya (2 lelaki & 1 p'puan). Lelaki & p'puan sudah kahwin.
Wasiatnya :
1. Saya nak minta persetujuan suami supaya dihibahkan rumah itu kpd anak bongsu saya slps umurnya 18th. Saya memikirkan dlm masa 10 thn lagi harga rumah tentu mahal sgt, saya kasihan takut dia tak mampu beli. Anak2 yg dah kahwin jika ada rezeki, insyaallah akan beli tak lama lagi.
2. Jika saya meninggal sblm sempat dpt duit EPF + simpanan dlm TH & Takaful, saya mahukan mereka menggunakan wang itu utk memperbaiki kerosakan rumah.Selebihnya baru dibahagikan ikut faraid.
Sekrg rumah atas nama suami (1) dan saya (2). Bayaran ansuran dipotong dari pencen suami. Selama ini pun suami tak pernah ambil tahu kalau ada kerosakan, semua saya yg usahakan. Dia terlalu berahsia, sanggup kata tak ada duit. Saya tau dia ada byk simpanan (ada bukti, pernah jumpa buku akaun). Tak kisah, itu hak dia.Harta dunia.
Tujuan saya nak memperbaiki rumah:
1. Utk keselesaan anak cucu dtg dan supaya dpt dijadikan tempat berkumpul serta mengeratkan lagi hubungan adik-beradik antara anak2 saya.
Soalannya, wajibkah anak2 saya keluarkan zakat bagi semua simpanan saya sblm ia digunakan? Apakah wasiat saya ini (menggunakan wang utk memperbaiki rumah) bertentangan dari segi hukum syara'. Kalau suami tak setuju, saya terpaksa akur.
Syarat wasiat tiga
1. pada orang Islam
2. tidak boleh melebihi 1/3
3. tidak boleh pada waris
Soalan pertama, jika mati nak bagi rumah pada anak, tak boleh nak laksana, kerana wasiat tak boleh pada waris
Soalan kedua, wang simpanan boleh wasiatkan untuk baiki rumah tetapi tidak boleh melebihi 1/3 dari nilaian harta
Saya cadangkan, agar puan buat hibah (pemberian) terus pada anak bongsu tu. Beza wasiat, ia terpakai ketika dah mati, hibah berkuatkuasa ketika kita hidup lagi.
Seterusnya, Zakat simpanan kalau kita hidup belum ditunaikan, maka kena waris kena tunaikan
Wallahu Alam,
Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
16 Ogos 09, jam 8.45 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment