Saturday, August 22, 2009

Jawapan Pada Persoalan 50

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

tonet Salam. Ustaz ckp "Cerai hanya dibenarkan jika berlaku mudharat, kalau puan memang mudhrat mental sebab itu, maka boleh", tp sy kesian plk kat ank. Ank masik kecik (2 th) n manja dgn papa dia. Suami sy agak baik juga n btanggung jwb cuma x pernah SOLAT d spjg pkahwinan (4th) Sy sgt ttekan... Tiada jaminan = ada dier/sy yg PERGI dulu... Klu dier pergi dulu, TIADA apa2 yg d tinggalkan utk kami 2 b'ank bg meneruskan kehidupan. Kini, harapan sy sepenuhnya ttumpah pd ank lelaki sy..Sy takut nak bsalin lg krn bimbangkan jika sy TIADA, apa akan jadi dgn ank... Jika sy yg TIADA pula, tiada jaminan dier akan sedekahkan sy Fatihah krn x pernah SOLAT 5 waktu. Mcm mn ust? Bantu la sy..... 2009-08-21 6:20 AM

1. Jadi, janganlah minta cerai, doakan suami berubah, sampai bila? Sampai kalau tak puan meninggal, dia meninggal.

2. Mengenai siapa pergi dulu jangan rungsing, kalau kita mengimani suami penyelamat, maka dia akan mati dan meninggalkan kita, kalau kita mengimani Allah yang menyelamatkan dan membela, Allah itu hidup dan tidak mati.

3. Jangan sampai tak nak beranak kerana bimbing. Sebab, kita tak tahu mana satu anak yang akan menjadi anak yang soleh, mana tahu, anak yang kita hindarkan itu sebenarnya yang bakal mendoakan kita di akhirat nanti.

4. mengenai amalan, jika kita tak boleh nak harap siapa yang nak bagi sedekah pahala kat kita, buat amalan sendiri. Banyakkan sedekah, wakaf, bantu anak yatim, bantu orang susah, bantu orang miskin, infak harta untuk pembangunan masjid, rumah anak yatim sekolah dan sebagainya.

guest ustaz..pd bulan ramadhan yg lalu pd waktu slps sahur sy hampir mati lemas krn ade sesuatu yg mencekik sy swktu tidur.. slps dibca ayt kursi dlm keadaan spruh sedar..baru la "benda' tu lpskn sy..ustaz bln puasa ade jin@syaitn jugak ke? adakah tandanya org hantar sihir? tp sy tidak nmpk 'benda ' tu 2009-08-21 5:36 AM

1. jangan tidur lepas sahur, solat dan baca al-Quran, sebab, nanti takut terlepas subuh
2. Apa perkara yang mencekik saya tak tahu, mungkin perasaan, mungkin jin, mungkin malaikat yang kejutkan untuk solat, mungkin makanan kita yang menyekat saluran penafasan. Yang penting, jangan takut, hanya Allah yang memudharatkan dan memberi manfaat.

damia *Slm ustz.Sy tlh b'kwin hmpr 6thn.Gj sy lbh byk dpd suami n rmh,kete dsb sy yg tgung sb sya ksiankn suami.sy pn x ksh klu suami x bg duit sb sy tau kdaan dia.Lgpn dia ttp jlnkn t'jwb sbg suami.Soaln sya adakh b'dsa klu suami x prnh blikan apa2/bg duit kat sya tp dia bleh plk blikn pkaian utk adk llki dia yg dh b'kwin n mg duit kat ank sdara ppuan dia yg tgh study?Mak ank sdara dia (kkak ipr sya) dh kmatian suami tp dr segi ekonmi hdupnya lbh sng b'bnding sya n suami krn ada byk aset n ddk d kg n bdsakah sya klu sy prnh btau suami sya x iznkn suami gna duit sya utk fmily dia lg2 tnpa pngtahuan sya krn sya kcl ht dg skp fmly dia yg mcm xfhm kdaan suami sya n lgpun fmly mrtua sya bknnya org ssah n suami sya bknlah ank satu2nya ank lki yg ada.rmai lg abg2 yg ada n sume dh b'kwin n lbh sng b'bnding kami. 2009-08-21 7:00 AM

1. suami kena bagi nafkah walaupun isteri kaya melainkan isteri telah meredhainya, seperti kes puan

2. Perkara yang puan telah redha tak perlu ungkit lagi, kerana takut pahalanya hilang

3. Suami tolong orang lain sebab dia masih ada iman. Kita sebenarnya tidak tahu susah orang lain melainkan jika kita rapat dengan dia. Mungkin puan pun tak tahu kesempitan ipar dan saudara suami sebab suami tak cerita atau mereka tak cerita pada puan di atas sebab tertentu.

