Sunday, August 30, 2009

Universiti Kehidupan 109 - Kisah-Kisah Marah

Ya Allah, roh..roh..( ya Allah, jalan-jalan)

Kata seorang pegawai airport kepada penumpang di Bahrian. Dengan suara yang tinggi, yang lambat ditarik terus tangannya.

Orang Melayu yang kena tengking dah ada mula yang naik angin.

“rasa macam nak tumbuk aje muka” kata salah seorang jemaah lelaki.

“Sabar, nak tahu apa beza marah orang Melayu dan marah orang Arab”. Kata saya.

Orang Arab, memang budaya dia marah. Sikit-sikit marah, sikit-sikit marah, silap sikit macam nak bergaduh.

Beza orang Melayu. Orang Melayu ni, lambat marahnya. Jika marah pun payah nak luah. Oleh kerana lambat marah, lambat pula baik.

Sebab itu, di dalam budaya Melayu, kalau nak cakap pun, kena hati-hati. Sebab kalau terasa, lama simpan.

Rentetan dari itu, bahasa Melayu memang halus. Bahasa kiasannya banyak.

Kalau tak ok pun, orang Melayu akan kata ok. Kalau tak sihat pun, orang Melayu akan kata sihat.

Tapi kalau orang Melayu marah, maknanya memang marah sungguh. Memang nak bertumbuk sungguh, memang nak bergasak sungguh.

Sebab itu, di dalam pertembungan dua budaya ini, antara Arab dan Melayu, kalau orang Arab marah-marah, itu budaya dia. Dengan kasar dan tinggi suaranya.

Kalau kita layan, akan lahir tindakan yang berbeza.

Orang Arab kalau marah, sebagai budaya, orang Melayu kalau marah sebagai marah sungguh, maka sudah tentu akan lahir hasil yang berbeza.

Sebab itu, kalau kita tahu, marah mereka sebagai budaya, jangan layan. Kalau layan, nanti kita marah, akan melahirkan kesan yang berbeza.

Jadi, apa nak buat kalau kita marah.

Nabi ajar ambil wudhuk. Nabi ajar alih keduduakan kita. Jika berdiri cepat-cepat duduk, jika duduk tak hilang, maka berbaring.

Ucapkan zikir banyak-banyak.

Marah jangan lawan dengan marah, nanti yang menang bukan pihak A, yang menang bukan pihak B, yang menang, nanti yang menang syaitan.

Melihat gelagat Arab yang marah-marah, jangan layan. Biar dia dengan dunia dia yang marah-marah. Kita kekalkan adat ketimuran yang penuh dengan tatatertib yang tinggi.

Supaya kita tergolong di dalam orang yang tetap berakhlak, di ketika dunia tidak berakhlak. Agar keredhaan Allah yang kita utamakan di dalam hidup ini.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
King Abdul Aziz International Airport, Hajj Terminal
27 Ogos 09 jam 7.08 pagi.

Di post dari al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah 30 Ogos 09, jam 4.35 petang
Penumpang yang diarahkan masuk balik ke pintu 32

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...