Monday, August 31, 2009

Jawapan Pada Persoalan 54

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan.

ZAHIAH salam ustaz, saya ada sedikt persoalan, bagaimana puasa bagi pesakit yg menjalani dialisis? adakah BATAL atau bagaimana? 2009-08-27 1:17 AM

Tak batal

tonet TQ SJ krn m'ingatkan sy.... Tp sy x kan bhenti btanya pd Ust apa yg sy x tahu sehingga la klu Ust ckp, 'Sudah2 la tu Tonet...' 2009-08-27 1:09 AM

tonet Sama2 Daud... Information nie sy dpt pon bila Blue Ocean yg tanya bila Ust nak pegi n blk dr Meca. 2009-08-27 1:08 AM

Lina Salam Ustaz,adakah seorang suami juga mempunyai t/jwb kepada ibu bapa mertuanya?sebesar mana ustaz? 2009-08-27 12:52 AM

Jika keluarga mertua ada anak lelaki, maka tanggung jawab itu terletak di bahu anak lelaki tersebut. Jika tidak ada, maka suami kena bantu seperti keluarganya sendiri

Guest Ustaz, adakah batal wudhuk kita jika bersalam dgn org bukan islam (kafir). 2009-08-27 12:22 AM

Tidak jika sama jantina

blue ocean UNCLE SJ..Pertanyaan,Kunci Pengetahuan.. 2009-08-27 10:33 AM

nur sy nak tanya.bolekah kita jama' qasar isyak di luar kawsn umh kita tp solat mgrib di rumah, sblm msk wktu isyak? 2009-08-27 10:07 AM

kena keluar dari rumah kecuali darurat atau memang tidak ada pilihan

Guest Dah masuk ramadan pun SJ nie tak berubah 2009-08-27 8:41 AM

Guest assalamualaikum. ustaz,saya nak tanya berkaitan dengan puasa nazar. sekiranya kita bernazar untuk buat puasa sunat 6,bagaimana dengan niatnya? 2009-08-27 7:01 AM

Sahaja aku berpuasa nazar bulan syawal, kerana Allah taala.

Udin Salam Ustaz, saya bekerja & menetap di Selangor, boleh tak saya bayar zakat fitrah di Kelantan? TQ 2009-08-27 6:51 AM

Boleh

nor salam ramadan untuk semua pengunjung blog.moga Allah merahmati kita semua. 2009-08-27 6:26 AM

terima kasih, Allah rahmati kita semua, amin..

http://hjarshad.blogspot.com SEMUGA SELAMAT SMAPI KE MADINAH DAN MAKKAH ALMUKARAMAH.. 2009-08-27 5:21 AM

Alhamdulillah, selamat sampai

Aida salam. ustaz, saya join tadarus, tapi bila mereka bertadarus hari bekerja siang saya x dapat pegi. berenti juzuk 8, mggu dpn dah juzuk 15, dapat ke pa..pahala khatam alquran.. 2009-08-27 3:55 AM

Khatam Quran kena hadir semua, tapi, semoga Allah yang Maha Pemurah memberikan ganjaran lebih dari itu, amin…

tonet Klu d alam nyata, blm tentu kita berani nak tanya sbb MALU. Peluang dah tbuka luas utk kita, buat apa nak d sia2kan... Walaupun kdg-kala soalan yg d kemukakan tu npk simple je, tp kita perlu ingat, x semua bpeluang utk bljr tinggi... 2009-08-28 12:48 AM

rina saya setuju dgn tonet , di sinilah peluang kita untuk menimba ilmu walaupun nampak soalan cam simple tp sebab kita x berilmu, kenalah bertanya. 2009-08-28 1:33 AM

aisya_nur salam ustaz. bolehkah melakukan solat2 sunat spt solat taubat, hajat, di siang hari spt pkl 10am atau lepas zohor. tq ustaz.. 2009-08-27 11:14 PM

boleh

anggerikdesa Salam Ukhuwah buat semua..Semoga Puasa kita diberkati dan segala amalan kita mendapat rahmat dan keredhaan dr Allah..Amin ya Rabalalamin. 2009-08-27 11:06 PM

amin…

aminah salam ustas, bgmana nak kira zakat pendapatan..t kasih 2009-08-27 10:10 PM

2.5 % setelah ditolak nisab, rujuk pejabat agama, panjang jika nak terang di sini.

Guest123 salam ramadan, klu kita bgn lewat boleh x kita solat subuh masa tu atau tunggu solat zohor dan koda selepas tu 2009-08-27 3:00 PM

Terus buat

blue ocean org baik2 mmg'h rmai yg 'rindu' x kira llki atau ppuan..rindu kebaikannya,ttur katanya n kbjaksanaannya mjwb soalan dg pnuh hkmah.. wpun mgkn pmbca blog ni x prnh jmpa pn dg ustz amin tp ketulusan bdi pkrti bliau dpt dlihat dpd cra bliau mjwb sume soalan yg dtnya.. 2009-08-27 10:39 AM