4. kadang kala di dunia ini, dengan tidak terlalu berkira dengan orang lain, Allah juga tidak berkira dengan kita. Mana tahu, kedudukan puan sekarang adalah kurniaan Allah hasil ikhlasnya puan membantu keluarga kerana suami tak berapa mampu.

5. dikhuatiri, jika sudah mula berkira dengan manusia, nanti Allah juga mula berkira dengan kita.

6. Yang terbaik, doa pada Allah untuk terus dimurahkan rezki

tonet Slmt Myambut Bln RAMADHAN n Slmt Bpuasa 2009-08-21 6:50 AM

terima kasih, tonet, sedap nama…

FOZI Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak.. 2009-08-21 6:46 AM

Terima kasih Fozi..

tonet Blh x sy HIBAH kan rmh, segala harta benda sy, KWSP kpd ank sy shj n sedikit utk suami n kakak/abg yg bakal mjaga ank sy sebg saguhati? 2009-08-21 6:36 AM

boleh, hibah adalah pemberian kita semasa kita hidup. Nak bagi sesiapa pun tak ada masalah.

guest salam..mslh kentut pun ty ustaz isk..isk.ustaz tq jwb soalan, kdg2 jwpn ustaz agak lucu tp ade bnrnya..sbb soaln2 y yg di ty pembaca agk lucu, slmt berpose 2009-08-21 8:25 AM

kadang kala, memang ada orang nak tahu sungguh.

tonet Ust, lps sy luahkan apa yg tbuku d hati, rasa lega sesgt... Hrp ust dpt tlg ringankan prblm sy... 2009-08-21 8:17 AM

minta pada Allah untuk berikan jalan keluar masalah kita, saya hanya berikan laluanya, sesungguhnya, yang memberi ketenangan hanyalah Allah

Guest us. mcm mana cara utk saya lunaskan dam ihsar krn tak buat tawaf dan saie semasa umrah sunat. saya dah ada di malaysia 2009-08-21 8:14 AM

Taubat dan kirimkan pada orang

Aida salam ramadan ustaz. mohon ampun maaf andai ada tersalah bicara sepanjang saya bertanya2009-08-21 7:54 AM

Sama-sama kita

blue ocean Slm Ramadhan buat UNCLE SJ.Sya rsa uncle ni baik orgnya cuma dr sgi p'tuturan n bhsa yg uncle guna tu x brpa ssuai..kan lbh baik klu uncle gnakan bhsa yg lbh b'hkmah sb bhsa yg b'hkmah ni lbih mnusuk prasaan org yg m'dgr..x gitu ke uncle?mka uncle tu dh la srius & klu uncle trus gnakan bhsa yg x ssuai mcm tu rsanya mmg x ptut..Tgk mcm ustz amin dia jwb sume baik2.Jgn mrh ye uncle.. 2009-08-21 7:23 AM

Saya rasa SJ tak sampai tahap uncle lagi, masih peringkat abang sebab masih muda

blue ocean Slm ustz.Bla ustz nk b'angkt ke Mekah?Sya doakn ustz slmt prgi dan blik.Smga sumenya d prmudahkan Allah. 2009-08-21 7:21 AM

26 insyaAllah.

tonet Ust, ada x DOA yg blh d amalkan utk memudahkan mjaga n mdidik ank.. Sy rasa kekurangan sifat keibuan sbb x de pengalaman n ank sy mrupakan segala2nya 2009-08-21 9:39 AM

itu kena tingkatkan ilmu keibuan, baca buku dan dalam internet pun banyak. Kita berbuat dan memandang dengan ilmu yang ada pada kita.

Baki yang tak mampu, serah pada Allah. Doa dalam bahasa Melayu pun bagus

tonet Klu tgk wajah Ust nie, sejuk n tenang je rasa hati... Sy sentiasa mdoakan agar ank sy mjadi ank yg SOLEH n x kan mlupakan sy bila dah bjaya kelak.... 2009-08-21 9:33 AM

amin..

tonet Blh x kita SOLAT TARAWIH 8 rakaat d Masjid n 3 rakaat SOLAT WITIR d lakukan d rmh? 2009-08-21 9:29 AM

boleh

tonet WAJIB ke kita ikut arahan suami (yg ada unsur2 paksaan) utk mlakukan sesuatu pkerjaan yg kita x suka? Klu x ikut, bdosa x? Keja 2 mmg x myalahi undang2 tp c ISTERI x suka nak buat.... Kenapa suami suka paksa isteri bkerja sdg kan tugas mcari nafkah kan ke keja org lelaki? Sy kesian dgn kakak sy.... Tpaksa mnurut je kehendak suami dier walaupun hati x rela sbb takut derhaka n bdosa... Sampai bila dia harus mhadapi situasi yg x myenangkan ini? Umur bkn muda lg... Dah 47 th... Ank cuma 1 org, umur 18 th....2009-08-21 9:19 AM

