Tidak ada yang paling saya syukurkan melainkan setelah berlaku titik penegasan prinsip mengenai arak seperti yang berlaku di Selangor.
Isu ini bermula apabila pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuat rampasan minuman keras yang dipamerkan bagi maksud jualan di sebuah premis kedai serbaneka di Seksyen 8, Shah Alam, Selangor. Seksyen 8 Shah Alam mempunyai penduduk yang majoritinya adalah beragama Islam.
MBSA menerusi keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis MBSA pada April 2009, telah menetapkan bahawa pengusaha kedai serbaneka adalah dilarang untuk mempamer dan/atau menjual sebarang minuman keras secara terbuka di premis-premis perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Sehubungan dengan itu, pihak MBSA telah mengeluarkan notis mengenai syarat dan sekatan tambahan tersebut kepada para pengusaha premis perniagaan yang didapati menjual minuman keras di kawasan yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam khususnya di kawasan seksyen 1 sehingga seksyen 24, Shah Alam untuk menghentikan penjualan minuman keras secara terbuka selewat-lewatnya pada 30 Jun 2009.
Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan telah mula dijalankan oleh MBSA semenjak 1 Jun 2009 dan berterusan sehingga peristiwa rampasan tin minuman keras yang dilaksanakan oleh pihak MBSA di Kedai Serbaneka, Seksyen 8, Shah Alam berlaku.
Kewajaran tindakan ini, bukan sahaja bertepatan dengan hukum syarak, malahan terdapat di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.
Di dalam Subseksyen 18(1) dan (2) EJS memperuntukkan bahawa mana-mana orang di dalam negeri Selangor yang minum minuman yang memabukkan di kedai atau tempat awam adalah menjadi kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Manakala, mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah menjadi kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen berkaitan bagaimanapun hanya akan diambil terhadap mana-mana orang yang beragama Islam di dalam negeri Selangor sahaja. Justeru tiada sebarang tindakan undang-undang boleh dikuatkuasakan oleh Bahagian penguatkuasaan JAIS terhadap mana-mana orang yang bukan Islam yang mempamer, menawar dan atau menjual minuman keras kepada orang yang beragama Islam.
Apa yang saya lihat di sini, kes ini memberi kematangan kepada kepimpinan Islam negeri Selangor untuk bertindak dan lebih tegas menangani isu-isu Islam.
Walaupun enakmen ini telah wujud sedari 14 tahun yang silam, tapi sekarang, ia mula dibahaskan secara terbuka.
Apa yang kita harapkan ialah, bermula dengan isu rampasan ini, ia akan meningkat setahap lagi kepada kilang arak yang berada di negeri Selangor.
Kita mengharapkan, agar akan dikeluarkan satu perintah dan penguat kuasaan mengenai larangan orang Islam bekerja di kilang arak pula.
Ia jelas seperti yang terdapat di dalam Enakmen Jenayah Syariah yang melarang orang Islam terlibat dengan mana-mana aktiviti berkaitan arak.
Pekerja hendaklah berhenti dan ketika tempoh mencari pekerjaan baru, pihak zakat hendaklah mengambil tanggung jawab membela mereka.
Ia sebagai satu usaha awal yang akhirnya berusaha memindahkan kilang arak ini ke negeri yang lebih ramai orang bukan Islam.
Dan sampai satu tahap nanti, biarlah, kilang arak ini akan terus ditutup dan tidak wujud di negara tercinta ini. Biar semua arak, berada di negara orang bukan Islam.
Walau apapun, kita mendoakan agar, setiap individu Islam semakin tegas dan berani menegakkan isu berkaitan dengan Islam.
Orang kafir semakin berani memperkecilkan Islam dan umatnya, secara terbuka, amat malang jika kita terus diam membatu.
Jika dengan mempertahankan Islam, kita digelar oleh orang bukan Islam sebagai ekstremis, satu penghargaan buat kita.
Semoga, generasi akan datang akan lebih mempertahankan Islam dan umatnya dan semoga Allah terus memelihara kita dan Negara ini dari dicelarukan dari jati diri asalnya.
“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
11 Ogos 09 jam 2.20 pagi
*terima kasih kepada Bahagian Undang-Undang MAIS yang berkongsi fakta untuk entri ini*
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
4 comments:
Alhamdulillah, sebagai seorang Islam yang sangat bersetuju dengan apa yang ustaz kemukakan tu. 'PERIHAL ARAK'tapi saya sedih kalau orang Islam sendiri tiada pendirian dan menyokong orang pandangan orang kafir atau bukan Islam.
Lebih sedih lagi orang Islam sanggup berdemontrasi masalah yang sebenarnya membantu kekuatan dan ketuanan orang Melayu yang mejoritinya Islam.
Kenapa yer! Isu pemulangan arak tu tak dibantah oleh orang Islam sebagai mana orang Islam sanggup berdemo menentang ISA, menentang Kesultanan Melayu?.
Sedih sungguh sedih. Di mana perginya maruah bangsa Melayu yang ratanya beragama Islam.
Salam dan terima kasih ustaz. Bila baca entry ni, terasa ada teman dalam perjuangan yang tak pernah selesai..
hmm.. kalu setakat nak raid kedai kecik pamer arak tu level ikan bilis je.. kalu MBSA atau kerajaan s'ngor btul2 ikhlas wat keje, kilang guiness-anchor kat tepi federal highway tu depa patut raid. tu baru 'sungguh-sungguh' dalam melindungi umat Islam. setakat kedai kecik, ikan bilis..
Fantastic!
Post a Comment