Puan Marina salam tonet, maaf kalu terasa, sy sekadar menegur. tak salah kalau bertanya, cuma ada bicara hati tonet yg sy rasa kurang manis diluahkn mungkin luahan itu dibaca oleh isteri ustaz. sekali lagi maafkn sy, tak berniat menyinggung, sekadar menegur 2009-08-28 7:23 AM

tonet Spt mn kata blue ocean "org baik2 mmg'h rmai yg 'rindu' x kira llki atau ppuan..rindu kebaikannya,ttur katanya n kbjaksanaannya mjwb soalan dg pnuh Maaf ya, sy ingatkan Puan Marina nie isteri Ust.... Rupa2nya bkn.... 2009-08-28 7:34 AM

MAWAR SALAM USTAZ.. sy nak tanya.. kalau seorg ppuan sdh berkahwin...kewajipan taat adalah pd suami..bgmna plk taat dia kpd ibu..mana nak didahulukan..t.ksh 2009-08-28 5:14 AM

Jika telah berkahwin, maka ketaatan pada suami di dahulukan

Hidup. Isteri saya sering sakit kepala dan badan selepas magrib,jumpa doktor tak tau sakit apa. adakah itu tanda sihir. bagaimana nak ubatkan. 2009-08-28 3:56 AM

Baca selawat syifa dan banyakkan doa pada Allah, insyaAllah, Allah beri kesembuhan.

Darling05 Salam. Ustaz, bolehkan dlam solat sunat,ketika sujud akhir, kita berdoa 2009-08-28 3:22 AM

Boleh tetapi, jika dalam bahasa Melayu, hati-hati, jangan terkeluar ikut lisan

dalillah salam ustaz.. Bleh tak doakn supya kami mndpt chya mta srta d limphkn rzki.Mohd yusof b. abd latif(suami) dyg irawati bte awg serabah(istri) 2009-08-28 3:16 AM

Amin.. Allah sentiasa bersama keluarga puan..

Guest Salam ustaz, anak sy jtera di pelantar minyak yg bekerja sebulan di laut dan sebulan di darat, bgmn solat jumaat nya yg memang tertinggal 3x berturut- 2009-08-29 1:02 AM

Di dalam mazhab Syafie, syarat solat jumaat, mesti cukup 40 orang. Kalau tak cukup, maka gugur kewajipan jumaat, buat solat zohor macam biasa.

Shamsul Amin Ustaz, saya ada satu soalan, apakah hukum memakai kanta lekap dalam bulan puasa, adakah puasa kita sah? 2009-08-28 2:42 PM

Sah sebab mata bukan rongga

Shamsul Amin soalan kedua, sejauh mana kita harus memusuhi yahudi, sedangkan allah menyuruh kita melakukan kebaikan kepada semua bangsa.?? 2009-08-28 2:44 PM

Kasih dan benci kerana Allah. Usaha ke arah dakwah. Ketika saya di Palestin, antara perkara yang paling ditakuti Israel ialah, anak-anak mudanya telah mula ramai yang masuk Islam.

dr linda ustaz muhammad org paliing baik pernah saya kenal. 2009-08-28 12:51 PM

semoga Allah mengampuni saya dan puan

ika lorr..ustaz da kawin ke 2009-08-28 9:33 AM

semoga Allah terus berikan kebaikan pada kita semua, amin..

Guest slm ustaz, sy nk minta izin utk link.smg Allah memberkati 2009-08-28 8:57 AM

Silakan

MAWAR saya sudah pernah berjumpa ustaz ni , dengar ceramah beliau mengenai kepentingan setiap umat islam utk menjd usahawan bg membangunkan ummah di hotel quality KL...memang menarik tazkirah beliau..rasa tak nak bg dia berenti berckp... mngkin ustaz msh ingat masa seminar bagaimana membrng brg dr china pd 5 ogos, 2009 2009-08-28 8:12 AM

Alhamdulillah

http://hjarshad.blogspot.com Alhamdulillah Ustaz Amin selamat sampai bersam rombongan ke Makkah jam 3.00 petang. 2009-08-30 4:27 PM

Alhamdulillah

blue ocean hmm...besnya bca pnglman2 ustz kat sna.. 2009-08-30 2:23 PM

Alhamdulillah

Guest ustz,apa status daging ayam pada pendapat ustaz?? 2009-08-30 6:46 AM

Saya kurang faham soalan ini, nanti tanya balik yang lebih detail.

putri salam ustaz,adakah baki puasa yang belum diganti apabila tiba ramadhan yang baru perlu diganti secara berganda?dan fidyah pun berganda?tk. 2009-08-30 5:30 AM

puasa tak ganda, fidyah ada pendapat mengatakan ia berganda. Tunaikan semampu boleh,semoga Allah merahmatimu

berfikir dgn waras salam ramadhan 2009-08-30 3:27 AM

salam

Mat Ustaz..nak tny,lepas makan saya ada sendawa,masa sendawa tu,ada rase makanan naik atas ke kerongkong, pastu saya telan blk, batal tak puasa sy ustz? 2009-08-29 10:03 PM

Kalau masih dalam lingkungan tekak, tak batal sebab belum keluar anggota zahir, tapi kalau dah sampai pangkal lidah, maka kena keluarkan

Guest Salam ustz. jika seseorg yg byr hutang kita dari hasil menyanyi, adakah itu dianggap syubhah? Mcmana pula bila hutang yg dibyr itu kita simpan t.haji 2009-08-29 7:14 PM

Dia hutang kita dengan duit yang baik, maka apa yang dibayar tak perlu kita tanya

SYM Apakah berbezaan dan hubungan diantara Bani Israel dan Yahudi? 2009-08-29 2:06 PM

Bani Israel bangsa, yahudi adalah golongan Bani Israel yang ingkar dan derhaka.

