Tuesday, August 18, 2009

Jawapan Pada Persoalan 47

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan
nor salam, sorg ust. kata anjing tu juhud x tamak kta wajib ikut ciri anjing, stau sy anjing tamak slalu rebut mknan yg lain. 2009-08-15 3:45 PM

Apa-apa yang baik dari mana-mana makhluk, boleh kita contohi

Guest HambaNya.jika seseorg itu dimurkai Allah adakah amalannya diterima @perlu pertngkatkan lagi amalan,rasa macam sepi dr rahmatNya 2009-08-16 5:38 AM

Amalan kalau ikhlas tetap di terima. Cuma terjebak dengan maksiat perlu taubat dan tingkatkan diri

nor Salam. mana lebih baik, bersedekah kepada MAKNA(pesakit kanser) atau (al ijabah)anak yatim. saya berhayat nak bersedekah tapi x mampu utk kedua2nya. 2009-08-16 3:09 AM

yang ikhlas dan berpanjangan

saady salam uztaz. boleh tak kita ganti dahulu puasa yg ditinggalkan, baru kita mmbayar fidyah? tq. 2009-08-15 11:39 PM

Boleh

syifa' ustz,kdg2 ms tgh ngji sya b'hnti jap ats sbb2 t'tntu.tp knp tiap kli nk smbng bca mst sya lpa ktne sya stop wpun sblm tu sya dh tgk btl2 no ayt. 2009-08-16 10:38 AM

Tidak dikatakan manusia tanpa lupa

blue ocean 1.ustz,sya seorg yg mdh cmas dlm byk kdaan wpn pd org lain ianya biasa.kdg2 sya mcm nk pgsn jka t'lalu cms.sya jg seorg yg kuat b'fkir & rsau x b'tmpt ada x doa/amalan yg dpt hlgkn pkra ini?stiap hr sya ngji n b'doa agr pkra ini dpt d atasi.2009-08-16 10:29 AM

amalankan surah as-Insyirah

nurza *slm ustz.ktika tdur smda siang/mlm kdgkla sy seakn dtndih olh sesuatu wpun sblm tdo sy mbca ayt2 quran.apakh sbnrnya yg blku? 2009-08-16 10:26 AM

Sama ada perasaan atau gangguan jin. Teruskan berdoa. Baca ayat kursi sebelum tidur

Aisyah Salam Ustaz, Saya nak tanya berkenaan hutang.. Macamana nak bayar hutang rakan2 sekelas dulu, duit baki photostat nota.. W/pun dalam RM1 tapi ramai... 2009-08-16 8:23 AM

Niat, kalau jumpa nak bayar. Doa minta Allah temukan dengan mereka

faradila salam..ustaz ujian yg Tuhan bg kat kita itu utk meningkatkn darjat kite @ bala ats perbuatn kite 2009-08-16 7:45 AM

adakalanya sebagai meningkatkan darjat, adakalanya sebagai kifarah pada dosa kita.

hafifi mcm mne nk suci kn hati kite drpde sifat mazmumah 2009-08-16 7:44 AM

banyakkan mujahadah

miss salam..ustaz .kena usaha pd siapa? yg rasa berat dihati dihati atau lelaki lain. Klu lelaki lain yg berkenan kat sy tu sumenya kategori telah berpunya 2009-08-16 7:10 AM

Kalau dia mampu, tak salah. Asalkan caranya betul mengikut syarak

Guest salam ustaz.jodoh tu ketentuan yg takle diubah ke?kite dh berusaha stakat mampu tp lum jupe.mcm mane ye ustaz.sy dh 26, anak sulong.risaula ustaz.. 2009-08-17 12:08 AM

Teruskan berdoa dan berusaha. Jodoh itu ketentuan, usaha itu Allah suruh sebab Allah nak bagi pahala pada usaha.

Siti Zaidatul Salam ustaz... saya ingin tahu bagi penggemar makanan barat seperti steak.. betul ke x bole makan yg masih berdarah. Contoh cara masak medium. 2009-08-16 6:59 PM

Darah itu najis, kena basuh dulu betul-betul

ali sya kdg2 tak paham dgn diaorang ni.diaorang yang hutang puasa,adake patut ustaz yang kena kira hutang depa.. 2009-08-16 5:36 PM

Kalau sebab tak tahu, patut tanya, kalau sebab malas nak kira, tak patut

Kak Ina salam ustaz, adakan amalan2 untuk mencerdaskan minda anak yang slow leaner supaya dia dapat mengingat surah2 pendek dlm al Quran. 2009-08-16 2:16 PM

Amalannya jangan putus asa. Usaha dengan mengulang-ulangkan ayat tersebut. Kalau doa, saya syorkan baca selawat fateh

momo salam ustaz, knape wanita yang dlm haid xleh masuk masjid? 2009-08-16 12:34 PM

Ditakuti darah itu menitis ke masjid.

nurul Tlg kra sya htg puasa pd 2006 20 hri dgn fidyah skli.terima kasih. 2009-08-16 11:53 AM

700 gram beras yang biasa puan makan kalikan dengan 20 hari

blue ocean hmm..dh byk sya tnya ustz n sume ustz jwb.klu sya tnya umr ustz brapa ustz nk jwb x?? 2009-08-16 11:34 AM

33

Guest Salam Ustaz, boleh ke wanita dlm haid atau belum mandi junub potong kuku atau rambut? 2009-08-17 5:11 AM

X boleh sebab anggota badan yang hendak dipotong itu perlu disucikan juga.

Guest knpa pejabat agama denda penzina sedangkan didlm Aiquran tidak disebut denda dgn Ringgit adakan ini satu ajaran sesat? 2009-08-17 4:29 AM

Itu sahaja kuasa yang diberikan padanya. Kalau hakim tu beri hukuman sebab 100 pun, tak boleh laksana sebab tak ada bindang kuasa yang diberikan.

Guest Knpa bab zakat lebih dipentingkan oleh kerajaan drpd bab solat..poster berzakat kelihatan merata2 tapi poster menyuruh solat tidak ada langsung.. 2009-08-17 4:20 AM

Itu kena tanya mereka sebab apa, saya tak boleh nak jawab bagi pihak mereka

nor Salam. wajibkah fakir miskin membayar zakat fitrah, jika sehingga malam raya dia menerima byk zakat fitrah (beras atau duit). Adakah beras atau duit tersebut menjadi sebahagian hartanya sehingga layak mengeluarkan zakat atau disimpan untuk kegunaan masa depan 2009-08-17 3:53 AM

Orang yang wajib bayar zakat fitrah ada tiga syarat
1. Islam
2. Sempat hidup sebahagian dalam bulan Ramadhan dan sebahagian dalam bulan Syawal
3. Mampu. Takrifan mampu ialah dia mempunyai makan, pakaian dan tempat tinggal pada malam hari raya. Jadi jika perkara ini ada, maka dia wajib bayar zakat fitrah juga walaupun kemudian dia layak menerima agihan zakat itu kembali.

Jafar Aqsat Ustaz jumpa d kuliah subuh sabtu 22hb d masjid ehsan SS4A 2009-08-17 3:09 AM

InsyaAllah

Guest salam...ustaz sy nk tny wujud ker amalan puasa putih dlm islam dan jika ianya wujud apakah kelebihan dan bagaimanakah amalan sebenarnya? 2009-08-17 1:44 AM

Wujud dan dia sunat, amalan dia macam puasa biasa

sa80 Salam ustaz.. adakah dikira berdosa seorang isteri yang ingin membuat kenduri menggunakan duitnya sendiri tanpa keizinan suaminya? 2009-08-17 1:07 AM

Tengok keadaan dan jenis kenduri. Tapi sebaiknya, maklumkan pada suami

AL-MUHAMI SALAM ZIARAH.ramai orang yang mencari kekayaan di dunia terlupa hingga dia mendapat kemiskinan di akhirat 2009-08-17 12:49 AM

Iman dan amal membezakan mereka

fahmi salam ustaz... saya suka doa ustaz setiap kali ustaz baca akhir rancangan tanyalah ustaz, boleh ustaz paparkan?? 2009-08-17 12:37 AM

Doa tu, doa biasa dalam bahasa Arab. Cuma saya baca dalam bahasa Melayu aje.

bibah ustaz, saya kahwin x anak.semua perabot sy beli.rumah & kete kongsi.b/mana nak bagi harta klu sy/suami mati 2009-08-17 8:11 AM

Kalau suami mati, bahagi harta sepencarian dulu. Baki baru ke faraidh

Guest Salam ustaz..bagaimana hukum jika kenduri bacaan tahlis dibuat di rumah si mati sedangkan jenazahnya msh blum dikebumikan. Apakah hukumnya? 2009-08-17 8:03 AM

Untuk gembira tak boleh, untuk kebaikan jenazah seperti untuk mengumpulkan orang tak apa. Tapi seafdhalnya, uruskan jenazah dulu barulah buat kenduri

Guest wajibkah bks suami mbyr nafkah edah dan mutaah selepas pceraian secara fasakh? 2009-08-17 7:59 AM

wajib

Aida Salam. ustaz camna nak hilangkan perasaan suka berprasangka. saya selalu berprasangka melihat jiran2 yg basuh kereta magrib ke isyak, ... bangun pagi time matahari tegak. bagaimana solat mereka. surah Al Hujuraat ayat 12 menyuruh orang beriman agar tidak berprasangka 2009-08-17 7:41 AM

1. menerima hakikat bahawa setiap manusia ada kelemahnnya
2. Tanya diri, apa tindakan kita untuk membantu dia, paling kurang doakan