Saksikanlah, kakak puan ada ciri-ciri ahli syurga

guest ustaz.............sy suka sgt dgn blog ustaz ni 2009-08-21 8:55 AM

terima kasih,

guest ustaz...ramalan kiamat 21/12/2012 bole dipercayai ke, sebab tanda2 kiamat da nmpk sgt skrg dunia da nk berakhir 2009-08-21 8:35 AM

nama pun ramalan, tak boleh percaya pada ramalan

Guest salam utz,adakah sah puasa saya kerana terlupa niat?sbb sya x sdar bangun pg td 2009-08-22 6:18 AM

Niat ialah lintasan hati, kalau malam dah ada lintasan hati nak puasa esok, maknanya dah berniatlah tu..

Fatin Salam ustaz...saya wanita berkerjaya..sblm saya pergi kerja,saya akan berada didalam wudhuk...soalan saya,mana lebih afdal sama ada bersalam dgn sua suami saya sblm kluar bekerja atau tidak perlu utk kekal berwudhuk.. 2009-08-22 5:31 AM

Salam suami lebih afdhal, alaskanlah ketika salam biar tak batal

yana ustaz, bolehkah saya niat dan bayar fidyah melalui online (eg: maybank2u) kpd mana2 pusat zakat? 2009-08-22 1:51 AM

boleh

yazihjahiri salam ustaz, time kita so.tarawehmana lebih utama membaca bersama imam, membaca selepas imam atau tak baca- harapkan bacaan imam ; kita tadabbur saja. 2009-08-22 12:05 AM

Afdhal baca selepas imam, tapi kalau imam ekspres, kalau tunggu tak sempat baca, maka baca terus

izah ustaz..sye ade mslah dalm mendrikn solat..niat tok soalat ade..tp ble masok wakatu sye jdi mls..tlong sye ustaz... 2009-08-21 5:41 PM

selalu amalkan “la haula wala Quwwata Illa Billah”

Sya Salam ustaz.Lanjutan dr soalan sy mengenai kencing x lawas,"tanpa disenggang dgn perkara lain", klu zikir dan doa pun x boleh ke ustaz? 2009-08-21 12:28 PM

Kalau confirm memang tak lawas itu menitis maka tak boleh zikir dan doa yang terlalu panjang

zulaikha Baguskah kalau kita bermimpi sedang membaca al-quran bersama seorang ustaz? 2009-08-21 10:52 AM

bagus

Guest Slm ust,ada wanita yg pakai telekung tapi tak pakai baju ketika b'solat,jd bila m'gangkat takbir,nmpk bhgn dlm & t'dedah auratnya,batal tak solatnya? 2009-08-21 10:09 AM

Aurat yang biasa bukan yang diintai. Kalau memang perhati secara intai, maka orang tadi sah solatnya. Tapi kalau, memang terlalu jelas Nampak, maka tak sah solatnya.

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
22 Ogos 09, jam 3.55 petang

4 comments:

mazuki said...

salam unstaz.....boleh bagi alamat email..saya ada soalan ...bagaimana nak bagi duit peninggalan ayah saya..saya ada 5 beradik seibu sebapa,2 drpdnya lelaki....ada 2 org kakak yg sebapa berlainan ibu,dan 2 org kakak lagi seibu berlainan bapa...macamana kiraannya ustaz?mak saya pulak macamana kiraannya..terimakasih

KangNasir said...

Salam ramadhan ustaz.

tksh kerana luangkan masa utk menulis.

Ustaz Amin said...

ibu 1/8, adik beradik lelaki dan perempuan 1 nisbah 2

Bab faraidh ini akan banyak persoalan berbangkit, terbaik, hubungi pejabat agama terdekat

iekin said...

skrng ini sy tgh bercinta dgn seorang pemuda yang muda setahun dr sy.dia lyn sy dgn baik,tp ustaz sy tk ykin yg die mampu membimbing sy kerna skapnya yg mash kebudakan dan pengetahuan agama yang kurang dan dr segi ekonomi dia jugak agak tidak stabil..ustaz saya berharap dapat seorang suami yang boleh membimbing saya menjadi hamba allah yg lbh bertaqwa dan dpt mendidik ank2 sy nnti.saya ingin ptuskn hbugan ini tpi sy tkut melukai hatinya sbb dia bnar2 mencintai sy ,sy tkut sy takkan bahagia atau jmpe laki yang saya inginkan jika sy melukai hatinya.ustaz tlg sy