Kak Ann salam ustaz, ibu saya jalani dialisis dari pkl 3-7 or 4-8pm, melewati waktu asar, boleh ke jamak zuhur dan asar? tk ustaz. 2009-08-29 8:37 AM

Boleh

Guest salam ustaz. saya baru saje kunjungi blog ini. selalam brpuasa. 2009-08-29 2:10 AM

Terima kasih

Albairaha Syeikh..alfu mabruk!! mg selamat di sana..jgn lupa doakan ana di sini dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak yang soleh solehah 2009-08-31 5:55 AM

Amin.. Allah bersama tuan dan keluarga tuan..

butterfly assalamua'laikum ustaz,nak tanya nie, cam ne klau org 2 puasa,tp x ttup aurat, x solat?? 2009-08-31 5:38 AM

masih perlukan tarbiah, puasa dan ditingkatkan, yang lain juga perlu ditingkatkan.

Ziema Salam ,ustz wajibkan kita membaca doa iftitah setiap kali memulakan rakaat dalam smbyang terawih. 2009-08-31 12:48 AM

Doa iftitah itu sunat hukumnya. Nak baca boleh nak tinggal pun tak apa, Cuma jika buat banyak pahala.

Ziema Ass'kum.slmt mngerjakan umrah dan slmt pegi dan kmbli smula.seronok baca semua tulisan ustz disana.usta doakan smoga sya ditatapkan iman,jadi solehah 2009-08-31 12:46 AM

Amin.. Allah memberikan hidayah pada saya dan puan, amin…

HambaAllah salam ustaz,bolihkah kita menunaikan teraweh 8 & witir 3 berjemaah kemudian bangun mlm smbg teraweh lgi 12,slmt mnunakn umrah,tlng doakan sy drhmtiNya 2009-08-31 12:44 AM

Boleh

al-amin ustaz, bila ustaz akan pulang ke Malaysia? 2009-08-31 10:38 AM

9 September insyaAllah

blue ocean Slm ustz,blakah wktu yg ssuai utk solat sunat isyra' n apakh klbihn solat sunat ini? 2009-08-31 10:12 AM

ia selepas terbit matahari dalam 20 minit, tengok kelendar waktunya.

sweetheart 1.Slm ustz.Sy b'umr 31 n mpnyai sorg ank.Sy bcdg utk smbg bljr n xde hlgn dpd suami tp mgkn blm rzki dh apply xdpt.Khdpn kmi blh dkatakn agk stbil n sy nk smbg bljr sb nk tmbh ilmu.Tp kdg2 bmbg jg rmhtnga akn t'abai krn kje sy sbg pnddik skrg mmg sgt sbuk.Soaln sy mnakah lbh afdal..smda truskn niat utk smbg bljr klu ada rzki or tmpukn phatian pd rmhtnga dlu mmndgkn ank sy bru b'umr 5thn n akn bskolah thn dpn.sy tkt yg dkjr xdpt yg ada ccir 2009-08-31 10:00 AM

kalau bidang yang puan ingin ambil, orang Islam tak ada ambil lagi, maka sambunglah belajar. Kalau bidang tu orang dah banyak ambil, dulukan keluarga

Jan 5 thn lps sy keluarkan duit KWSP sbanyak RM12,000, tetapi sy lupa untuk mmbayar zakat. Brapakah jumlah yg perlu sy byr skarang? 2009-08-31 8:53 AM

2.5 %

Adamin Salam Ustaz, sy bru mengeluarkan duit KWSP sbanyak Rm50,000. Berapakah jumlah zakat yg perlu dikeluarkan? 2009-08-31 8:51 AM

2.5 %

manjazana ramadhan kareem 2009-08-31 8:16 AM

Allah memberkatimu

ingin tahu apa hukum bercinta semasa alam persekolahan? 2009-08-31 6:11 AM

bercinta dengan ilmu dulu..

hukum bercinta tak kira sama ada semasa sekolah atau tidak, sama aje. Kena jaga, jangan sampai jatuh haram.

monte bayu slm ustz, apa amalan utk beroleh zuriat? doakan kami ya ustz.2009-08-31 12:54 PM

banyakan baca surah Maryam

Ana salam ustaz, sampaikan salam saya pada Rasulullah SAW, dan mintak tolong doa agar hajat kami (sy dan suami) tercapai insyaALLAH. tq 2009-08-31 1:28 PM

Amin.. Allah bersamamu

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
31 Ogos 09, jam 5.10 petang

1 comment:

^inas^ said...

terima kasih ustaz.
byk sy dpt nih.

doa kan sy yg tgh perbaiki diri ni..

slmt berpose..