Baru sahaja saya ingin kembali ke rumah jam 9.00 malam ini, 12 Ogos 09, saya didatangi oleh Haji Mokhzdar yang menguruskan pemergian saya ke tanah suci pada Ramadhan ini.
Hj. Mokhdzar pernah melaburkan hampir 100 ribu untuk membuat sebuah dokumentari, “Kembara Bumi Anbiya’ Bersama Rabbani” pada tahun 2008 lalu.
Sekarang ini, sudah setahun program itu tidak dapat disiapkan.
“Macam mana ye ustaz?” katanya.
“Mmm, kita jumpa cikgu Abu Hassan lah,” kata saya.
Bila? Tanyanya.
“Malam ni” jawab saya.
Cikgu Abu Hasan ialah pengurus Layar Consult, sebuah syarikat penerbitan program dan drama-drama Islam.
Saya terus menghubungi Hussain, salah seorang staf di Layar Consult.
“Syeikh, Cikga ada tak, hajat nak jumpa sekejap lah” kata saya.
“Ada, datanglah” jawab Hussain ringkas.
Hussain pernah menemankan saya di dalam siri pengembaran Universiti Kehidupan saya ke Iran dan Uzbekistan tahun lepas.
Pukul 9.30, kami sampai ke Layar Consult di Kota Damansara. Hussain menjemput kami masuk ke pejabatnya.
Di dalam bilik pengurus, Cikgu Abu Hassan dan seorang staf, Zakaria sedang berbual. Cikgu menyambut kehadiran kami.
“Sila ustaz minum” jemput cikgu.
Telah terhidang di hadapan kami kopi dan Biskut Tiger.
“Memang nak jumpa ustaz ni” kata Cikgu.
“Ok, sebelum bermula, saya nak sampaikan hajat Haji Mokhdzar ni, mengenai program Kembara Di Bumi Anbiya Bersama Rabbani,” kata saya.
Kami berbincang, dan tak sampai beberapa ketika sudah mendapat kata putus. Alhamdulillah, semua dipermudahkan.
Kemudian, cikgu mengambil beberapa helai kertas yang terdapat program dan drama tv yang ingin dibuat.
“Boleh ustaz tolong fikirkan serba sedikit idea untuk progam ini” kata cikgu.
Saya mengambil kertas tersebut, membelek. Banyak senarai program tv ni.
“Habis apa yang saya kena buat?” tanya saya.
“Ustaz drafkan idea kasarnya, nanti skrip kami buat” kata cikgu.
“Mmm, insyaAllah” jawab saya ringkas.
Sebenarnya, tv merupakan medium dakwah terluas masa ini. Jika program tv dipenuhi dengan program berbentuk agama dengan persembahan yang menarik, bayangkan, berapa juta rumah dimasuki dengan seruan dakwah ini.
Program al-Hidayah TV3, pernah melebihi jumlah penonton satu juta orang. Bermakna, lebih satu juta mendapat manfaatnya. Betapa besarnya medium dakwah sebegini.
Cuma, banyak kekangan untuk dakwah ini. Antaranya ialah sponsor untuk program ini. Kalau program maksiat, ramai yang datang untuk sponsor program. Tapi program agama, walaupun penonton ramai, tapi sponsor kurang.
Itu perlunya, golongan kaya yang beriman. Orang kaya yang ingin menginfakkan hartanya di jalan Allah. Iktibar di dalam pengurusan rumah HIV di gereja tempohari.
Gereja membelanjakan 473 000 ribu untuk perjalanan rumah HIV. Ketika saya ingin mengambil saudara seIslam kita dari sana, penat turun naik jabatan itu dan ini.
Kita bukan tak mampu sebenarnya, kita hanya tidak mempunyai semangat berkorban yang kuat. Kita lupa bahawa, hari ini, kita membelanjakan sesuatu di jalan Allah bermakna, kita telah memindahkan harta kita itu untuk diri kita di akhirat. Ia bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri.
Cuma begitulah, tidak ramai orang yang ingatkan akhirat.
Bagi pejuang-pejuang Islam di dalam bidang penyiaran, saya ucapakan tahniah dan syabas. Walaupun terdapat kekangan dan kekurangan, tetapi tetap berusaha ke arah melahirkan program dan drama-drama Islam.
Semoga, Allah tetap bersama kalian. Bagi kita, paling kurang doakan. Semoga Allah jadikan setiap bidang ada penjuangnya, dan setiap pejuang, akan dapat mendaulatkan Islam di dalam bidang mereka.
Sesungguhnya Islam itu syumul, dan sesungguhnya, jika Islam itu mencakupi seluruh bidang, bermakna, jihad juga terdapat di dalam semua bidang.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam13 Ogos 09, jam 2.24 petang.
Haji Mokhdzar berbaju biru dan Cikgu berbaju kuning
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment