“Tuan-tuan dan puan-puan nak dengar satu kisah” kata saya pada ceramah keibu bapaan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 Shah Alam. Saya penuhi ceramah ini pada 15 Ogos 09 jam 9 pagi.
“Seorang kakak berkedudukan menghubungi saya” kata saya memulakan kisah.
“Ustaz, mak kakak kena kanser kerongkong, doktor dah suruh balik, ada dekat rumah kakak sekarang ni, boleh tak datang bacakan Yasin” kata kakak ini.
“InsyaAllah boleh, tapi malam sikit kak ye, sebab lepas Maghrib sampai Isyak saya ada progam” jawab saya.
“tak apa, tak apa” katanya penuh lembut.
Malam tersebut, setelah habis program, saya dan beberapa orang sahabat datang. Rupa-rupanya, orang masijd baru sahaja balik. Kakak ini menjemput orang masjid untuk membacakan surah Yasin pada ibunya.
Saya dan sahabat menyambung hingga telah malam.
Hari esokya, kakak ini sekali lagi menghubungi saya dan menyatakan hasranya seperti semalam.
“InsyaAllah boleh, tapi malam sikit kak ye, sebab lepas Maghrib sampai Isyak saya ada progam” jawab saya. Sama seperti jawapan sebelumnya.
Malam kedua, sama seperti malam sebelumnya, kami datang ke rumah kakak ini dan orang masjid baru sahaja balik.
Hari ketiga, tidak telifon. Jadi, saya beranggapa bahawa sakti ibu ini sudah ringan.
Hari keempat telifon. Kali ini kakak ini bertanyakan satu soalan.
“Ustaz, kenapa emak saya tak mati lagi ustaz? Bolehkah saya cabut sahaja oksigen mak saya ini ustaz?”
Saya beristighfar panjang. Cuba kita bayangkan. Ibu menjaga kita sejak kecil sampai ke besar, tak pernah rasa ingin memudhratkan anak, tapi anak menjaga ibu, empat hari sudah tidak sabar.
Hari kelima kakak ini tidak menghubungi saya.
Hari keenam, ibunya meninggal.
Saya tak tanya, adakah ibunya meninggal kerana dia mencabut oksigen tersebut atau tidak.
Ibu ayah yang hadir pada pagi ini juga turut beristighfar panjang. Tapi itulah hakikat anak-anak sekarang jika kurang didikan agama.
Oleh itu, walau sehebat mana kita mendidik anak kita,jangan lupa untuk terapkan didikan agama pada mereka. Semoga mereka akan menjadi penyejuk mata kita di dunia dan menjadi pembela kita di akhirat.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
17 Ogos 09, Jam 11.50 malam
Semua orang mahu mendapat anak yang soleh, tapi tak semua orang dapat. Ini kerana, mereka lupa bahawa agama yang membuatkan seseorang menjadi baik
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment