Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan
Udin Salam Ustaz... Makruhkah mandi sebelum maghrib di bulan puasa sedangkan ia telah menjadi amalan harian walaupun bukan di bulan puasa? TQ 2009-08-22 4:46 PM
Makruh jika banyak
Udin Salam Ustaz, sekiranya makmum hanya sempat tahyat akhir bersama imam semasa solat jumaat, berapakah bil. rakaat yg perlu ditambah oleh makmum? TQ 2009-08-22 5:05 PM
4 rakaat sebab tak kira dapat jumaat, Cuma tak berdosa kerana tinggal jumaat. Paling kurang untuk dikira jumaat dapat satu rakaat dengan imam
Udin Salam, sekiranya hanya sempat 1 rakaat bersama imam semasa solat jumaat, berapakah jumlah rakaat yg perlu ditambah? TQ 2009-08-22 5:03 PM
Satu
Udin Salam Ustaz... Apakah hukum bagi imam yg tidak baca fatihah dgn kuat semasa solat maghrib/isyak? TQ 2009-08-22 4:54 PM
Tak dapat pahala sunat menguatkan suara
Udin Salam Ustaz, ketika sy sedang solat sunat ba'diah maghrib di surau ada seorang makmun yg datang lewat lalu menjadi makmun sy. adakah sy perlu bc kuat? 2009-08-22 4:52 PM
Tak perlu
Guest Salam, bagaimn nak niat bayaf fidyah melalui mayban2u kpd pusat zakat 2009-08-23 1:05 AM
Niatkan membayar fidyah
mamadeeba Salam,uztaz. Alhamdulillah, saya brtemu dgn blok ni.Alhamdulailah saya tlh 3x ke Tanah Suci.Kebelakangan ini hati sye amat merindui utk ke sana lg. Soalan: Apakah yg terbaik sye lakukan,sye mampu utk ke sana lg.Adakah itu cara terbaik utk sye
2009-08-23 1:04 AM
itu memang kelebihan Mekah, kalau mampu pergi lagi..
Salleh Bolehkah saya korek telinga pada waktu siang di bulan ramadhan? Kalau tidak adakah perlu di qadhak dan bayar fidyah puasa? 2009-08-22 11:39 PM
Jangan sampai masuk ke dalam, kalau masuk dalam batal puasa. Batal kena qada’
penyoal salam ustaz..macam mana nak tau masuk waktu subuh dlm flight?tq 2009-08-22 9:59 PM
lihat terbit matahari atau pesan pada pramugara/pramugari untuk maklumkan pada kita
Fida Saya baru bersalin, dah 40hari, masalahnya nifas kejap ada lagi kejap takde, bila nampak dah takde saya mandi dan solat seperti biasa, tiba2 esok ada lagi, adakah sah solat saya sebelum tu, confuse saya nak mandi wajib ke tak time2 camtu.... 2009-08-23 4:11 AM
Tempoh nifas 60 hari, jika bersih mandi dan solat, jika keluar balik tak perlu solat. Jika lebih 60 hari maka ia dah darah penyakit. Ketika itu jika ada darah pun, kena solat
Guest Salam Ust; slmt berngkat ketnh suci .Doakan utk kak murah rezeki n smpai ksana [Hati ini trlalu ingin kesana tp blm mampu] 2009-08-23 3:32 AM
Terima kasih, insyaAllah, kak ni sapa nama? macam mana nak doa kalau nama tak tahu..
rozi slm utz,ayh sy skt trlantar atas katil mak baru jaga.buang air semua atas katil.kesian mak baru cuci ayh hari2i. abg & adik lelaki brdosa ke tk tlg? sy ank pompuan.nk tolong malu nmpk aurat ayh.suami sy wjb tlg ke ustaz? 2009-08-23 2:29 AM
Mak dan adik beradik lelaki yang kena bantu
Guest ustaz,hasil pendapatan yg tak bersih diasingkan dan kemana patut disalurkan,bolihkah d buat begitu 2009-08-23 2:06 AM
Belanjakan pada perkara yang umum boleh guna seperti buat jalan, tandas dan sebagainya
lbfctpah salam ust..sy sorg surirumah..punyai 2 org anak kecil 3 dan 1 thn..bolehkah sy semb jamak utk memudahkan urusan dlm menguruskan anak2.. 2009-08-23 2:04 AM
jamak berlaku kerana 5 sebab
1. musafir
2. sakit
3. hujan yang memudharatkan
4. hajat (yang tak boleh elak seperti exam/ jem dijalan raya yang tak boleh elak)
5. darurat (seperti doktor di dalam pembedahan)
Walaubagaimana pun, dalam mazhab Syafie, sebab ke empat dan kelima tidak banyak dibahaskan. Ini kerana, Imam Syafie khuatir nanti ada orang yang mudah-mudah menggunakan sebab hajat dan darurat untuk meringankan sembahyang.
Dalam kes puan, saya berpendapat tak boleh nak jamak.
buntujwpn salam ustaz... 2009-08-23 1:13 AM
apa soalannya?...
sayabdakbaek Selamat berposa 2009-08-23 1:11 AM
selamat..
Guest salam.ustaz blh kite membazir bende yg x elok mcm dapat ringtone percume 2009-08-23 7:40 AM
Membazir ialah membelanjakan sesuatu diluar keperluan. Walauapa pun, membazir memang tak bagus
iza pahala solat terawih di masjid dan di rumah sama ke?mn lebih afdal? 2009-08-23 7:25 AM
afdhal di masjid
Guest Salam, boleh baca qran tanpa wudu? 2009-08-23 6:37 AM
Boleh
iza ustaz..apa hukumnya membenci bapa yg slau bersikap panas baran dan suka menyuruh melakukn perkara yg menyakitkan hati sy, walaupun benci sy dlm doa sy selalu mendoakn kebhgian ibu bapa dunia dan akhirat 2009-08-23 5:36 AM
jangan benci mak ayah, nanti Allah balas, anak anda benci pada anda pula..
Guest assalamualaikum.ape hukumnya makan sipu babi 2009-08-23 4:33 AM
Apa-apa yang Nampak jijik maka haram. Kalau di kebanyakkan tempat di Malaysia, ia ditakrifkan sebagai jijik, maka haram. Kalau budaya sesebuah kampung, tak Nampak jijik, maka boleh..
Syakirah Ustaz berdosakah saya, masa bapa saya susah saya bagi dia duit tiap2 bulan, sekarang ni hasilladang dia dah banyak, saya cuma bagi kalau dia nak guna duit jer dan belikan ubt2an ibu saya jer setiap bulan, bapa memang tak pernah minta kalau dia tak perlukn duit 2009-08-23 4:19 AM
Kalau nafkah dia dan cukup, tak berdosa
Guest assalamualaikum.ade x surah yg melindungi kite drpd terkene sihir selain surah kahfi 2009-08-23 4:17 AM
Yang pendek sikit amalkan empat Qul..
Fida, salam ustaz Suami saya kata solat yang saya tertinggal waktu sakit nak bersalin tu kena qada', masalahnya waktu nak bersalin tu dah kuar darah, betulke kena qada' 2009-08-23 4:15 AM
Kalau dah dikiri nifas, maka tak perlu,
Wallahu Alam,
Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
23 Ogos 09, jam 4.21 petang
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan...
1 comment:
salam ustaz.hrp sudi membantu sy.sy sdh byk tidak mengqada puasa di atas kejahilan sy.sy ingin menqada, namun
1. sy tidak ingat berapa hari yang harus sy qada kn.
2. bagaimana jikalau hari terlampau byk sehingga sy xmampu utk qada seblm ramadhan seterusnya?
3. perlukah sy membayar fidiyah?
4. kalau perlu membayar,bagaimana caranya?
5. bagaimna pula kalau fidiyah yg perlu dibayar terlampau byk sehingga sy xmampu dr segi kewangan?
6. ke manakah dan pada siapa perlu sy membayar fidiyah?
sy berhrp sgt ustaz dpt membantu sy.
Post a Comment