Monday, August 31, 2009

Bicara Ilmu 7 – Khutbah Masjid Nabawi

Alhamdulillah, hari ini Jumaat 7 Ramadhan bersamaan dengan 28 Ogos 09. Kita akan kongsikan khutbah di Masjid an-Nabawi as-Syarif

Khutbah Pertama

Khatib seperti biasa memulakan dengan rukun khutbah.

Wahai Sekelian Muslimin...

Kita tidak masuk ke syurga melainkan dengan rahmat dari Allah, dengan taqwa.

Allah jadikan puasa bukan untuk menyusahkan kita, tetapi untuk memberikan rahmatnya pada kita.

Di dalam hadith, Nabi saw telah menyatakan bahawa:-

Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap-harap, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu

Di dalam hadith yang lain, Nabi saw menyatakan bahawa:-

Barangsiapa yang membangunkan (malam) pada bulan Ramadhan, dengan iman dan mengharap-harap, akan diampunkan dosanya yang telah lalu.

Di dalam hadith yang lain Nabi saw menyatakan bahawa:-

Barangsiapa yang membangunkan malam lailatul Qadr, akan diampunkan dosanya yang telah lalu.

Ibadah kita, tidak akan membersihkan hati, tidak akan membentuk diri melainkan dengan ikhlas dan mengikut apa yang Nabi ajarkan.

Amat rugi orang yang meninggalkan puasa tanpa rukhsah dan keuzuran. Di dalam hadith Nabi saw menyatakan bahawa:-

Barangsiapa yang tidak berpuasa tanpa rukhsah, maka tidak akan diterima ibadahkan dalam sehari itu.

Puasa itu benteng diri. Oleh itu kita kena jaga segala adab-adab puasa. Berapa ramai orang yang puasa tiada apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga sahaja.

Hendaklah sentiasa memperbanyakkan taubat dan jauhkan diri dari perkara maksiat.

Wahai sekelain Muslimin…

Ramadhan ibarat hujan lebat. Ia akan menyuburkan hati-hati orang yang beriman. Ramadhan akan merangsang hati-hati orang beriman untuk beribadah.

Banyakkan solat tarawikh dan bersolatlah dengan iman, di dalam hadith Nabi saw menyatakan bahawa:-

Barangsiapa yang bersolat tarawikh bersama imam hinggalah bersurai, maka akan ditulis baginya pahala membangunkan malam seluruhnya.

Wahai sekelian Muslimin..

Hendaklah kita menjaga juga perkara yang makruh

Hendaklah kita menjaga perkara yang mendatangkan murka Allah.

Khutbah kedua

Selesai membacakan rukun khutbah, khatib menambahkan sedikit mengenai Ramadhan

Hendaklah kita beriktikaf. Ini kerana, pahala puasa akan digandakan dengan iktikaf. Di dalam hadith ada menyebutkan bahawa:-

Adalah Nabi saw beriktikaf sepuluh hari yang akhir pada bulan Ramadhan dan amalan ini dibuatnya hinggalah Nabi wafat.

Khutbah diakhiri dengan selawat dan doa untuk seluruh para muslimin dan muslimat.


“Bicara Ilmu, Bicara Kecemerlangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Fairuz Shattah
Madinah Munawwarah
7 Ramadhan / 28 Ogos 09
Jam 2.26 petang.

Di post dari al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah 31 Ogos 09, jam 12.05 tengah hari
Tingkat atas Masjid Nabawai
Para jemaah memenuhi tingkat atas masjid
Kubah-kubah kecil di tingkat atas
Kubah-kubah besar, kubah ini boleh terbuka dengan automatik
Corak dalam kubah di bahagian atas masjid Nabawi
Jemaah berpusu-pusu keluar selepas solat
tebaran jemaah di luar Masjid Nabawi

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...