27 Ogos 09, jam 4.55 pagi, kapal mulai turun rendah dan kami sudah dapat melihat bandar Jedah dari atas. Pukul 5.12 pagi, kami selamat tiba di King Abdul Aziz International Airport, Hajj Terminal.
Saya mula tertanya-tanya sendirian:-
‘Kenapa turun dekat Terminal Haji, biasanya, Terminal Haji, hanya digunakan ketika musim haji”
5. 45 pagi, kami masuk ke dalam satu tempat ruangan menunggu. Pada ketika ini, semua penumpang dikuarantinkan di satu tempat. Setiap penerbangan satu tempat. Kami menunggu untuk diperiksa.
Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Kami masih berada di tempat kuarantin dan belum bergerak. Saya menyapa salah seorang pekerja Bangladesh yang sedang membersihkan kawasan terminal ini.
“kenapa lambat hari ini” tanya saya.
“mm, dalam sebulan ini memang lambat, rombongan semalam, sampai 12 jam di sini” jawabnya.
“Kenapa?”, tanya saya ingin tahu lebih lanjut.
“Setiap yang datang akan diambil kesepuluh-sepuluh cap jarinya, ini kerana, ramai yang datang ke sini tak balik terutama jemaah dari Pakistan, India, Bangladesh, Mesir, Nigeria dan Indonesia, jadi dia perketatkan sesiapa yang nak masuk ke sini” terangnya.
Jam 8.00 pagi, jemaah yang ada di kawasan kuarantin, kebanyakkannya tidur.
8.26 pagi, seorang pegawai Imigresen memanggil semua penumpang untuk pergi ke satu Imigresen. Semua berpusu-pusu ke sana.
Kami semua beratur tanpa bergerak hinggalah jam 8.45 pagi, barulah pemeriksaan jemaah dibuat. Setiap seorang hampir 10 minit.
9.40 pagi, giliran saya dan beberapa jemaah Malaysia. Kesepuluh cap jari kami scan, kemudian, gambar kami diambil. Pihak imigresen membuat pemeriksaan nama dan rekod di computer mereka.
10.05 pagi, barulah semua urusan selesai dan kami mula keluar dari terminal. Rupanya, setiap yang datang akan diperiksa dengan teliti. Sebab itu, semua yang datang diagihkan diterminal yang ada. Satu kapal terbang sampai 5 hingga 12 jam menunggu dan berbaris.
“Macam nak masuk Israel pulak” kata Mejar (B) Abdul Aziz yang bersama saya dan pernah ke sana beberapa tahun lalu.
Masalah seterusnya, bas yang sepatutnya mengambil kami tidak dibenarkan masuk ke dalam Terminal Haji ini. Ia perlu mempunyai kebenaran khas.
Kami menunggu ia diuruskan hinggalah jam 11.42 pagi, apabila saya mencadangkan agar diambil sahaja bas khas dari terminal haji ini untuk ke border, tempat bas kami ditahan.
Semua jemaah setuju dan kami mengambil kenderaan khas dari terminal haji ini untuk ke border. Di situ, kenderaan kami telah menunggu.
Kami semua memunggah barang. Jam 12 tengah hari, kami mula bergerak ke Madinah. Alhamdulillah, walaupun hampir 6 jam tertahan, akhirnya semua jemaah dapat keluar dengan selamat. Mengenangkan ada jemaah yang kena hampir 12 jam, maka kami bersyukur. 6 jam terlalu sedikit dibandingkan dengan jemaah yang kena lebih dari itu.
Semoga, kesabaran para jemaah menunggu ada nilaian pahala dari Allah. Sesungguhnya, apa yang kita lalui dalam hidup ini tidak akan sia-sia jika hati ini sentiasa bergantung harap pada Allah.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Fairuz Shattah, Madinah Munawwarah
28 Ogos 09, jam 3.25 petang
Di post dari al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah 30 Ogos 09, jam 5.10 petang
Kami sampai awal pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment