Bahrian adalah antara Negara yang kaya di kalangan Negara Arab. Ia merupakan Negara Arab pertama yang menjumpai minyak iaitu pada tahun 1932.
Matawang yang digunakan di sini ialah Dinar.
Hari ini, satu dinar bersamaan dengan RM 10.00
Cuba bayangkan kalau kita beli barang kecil yang bernilai 5 Dinar?
Orang di sini seperti orang di Saudi, berpakaian dengan jubah dan serban yang ditebarkan di atas kepala.
Sekarang ini, cuaca amat panas.
Bangunan di Bahrain ini, mempunyai bentuk moden yang berbagai. Tidak seperti di Yaman dan Oman yang masih mengekalkan bentuk tradisonal. Tidak juga seperti di Saudi, Syria dan Jordan yang mempunyai bangunan yang petak tanpa bentuk.
Bahrain adalah sebuah Negara yang mempunyai 30 batu panjang dan 20 batu lebar. Ia diperintah oleh King Hamad.
Penduduknya hampir 1.5 juta dan hanya 700 000 sahaja penduduk asal.
Dari segi, geografinya, Bahrain terdiri dari dua pulau iaitu Bahrain dan Muharraq dan terdapat pulau-pulau kecil di sekitarnya.
Pada satu masa dahulu, ia dikenali sebagai tanah Dimun (Land Of Dimun) yang kaya dengan mutiara dan emas. Ia pernah menjadi pelabuhan perdagangan antara pedagang dari Mesopotamia (sekarang Iraq) dan India.
Agama rasmi di sini adalah Islam dan bahasa Arab menjadi bahasa utama. Walaubagaimanapun, kebanyakan penduduknya boleh bertutur di dalam bahasa Inggeris.
Anugerah minyak dari Allah menjadikan penduduk yang pernah terkenal dengan kemiskinan 70 tahun dahulu menjadi antara yang terkaya di rantau ini.
Semoga kekayaan ini dapat digunakan dengan sebaiknya untuk agama.
“Pengalaman, Memberi Kematangan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Bahrain International Airport
27 Ogos 09, jam 1.10 pagi
** rujukan, Majalah Bahrian & Beyond 18 July/ August 09
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
2 comments:
Salam Ustaz,
Tolong ingatkan Azim beli fridge magnet untuk saya. Thanx!
Kalau kaya dengan minyak tapi kesusahan penduduk Gaza & Palestin tak dihiraukan langsung, baik tak payah!
Rakyat di Gaza disembelih beramai-ramai kita di sini gelak ketawa as though nothing happened! cube click link di bawah, tengok lepas tu kite boleh ketawa ke tak?
http://palestinkini.info/?p=4408
Post a Comment