Thursday, August 6, 2009

Jawapan Pada Persoalan 37

Alhamdulillah, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan. Semoga memberi kebaikan pada semua

Muhammad Hanif Bin Sulaiman Assalammualaikum, Ustaz, saya ingin minta kebenaran kerana telah mengcopy dan paste ruangan motivasi dan di panjangan pada sahabat yang lain 2009-08-04 2:08 AM

Silakan

akhiii salam ukuwwah, minta restu untuk berkunjung dlm blog ni... 2009-08-03 5:55 PM

Silakan

guest bolehkan solat sunat, sedangkan solat qadhak belum habis dibuat (sedang dilakukan sekali selepas setiap solat fardhu) 2009-08-04 8:36 AM

boleh, tapi seafdhalya, sempurnakan dulu Qada’

Zailani sala ustaz. apa jawapan yg patut diberikan kepada foreigner apabila bertanya kenapa kita tak minum sedangkan kawan kita yg berugama islam minum sama 2009-08-04 8:23 AM

Muslim dan Islam itu berbeza

ROHAIFI AZRI Assalamualaikum, salam ukhwah dari sahabat di maahad... 2009-08-04 8:13 AM

Salam Ukhwah, orang yang menyambung silaturrahim akan diberikan panjang umur dan murah rezki.

Guestzale alhamdulillah tqvm for making time to come over for Isra' Mikraj to our mosque in Section 3, PJ yesterday. 2009-08-04 7:28 AM

You are Welcome

Atifah terima kasih ustaz atas contact no yg diberikan.. 2009-08-04 6:05 AM

Sama-sama

Guest salam ustaz. saya pernah terdengar kuliah kat masjid yg mengatakan "tidak akan masuk syurga pengutip cukai". benarkah begitu, ustaz? mohon penjelasan. 2009-08-04 6:02 AM

Yang zalim, tak masuk syurga tu bukan tugas mengutip tu, tapi jika berlaku kezaliman

mj assalamualaikum ustaz, ma saalah haid, hari 1 hingga 7 haid seperti biasa a 2009-08-04 4:35 AM

maaf, Tanya balik, saya tak faham soalan ini

Zailani salam ustaz..apa hukum pakai baju atau bag yg dpt percuma dari perniagaan haram. cth Tiger Beer, tapi dah di buang logo atau tanda minuman itu 2009-08-04 3:47 AM

Syubhat

Guest salam ustaz,bolehkah saya membuka aurat bila berada bersama bapa saudara suami? 2009-08-04 2:17 AM

Tak boleh

Muhammad Hanif Bin Sulaiman Sambungan: Saya sentiasa berusaha menjaga hak ustaz di mana semua source/punca info saya pulangkan pada blog ustaz 2009-08-04 2:09 AM

Ok, tk

Guest salam..membuat perhimpunan sehingga merencatkan perniagaan org lain..pandangan ustaz dari sudut Islam 2009-08-04 2:07 PM

Bergantung niat. Kalau niat untuk merencatkan perniagaan orang lain, memang haram.

Ana Muslimah Salam, ustaz, adakah pahala sedeqah sampai kepada si mati jika ia diniatkan? contohnya, seseorang menyedekahkan duit untuk masjid dan diniatkan agar.. pahala sedekah itu di beri kepada si mati? 2009-08-04 1:15 PM

Perkara ini ada khilafnya. Ada pendapat kata sampai, ada pendapat kata tak sampai.

Bagi saya, saya pegang, sampai pahalanya. Allah yang maha pemurah lebih dari itu boleh diberi.

Janganlah sebab perbahasan ini sampai tinggal langsung sedekah. Paling kurang, dekat diri kita pasti dapat

anis macammana nak tanamkan dlm hati suami bukanlah segala2nya.satu hari dia akan tua dan mati juga.sy benci bila suami curang pd sy.kenapa bercerai,b'dosa 2009-08-04 1:03 PM

Tanamkan cinta Allah lebih. Belajar makna Asmaul Husna. Kalau cinta pada dunia dan isinya, kita pasti akan kecewa.

anis kdg2 saya selalu terfikir,kenapa musibah selalu menimpa saya.adakah ini takdir.orang hutang tak bayar,suami curang.sy tau msti orang suruh sabar.. 2009-08-04 12:59 PM

Jika seseorang ada kena musibah, mungkin salah satu sebab di bawah.

1. Penghapusan dosa
2. Allah nak ganti dengan perkara yang lebih baik
3. Peningkatan darjat
4. Mungkin juga bala’

Cuma, di dalam hadith dari Abu Daud, jika Allah menghendaki kebaikan pada seseorang, maka akan diberi musibah dan waktu yang sama diberi juga kesabaran.

Sabar bukan pasrah. Pasrah akan hampir pada putus asa

“Ah,,. Malas nak fikir, nak tertungging ke, terlungkup ke, lantaklah”

Ini bukan sabar. Ini pasrah.

Sabar ialah kematangan pemikiran kita memahami bahawa setiap sesuatu ada hikmahnya.

haz Salam, sya ada baca dlm bk umrah haji, yg kita x bolh jadikan org kafir sebagai pemimpin kita? boleh kita ambil duit pinjaman dari orang kafir. 2009-08-04 12:14 PM

boleh, jika tidak memudharatkan. Jangan pinjan dair Along, Haram

Lin Saya ibu tunggal. Bgmn cara untuk memohon dari Allah supaya melepaskan keluarga dari masalah kewangan. 2009-08-04 10:35 AM

Usaha semaksima mungkin. Baki serah pada Allah. Kalau puan duduk di Selangor, boleh mohon bantuan zakat di Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam

Lin Salam,jika org mati syahid lepas seksaan kubur, adakah mereka terlepas dari seksaan neraka? Adakah mati syahid telah tercatit di Loh Mahfuz 2009-08-04 10:32 AM

Siksa kubur lain, siksa neraka lain. Tapi biasanya, orang syahid tu, dia memang orang baik. InsyaAllah, lepas dua-dua.

Mengenai Luh Mahfuz, semua perihal manusia di tulis di sana.

guest bolehkan qadhak solat banyak2 di Mekah kerana di sana tiada waktu tahrim. kerana ada ustaz yang kata tak boleh solat sunat selagi solat qadhak tak habis diganti. 2009-08-04 8:37 AM

boleh, ustaz tu kata tak boleh bukan larangan yang membawa dosa. Tetapi dari segi afdhal sahaja

Semoga menepati kehendak soalan, yang masih samar, boleh bertanya kembali

'Pertanyaan, Kuci Pengetahuan"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Universiti Darul Iman, Kuala Terengganu
6 Ogos 09, jam 3.24 petang

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...