Guest Salam. Ustaz, boleh ke ustaz buat ceramah di TV ttg aurat wanita krn ramai wanita terutamanya artis & isteri menteri semua x tutup aurat. 2009-08-17 6:11 AM

InsyaAllah

masyitah Saya tak selesai puasa 4 hari 2008 dihujung sya'aban saya x sempat ganti. Then, mengandung saya x selesai puasa 30hari. Skrg menyusu, cm ne fidyah ny? 2009-08-17 5:40 AM

34 hari kali dengan 700 gram beras yang biasa kita makan

Guest Ustaz, saya selalu mengikuti blog ini & rasa amat2 terharu krn ustaz hadir dikursus borong cina. Apa yg ustaz ceritakan mmg benar krn byk yg tlh sy alami & masih byk lg yg harus sy contohi. Terima kasih usatz. Sy doakan ustaz juga terus maju didalm bidang perniagaan. 2009-08-17 5:20 AM

Amin..

Ingintahu salam ustaz, bagaimanakah cara terbaik dilakukan seblm memasuki rumah kediaman baru? bacaan doa/amalan? trima kasih ustaz.2009-08-17 2:50 PM

Bacakan surah al-Baqarah, kelebihannya, ia memagar dari syaitan

Ingintahu salam ustaz, benarkah roh ory meninggal berada di kuburan mereka pada pagi hari jumaat? 2009-08-17 2:48 PM

Wallahualam,

Ingintahu salam ustaz. Apakah bacaan atau doa yg afdal dibaca utk ibubapa yg tlh meninggal dunia ketika menziarahi kubur. 2009-08-17 2:47 PM

Doa pengampunan

Guest Salam ustaz, apa hukum org perempuan pakai baju sutera 100%, boleh bawa sembahyang ke ? 2009-08-17 1:58 PM

Orang perempuan taka pa. Orang lelaki haram

Guest Salam ustaz.yang manakah lebih dirahmati oleh Allah.masjid atau surau.apakah keberkatan yang membezakan daripada mengunjungi surau atau masjid 2009-08-17 1:49 PM

Masjid. Kebaikan sama Cuma surau tak ada kelebihan pahala iktikaf

Guest Salam ustaz, saya ada pinggan mangkuk bone china, betulke ia mengabdungi tulang babi ? 2009-08-17 1:46 PM

Setahu saya tak ada, tapi rujuk orang yang lebih mahir dalam bab ini.

guest ustaz, setahu sy, perempuan lbh afdal solat di rumah, tp sekiranya solat masjid, adakah dapat pahala berjemaah?2009-08-17 1:41 PM

Ke masjid, kalau berjemaah, dapatlah pahala berjemaah tu.

Guest salam ustaz. boleh atau tidak kita samaada lelaki atau perempuan bergunting rambut dikedai orang bukan islam. 2009-08-17 1:38 PM

Kalau ada pilihan, tak boleh sebab orang kafir kita perlu menjaga aurat kita sama macam bukan mahram. Lagi pun, tangannya yang makan macam-macam, najis pun tak dijaga, tergamak ke dia pegang kepala kita?

ZIEMA Ass'kum.smoga sht.Ustz smbyang trwih prmpuan lbh afdal dirmhkan.bgaimna nak britahu kawan2 jika mereka kata smbyang kat masjid lebih pahalanya.. 2009-08-17 9:33 AM

Dua perkara ini memang ada khilaf, bergantung pada situasi. Kalau waktu aman dan tidak ada fitnah, malahan solat di masjid lebih khusyuk, maka di masjid lebih afdhal, kalau dengan ke masjid,berlaku bahaya, fitnah, perkara tak baik, terabai kewajipan di rumah, maka di rumah afdhal.

Ini soalan dari ruangan komen

Ustaz nak tanya,maaf kalau x ikut saluran betul.heheh.saya ada pertanyaan ttg byrn fidyah:1) sekarang harganya (secupak beras) rm 1.20/hari ke?

Secupak 700 gram. Kalikan dengan beras yang biasa kita makan. Kalau makan beras mahal, maka, lebih lagi kadarnya

2)kalau saya nak buat bayaran fidyah melalui online (e.g: maybank2u) boleh ke? contohnya saya bayar kat tabung baitulmal negeri lain (kalau negeri kelahiran saya tiada dalam sistem).

Boleh

3)Bayaran fidyah tu kalau saya orang perak kena bayar kat perak ke?

Seafdhalnya

4)Niatnya macam mana kalau melaui online?

Niat, bayaran ini adalah bayaran fidyah

August 17, 2009 3:44 PM

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights 18 Ogos 09, jam 7.30 pagi

1 comment:

Anonymous said...

salam... ustaz apa hukumnya sembelih lembu 2 kali? maksudnya kali pertama sembelih lembu masih hidup dan disembelih kali ke 2 baru lembu mati. apa hukumnya dan dijamu kepada orang pulak...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...