“Ustaz, Dato’ Hj. Khusrin dah sampai. Ustaz jauh lagi ke. Zi2” Abang Azizi menghatar message pada saya.
Hari ini, Khamis 20 Ogos 09, Dato’ Khusrin yang juga pengerusi JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ingin melawat rumah HIV untuk orang Islam yang telah diusahakan.
Sebelum ke sini, Dato’ Khusrin baru sahaja melawat rumah dari Yayasan Budi di Kuang. Rumah di sana dijemput untuk bersama-sama menyelamatkan orang dari gereja tempohari.
Alhamdulillah, di sini penghujungnya, tetapi, saya tetap berkeyakinan bahawa, bagi setiap penghujung adalah permulaan bagi sesuatu.
Saya ingin menceritakan coretan peristiwa kisah penghuni HIV di gereja ini dan penglibatan MAIS di dalam hal ini.
23 Jun 09, pertama sekali saya menjejakan kaki ke gereja tempohari. Saya dijemput untuk memberikan ceramah pada saudara seIslam kita di sana tetapi saya tidak terkeluar apa-apa perkataan. Bukan kerana mereka pesakit HIV, tetapi kerana tempat itu di gereja. Hati ini rasa sangat terpanggil untuk mengeluarkan mereka dari sana.
Selepas itu saya sibuk menguruskan pelajar ke Turki.
Pulang pada awal Julai, saya mulai berusaha kembali. Saya menghubungi sahabat dari MAIS untuk urusan ini.
5 Julai, mesyuarat di rumah USJ 6, penempatan sementara penghuni HIV di sini. Ia dihadiri oleh Nurhani dari MAIS.
7 Julai 09, pagi ini, sekali lagi saya menziarahi mereka. Semangat semakin berkobar-kobar untuk melihat mereka dikeluarkan.
Malam ini, sahabat dari MAIS, dari berbagai unit sama-sama turun ke rumah USJ 6 untuk berbincang mengenai usaha yang boleh dibuat. Perbincangan malam ini tidak ada kata pemutus. Di hujung perbincangan, ia menjadi panas, tetapi dapat diredakan.
13 Julai pagi, saya dibawa oleh Nurhani untuk bertemu sendiri dengan Dato’ Adzib, pengerusi MAIS. Dato’ begitu terkejut kerana maklumat yang beliau dapat selama ini ialah penghuni di situ tidak mahu keluar.
Dato’ Adzib meluluskan RM 50 000 dan diletakkan di bawah seliaan bahagian Riqab.
Pada petang ini, saya menziarahi lagi saudara seIslam di gereja ini. Tekad untuk mengeluarkan mereka sebelum Ramadhan dikuatkan lagi. Rombongan petang ini disertai oleh sahabat dari Media dan NGO lain.
Rabu 15 Julai 09, Saya, dan sahabat dari MAIS bersama-sama menemui En. Mohd Johar, Pengurus Besar Hospital KPJ Selangor, dahulu dikenali sebagai SMC memohon katil untuk pesakit.
16 Julai, surat khabar sinar mengeluarkan artikel mengenai penghuni di gereja ini. Pada waktu petang, saya menghadiri mesyuarat di MAIS yang dipengerusikan oleh Dato’ Khusrin, pengerusi JAIS. Dato’ Khusrin mahu perkara ini diselesaikan dengan segera.
Unit Riqab mencadangkan agar Yayasan Budi terlibat dengan usaha ini. Hari ini, baru saya bertemu dengan mereka.
23 Julai, saya dan Kak Liza melihat rumah di Petaling Jaya, disebabkan banyak rumah yang menolak untuk disewakan apabila mengetahui bahawa rumah ini adalah untuk penempatan HIV.
30 Julai, penghuni yang sudah bersama kita, mulai berpindah ke rumah baru ini.
Rumah di Petaling Jaya ini sudah mula diduduki dan semakin ramai yang dapat dikeluarkan.
7 Ogos, MAIS membelikan barang-barang keperluan rumah ini seperti tilam, mesin basuh dan sebagainya.
17 Ogos 09, bahagian riqab MAIS membuat taklimat pengendalian HIV bersama Rumah Ukhwah (kita), Yayasan Budi dan dari NGO, PENAWAR.
18 Ogos, sebahagian lagi yang masih di sana dikeluarkan dan ditempatkan di Yayasan Budi.
20 Ogos, dua hari sebelum Ramadhan, hanya tinggal dua orang sahaja muslim yang masih di dalam gereja itu. Ini kerana, mereka mahu melihat perjalanan rumah yang ada dahlulu. Jika bagus penjagaanya, barulah mereka mahu mengikut kami.
Hari ini, 20 Ogos, lawatan Dato’ Khusrin ke Yayasan Budi di Kuang dan Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di Petaling Jaya.
Alhamdulillah, akhirnya, cita-cita untuk mengeluarkan mereka dari gereja ini diperkenan Allah. Walaupun banyak cerita-cerita “Untold Story” dicelah-celah tarikh ini, tapi semuanya berjalan dengan baik. Ia lebih merapatkan lagi hubungan antara al-Ijabah dan MAIS.
Bagi saya, apa yang diharapkan ialah, orang yang bersama-sama di dalam usaha ini agar mengekalkan keikhlasan hingga ke penghujung.
Saya pernah lafazkan, jika dengan kerja ini, semakin menjauhkan hati dengan Allah, semakin ada sifat bangga, rasa hebat, biarlah ia tidak menjadi. Ini kerana, tujuan amal ialah untuk mencari keredhaan Allah.
Terima kasih padaMu Allah, terima kasih pada sahabat dari Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah, terima kasih pada MAIS dan terima kasih pada semua pembaca yang membantu dan mendokan kejayaan usaha ini
Sesungguhnya, malu kita dihadapan Allah, hanya sedikit usaha untuk membantu agamaNya, dipermudahkan dengan sedemikian rupa. Sedikit ujian yang disulamkan menambahkan lagi nikmat kejayaan.
Yang paling dirisaukan bukanlah kegagalan perkara ini, yang paling dirisaukan ialah hilangnya keikhlasan antara yang mengusahakan.
Dan percayalah, seperti yang saya katakan, penghujung sesuatu merupakan permulaan bagi sesuatu. Di suruh kita agar sentiasa bergerak dan berjuang, demi satu perkara…
Demi KeredhaanNya…
“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
1 Ramadhan / 22 Ogos 09
Jam 9.00 pagi
Dato' Khusrin, Pengerusi JAIS
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment