Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan
zai salam ustaz,berdosa ke kita berjumpa anak sdn tanpa izin suami memandangkan anak ada masaalah dgn bapa tiri 2009-08-13 5:29 AM
Jika masalah itu sampai ke tahap darurat, tidak mengapa
Guest salam ustaz,sy grad ibu bapa lebih redha jk sy bkerja ttpi suami lbh sk sy drmh.bdosa ke x ikt khndk ibu bapa? 2009-08-13 2:37 AM
Kalau dah kahwin, ikut cakap suami
sa80 Salam. Ustaz, adakah jodoh yang lambat telah ditentukan oleh Allah atau kerana kita tidak berusaha mencari? Terima kasih 2009-08-13 2:25 AM
Jodoh adalah ketentuan dari Allah, usaha mencari itu, yang Allah akan beri pahala.
Guest salam ustaz,cupak utk fidyah tu kiraan cpk baghdad ke tak? 2009-08-13 2:17 AM
Cupak Madinah, tapi nak senang kira, satu hari lebih kurang 700 gram beras yang biasa kita makan.
bard ustaz, apabila bayi dilahirkan sunat azan dan iqamat pada bayi, bagaimana untuk melakukannya bayi terhadap bayi lelaki dan perempuan?minta jelaskan. 2009-08-13 12:06 AM
Azan di telinga kanan dan Iqamat di telinga kiri
Guest ustaz,kita sebagai hambaNya dlm kita menjalankan segala suruhan tiba2 tanpa kita sedari kita telah melakukan dosa sehingga kita dimurkai Allah, Ustaz,apabila seseorang itu dimurkai Allah adakah amalannya yg lalu ditolak 2009-08-13 9:42 AM
Tidak
Guest salam ustaz,saya nak tanya pasal isbal,ade terbaca stg kate haram, stg kate makruh jika tanpa niak sombong n riak, di msia ikut mahzab Shafie bagaiman 2009-08-13 8:30 AM
Ia haram jika dengan sombong. Untuk memudahkan faham, yang bersifat sombong itu seperti raja-raja Rom terdahulu yang bajunya meleret hingga ke tanah
salehudin ayyubi ustaz sy ni mdcl studnt.kami pljr laki pmpeuan sering lakukan ujian sesame sendiri b4 lakukan kpd pesakit,bolehke kami bersentuh dgn niat tuk blaja?tq 2009-08-13 7:27 AM
Untuk niat belajar dan tiada pilihan boleh, jika ada pilihan tak boleh.
Aida ustaz, kalau saya asa banyak hutang, saya berusaha utk membayar berdikit2. ditakdirkan umur x panjang mcamana ustaz. boleh x saya berdoa supya amalan saya yang sikit ni Allah x gantung diawang-awangan 2009-08-13 6:58 AM
Berdoa boleh, tapi, ada niat untuk tunaikan, Allah yang Maha Pengasih akan mendahulukan rahmatnya dari kemurkaannya.
Guest Di Malaysia ini siapakah yg mengamalkan Syariat Islam secara 100%? 2009-08-13 6:57 AM
Syariat ada yang berbentuk diri, keluarga, masyarakat, Negara dan ummah. Jadi jika seorang sempurna mengamalkan syariat dalam bentuk diri, keluarga, masyarakat masih belum sempurna, Negara dan ummah masih belum sempurna.
Pada saya, jika diukur dalam konteks diri dan keluarga, banyak. Kalau dari sudut semua sekali, tiada siapa lagi.
Aida salam ustaz. alfatihah buat asri rabbani. perginya mengejut. mudah2han ditempatkan bersama para solihin 2009-08-13 6:56 AM
Amin..
kak ngah asalamulikum ustaz,saya nak bertanya adakah berdosa sekiranya kita berjumpa anak kita(semua dah besar) tanpa izin dari suami (bapa tiri anak) memanda 2009-08-13 5:30 AM
Lihat tempat. Kalau dirumah sendiri tak apa. Kalau diluar, maka kena minta izin suami.
fizri 1.b'blik pd soaln sy sy sbg pnama kwsp nnek sdra yg tlh mningal,ada b'brpa soaln yg sy hrp dpt ustz jlskan. bgaimna nk tau brp jum yg prlu d agihkn?adakah agihan ini hny b'lku antra sy n adk kpd nnek sdra sy shj? 2009-08-13 11:23 AM
Kalau agihan faraidh, ada cara kiraannya. Dia kena senaraikan semua waris, baru senang nak kira. Saya cadangkan, boleh pergi ke Jabatan Agama untuk mengetahui kadarnya.
aiman salam ustaz. boleh berikan doa utk saya menghadapi peperiksaan. 2009-08-13 11:09 AM
Baca selawat banyak-banyak, elok baca selawat fateh.
blue ocean 1.slm ustz,sy prnh b'mimpi mlihat kaabah,m'cium hajarul aswad n solat d msjd yg sy sdiri x tau dmna mlh prnh b'mpi bjmpa dgn guru agma d tmur tgh. klu sy mpi tu slps sy knal blog ustz ni mgkn jg sb t'pngruh atu t'ingt pnglmn ustz tp sume mimpi tu blku sblum ni.sy hny mceritakan mimpi ini kpd nnek sy n bliau nsihatkn sy agr trus b'buat baik.bleh ustz bri pnjlsn?sy x brpa ska nk bca bku tfsir mimpi sbb kdg2 ada istilah yg sy x fhm. 2009-08-13 11:08 AM
Mimpi kaabah dan Hajar Aswad tanda kita akan dibimbing menjadi baik, insyaAllah.
Guest adakan kesalahan akibat kejahilan kita @ telah ditentukanNya 2009-08-13 9:47 AM
Semua dalam ilmu Allah
saady salam semua.. ustaz, ape amalan bg wanita yg dlm berhadas besar (haid,nifas,etc.).. syukran 2009-08-13 1:55 PM
Banyak, terlalu banyak.
Amalan bentuk diri, seperti zikir
Amalan dalam keluarga, hormat suami dan sebagainya
Amalan bentuk masyarakat ke majlis ilmu
Amalan bentuk Negara, membantu membangunkan Negara
Amalan bentuk ummah, mendoakan saudara seIslam di luar Negara.
Haiza Najwa 2 hr sblum suami k rahmatullah, ibu mrtua dsak anta dia ke kg. Sy nk dia d sisi sy n suami yg stju nk plg x jd krn sy protes. Sy tkut x terawat hnggalh dia mnggal d sisi sy. Dosakh sy krn jd bt pnghlg krn sy tau btp daif prubtn kg sdgkn sy mau suami trus hidup sy jgak tkut org kg gne prubtn bomoh krn sy anti sumer 2 tkut suami perg dlm syirik. Sy kni dihantui rse brdosa krn mggaglkn niat suami hdk plg k kmp sbgmne desakan ibunya. Sy x tenteram memkirkan ini maaf krn memonopoli chat box ini krn soalan yg pnjg. Tlg jelaskn situasi sy ustaz 2009-08-13 1:57 PM
Jika betul di kampung mereka akan bawa ke bomoh, bermakna, Allah telah memilih puan untuk menyelamatkan suami puan dari perkara ini. Tak perlu rasa bersalah jika kita yakin apa yang kita buat itu benar
dalila ustaz..bole ke percayai pd tafsir mimpi? berdosa x klu percaya pd sumber tafsir Ibni Sirin spr ustaz cdgkn 2009-08-13 3:05 PM
Ia sebagai panduan. Bukan keyakinan.
Ainia salam.sy ade soalan nk ynye pd ustaz.sy seorang cashier,kkdang duit collection sy kurang & kkadang lebih. Boleh ke sy gnakan duityg lebih tue untuk tmpung duit yg kurang td? 2009-08-13 2:57 PM
Boleh tapi jangan ambil untuk diri
Miss salam..minta pandangn ustaz..sy rasa spt tiada jodoh sy didunia ini krn sy x penah mempunyai teman istimewa..bkn sy x mahu tp dah mcm2 sy usaha tp ade sje hlgn. bila2 sy bt solat istikarah mintabpetunjuk, hati sy berat pd seseorg, tp seseorg itu spt tiada respon padahl dlu dia memulakn dahulu perknln, skrg ni tiada sbrg contact tp mengikut petunjuk hati sy slps solat istikarah beberapa kali, hati sy berat ke aranya walpun itu bkn keinginan sy dan sblm ini pun sy juga berusaha berknln dgn lelaki lain tetapi semuanya hampa 2009-08-13 2:53 PM
Jangan putus asa, teruskan berusaha, memang kadang kala, hati terasa sedih. terus minta jalan keluar dari Allah.
Nur “Salam Ustaz, apa khasiat ayat ini.La haw la wa la, quwwa ta illa, bill ah” krn ustaz seringkali menekankannya. 2009-08-14 12:59 AM
Untuk diberi kekuatan untuk beramal dan diberikan keikhlasan setelah membuat amalan
Nur Salam ustaz, apa hukum menonton wayang bersama2 suami atau ahli keluarga. 2009-08-14 12:57 AM
Harus jika jenis cerita itu ada pengajaran dan tidak menimbulkan perkara tak baik pada anak
Nur Salam Ustaz, apa hukum jika kdngkala terlintas dlm hati membezakan mak mentua dgn ibu sendiri(dr segi kelakuan) 2009-08-14 12:56 AM
Tidak mengapa selagi tidak terlahir pada perbuatan dan perkataan
Al-hafiz Ustaz minta doa supaya dikasihi ramai 2009-08-14 12:33 AM
Amalkan surah Toha ayat 1-5
Nur hati btl tafsir ustaz tu..tiap kali nk berubah d insan yg baik...ade saje halangan yg mematahkn semangat..kdg2 rasa pasrah sgt2009-08-14 12:30 AM
Teruskan perbaiki diri
Wallahu Alam,
Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights 15 Ogos 09,
jam 11.43 malam
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment