Satu usaha yang bagus di dalam mendedahkan kaedah memborong di China. Ini kerana, orang Islam kita di Malaysia ini, telah mula berniaga, tetapi masih mengambil barang dari orang yang bukan Islam.
Lebih-lebih lagi, ada sesetengah ustaz memberikan tanggapan bahawa, menjadi kaya itu negetif.
Jika para ustaz, 15 tahun dahulu telah mengajarkan ilmu perniagaan Islam di masjid, sudah tentu sekarang ini, banyak lahir para peniaga yang hebat.
Saya ingin berkongsi beberapa isi penting pembentangan ini.
Berniaga merupakan satu amalan yang mulia dan ia merupakan sunnah Nabi.
Banyak hadith menggalakkan kita menjadi orang yang berniaga dan kaya antaranya,
1. 9 /10 rezki dalam perniagaan
2. Yang paling terbaik adalah rezki yang diusahakan oleh tangan sendiri
3. Rasa iri dibolehkan terhadap 2 perkara, antaranya ialah ingin mencontohi seorang yang kaya yang menginfakkan hartanya di jalan Allah
Miskin adalah perkara yang ditentang di dalam agama. Di dalam hadith, ada menyatakan bahawa:-
1. Miskin menghapiri kufur
2. Meminta-minta tanpa usaha mendatangkan kehinaan
Tapi mungkin ada yang bertanya, kenapa Nabi meminta untuk mati di dalam keadaan miskin. Ini kerana, nabi menyarankan kita untuk memindahkan harta yang kita ada ke akhirat. Miskin di dunia akan menjadikan kita kaya di akhirat jika kita memindahkan harta kita ke akhirat.
Ada lima kebaikan peniaga dan orang kaya di dalam Islam
1. Kelebihan Bentuk Diri
i. perkara berkaitan dengan solat. Solat perlukan pakaian, tempat solat, sumber air, ilmu dan sebagainya. Maka ia memerlukan kewangan untuk memenuhi perkara ini. Orang kaya, malahan boleh menjangkau lebih jauh lagi di dalam perihal solat seperti membina masjid dan sebagainya
ii. Haji, ia memerlukan harta untuk menunaikannya
2. Peranan Bentuk Keluarga
i. Nafkah
ii. Hibah
iii. Wasiat
iv. Faraid
Peranan Bentuk Masyarakat
i. . Amar Makruf Nahi Mungkar
ii. . Wakaf
iii. al-Qardu (pinjaman)
iv. Takaful (insuran)
v. Musyarakah (perkongsian)
vi. Mudharabah (memodalkan)
Peranan Bentuk Negara
i. Zakat
ii. Infaq
iii. Pengurusan Harta Haram
iv. Dakwah
v. Jihad
Peranan Bentuk Ummah
i. Dakwah Antara Bangsa
ii. Bantuan Antara Bangsa
iii. Jihad Antarbangsa
iv. Wakaf Antarabangsa
Di akhir pembentangan ramai yang bertemu dengan saya. Mereka jarang mendengar mengenai menjadi kaya di dalam konteks agama. Biasanya, kursus menjadi kaya dibahaskan di dalam lingkungan perbahasan sekular.
Sesungguhnya, kaya adalah digalakkan di dalam Islam. Yang disuruh kita perhatikan ialah
i. bagaimana cara nak kaya, jangan terlibat dengan perkara haram dan sebagainya.
ii. bagaimana setelah kaya, ada tanggung jawab yang perlu ditunaikan
iii. hasil kaya, adakah semakin merapatkan kita dengan Allah atau sebaliknya.
Jika ketiga-tiga ini dapat di sepurnakan, maka, kita akan menjadi kaya dengan iman. Sesungguhnya, dengan Islam, anda akan menjadi kaya.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
17 Ogos 09, jam 12.10 tengah malam
Ini bossnya, sedang ditemuramah wartawan
Kursus di Quality Hotel
Saya melontarkan idea agar diwujudkan sebuah universiti wakaf yang dapat menampung pengajian secara percuma seperti yang berlaku di al-Azhar di Mesir. Ini peranan orang kaya pada masyarakat dan negara
4 comments:
Satu lagi contoh menarik yang mungkin Ustaz tertinggal dalam artikel di atas.
Ustaz ada cerita mengenai barang-barang kepunyaan Nabi kita yang hebat-hebat.
Dari segi pedangnya, kudanya, alat-alat kelengkapan lain. Semuanya jenis yang berkualiti tinggi dan mahal.
Jadi tak salah orang Islam menjadi kaya.. tul ke ???
Ustaz nak tanya,
maaf kalau x ikut saluran betul.heheh.
saya ada pertanyaan ttg byrn fidyah:
1) sekarang harganya (secupak beras) rm 1.20/hari ke?
2)kalau saya nak buat bayaran fidyah melalui online (e.g: maybank2u) boleh ke? contohnya saya bayar kat tabung baitulmal negeri lain (kalau negeri kelahiran saya tiada dalam sistem).
3)Bayaran fidyah tu kalau saya orang perak kena bayar kat perak ke?
4)Niatnya macam mana kalau melaui online?
Terima kasih banyak2 ustaz.
xsalah untuk umat Islam menjadi kaya asalkan dengan kekayaan itu dapat pula dimanfaatkan untuk Islam yang kita cintai...
Pembetulan:
menghapiri = menghampiri
Post a Comment