InsyaAllah, kita akan berkuliah di dalam bulan Ramadhan ini, semoga ia memberi kebaikan pada kita.
Di dalam sebuah hadith, walaupun statusnya lemah, tapi boleh dipakai untuk tujuan Fadha’il Amal. Baik untuk perhatikan:-
“Kalaulah sekiranya umatku mengetahui apa yang ada di dalam bulan Ramadhan maka sesungguhnya mereka akan mengharapkan sepanjang tahun itu adalah Ramadhan
Jadi, apa yang ada pada bulan Ramadhan sehingga jika kita tahu, kita akan mahukan seluruh tahun jadi Ramadhan. Ada 10 perkara:-
1. Ada puasa
Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan di dalam keadaan beriman dan mengharap-harapkan (janji Allah) maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu (Hadith Riwayat al-Bukhari )
Beza puasa Ramadhan dan puasa pada bulan lain ialah, di bulan Ramadhan sambil puasa, dosa kita akan diampunkan.
2. Ada Gandaan Pahala
Di bulan Ramadhan ini, telalu banyak gandaan pahala yang Allah berikan
3. Berita gembira
i. mengenai dirantainya syaitan
ii. dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka (hampirnya hamba Allah dengan syurga)
4. Ada amaran
i. hilangnya pahala puasa
Berapa ramai orang yang berpuasa tiada baginya pahala melainkan lapar (HRAhmad)
ii. kecelakan orang yang tidak berpuasa dan tidak mendapat ampunan dari Allah
5. Penunaian zakat fitrah
Ia sebagai pembersih bagi diri dan pelengkap pada kekurangan puasa malahan diberi ganjaran yang menunainya dengan kurniaan istana-istana di syurga.
6. Solat Tarawikh
Tidak dijadikan pada bulan lain, hanya bulan Ramadhan sahaja. Kelebihan yang mendirikannya
7. Lailatul Qadar
Nabi memberikan petunjuk iaitu 10 malam akhir pada bulan Ramadhan, ia bermula dari waktu maghrib sampai Subuh. Barang siapa yang beribadah pada malam ini, maka pahalanya lebih baik dari seribu bulan.
8. al-Quran
Allah turunkan al-Quran pada bulan Ramadhan, Nabi selalu mengulangi bacaan bersama jibril pada bulan Ramadhan. Jadi, sunnah mempertingkatkan bacaan al-Quran pada bulan ini.
9. Ada keredhaan
Bulan ini penuh dengan keredhaan Allah jika kita bersungguh di dalam amalan. Kita ke syurga bukan kerana amalan kita, tapi kerana redha Allah pada kita.
10. Idul Fitri
Hari raya sebagai hadiah untuk seseorang bergembira di dalam lingkungan agama. Sunat melahirkan kegembiraan pada hari ini.
Setelah kita tahu 10 perkara mengenai Ramadhan ini, marilah sama-sama kita bersedia menghadapi Ramadhan
Mudah-mudahan selamat kita di dunia dan selamat kita di akhirat
“Bicara Ilmu, Menambah Iman Menambah Pengetahuan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
1 Ramadhan/ 22 Ogos
Jam 3.05 petang
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment