Sekarang dipersilakan Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin, untuk menyampaikan ceramahnya bertajuk “Cinta Ilmu, Membentuk Masyarakat Dan Budaya Cemerlang”
Hari ini, 6 ogos 09, jam 9.00 malam, saya memenuhi undangan di Universiti Darul Imam Malaysia di Kuala Terengganu. Dahulu, Universiti Ini dikenali dengan nama KUSZA.
Pengerusi mempersilakan saya untuk menyampaikan ceramah. Ceramah ini dianjurkan di Dewan Kuliah Utama ini, bersempena “Minggu Kewangan Islam Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di Kuala Terengganu. Ia dianjurkan oleh “Kelab Ijazah Kewangan Islam, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan”
Saya ingin kongsikan isi ceramah pada malam ini.
Ilmu amat penting di dalam kehidupan kita. Sesungguhnya ilmu membentuk tujuh perkara pada kehidupan kita:-
1. ilmu membentuk tamaddun
Dengan ilmu, maka tamaddun manusia terbentuk. Sesuatu tamaddun bermula dengan pembangunan tamaddun pemikiran. Jika seseorang itu, akalnya terbangun, maka nanti dia akan melahirkan tamaddun lahiriah pula.
2. Ilmu membentuk keterampilan
Saya membawa contoh. Satu hari saya pernah bertemu dengan Presiden Tae kwon Do Dunia, anak murid pada General Choi. Semua orang yang bertemunya akan tunduk hormat padanya, padahal dari segi pakaian dan rupanya, saling tak tumpah, sama macam apek-apek tua kat kampung tu.
Tetapi kenapa dia dimuliakan, dihormati, ada gaya. Kerana ilmu yang ada padanya.
Allah berfirman:-
Dan bagi orang yang mempunyai ilmu, mempunyai beberapa darjat.
3. Ilmu membetuk amalan
Dengan ilmu, seseorang akan dapat beramal. Macam mana hendak menjadi isteri yang solehah, suami yang soleh, kalau ilmu menjadi orang soleh tak ada.
Bagaimana hendak menjadi ahli perniagaan Islam, kalau ilmu berniaga cara Islam tak ada.
Ada orang yang sudah cemerlang satu sudut, dalam perniagaan hebat, tetapi tetap kena tuntut ilmu lagi. Kalau tak, jadilah seorang ahli perniagaan yang hebat, tetapi suami yang gagal memimpin keluarga. Kerana apa? Ilmu menjadi ketua keluarga tak ada.
Apabila ilmu tak ada, maka amalan atau tindakan juga tak ada
4. Ilmu membentuk akhlak
Akhlak juga dibentuk dengan ilmu. Kenapa seorang perlu bercakap lembut dengan ibu dan ayah walaupun ketika ini, ibu dan ayah menyinggung perasaannya. Kerana apa? Menghormati ibu dan ayah itu wajib.
Kalau tak ada ilmu, macam mana nak hormati orang lain, macam mana nak timbul kesedaran membatu orang susah, membantu anak yatim dan orang memerlukan.
Dengan ilmu akan timbul kesedaran akhlak ini.
5. Ilmu membentuk Iman
Begitu juga dengan iman. Ilmu akan membentuk iman. Orang akan lupa Allah jika dia tak tahu bahawa Allah itu Maha Melihat, Maha Berkuasa, Maha Pemberi Rezki dan sebagainya
6. Dengan ilmu membentuk jatidiri
Jatidiri merupakan keutuhan diri. Lahir daripadanya sikap tabah, tahan lasak, tahan diuji, tidak mudah berubah, konsisten dan sebagainya.
Untuk berjaya, seseorang tidak cukup dengan berbekalkan sifat berani sahaja. Untuk berjaya seseorang perlukan ketabahan. Orang berani tanpa tabah akan cepat di dalam melangkah tetapi tidak akan bangun ketika tersungkur
7. Dengan ilmu membentuk perjuangan
Orang yang faham akan hak-haknya, maka akan mempertahankan haknya. Perjuangan kemerdekaan di Negara kita, dimulakan dengan para ulama yang faham bahawa, haram duduk di bawah penjajahan kafir. Maka lahirlah tokoh seperti Tok Janggut di Kelantan, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan dan sebagainya.
Jika ilmu tak ada, maka seseorang akan selesa duduk tanpa perjuangan, mudah ditipu oleh musuh dan mudah dipergula-gulakan oleh penentangannya.
Inilah tujuh perkara yang lahir dari seseorang yang mempunyai ilmu. Dari sebab itulah, Nabi saw menyatakan bahawa:-
“Menuntut Ilmu itu satu kewajipan bagi setiap Muslimin dan Muslimat”
Kata-kata hukama’
“Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad”
Al-Quran menyebut:-
Tidak akan sama (darjat dan kedudukan) orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.
Saya mengakhiri ceramah malam ini dengan kata-kata:-
Sesungguhnya, barangsiapa yang mahukan dunia, hendaklah mencarinya dengan ilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka hendaklah dia mencarinya dengan ilmu dan barangsiapa yang hendakkan kedua-duanya sekali, maka hendaklah dia mencarinya dengan ilmu.
Kejahilan adalah sesuatu musibah yang perlu dibenteras. Jahil boleh berlaku dalam dua keadaan
1. orang yang malas belajar
2. orang yang telah belajar, dan telah merasa alim dengan ilmu yang ada, maka bermulalah kejahilan kali kedua kerana apa? Kerana dia akan meninggalkan budaya ilmu kerana kesombongannya.
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kita rasa cintakan ilmu. Semoga semakin hari, semakin kita berusaha meningkatkan ilmu dalam diri kita.
"Bicara Ilmu, Bicara Kecemerlangan"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Universiti Darul Iman, Kuala Terengganu
7 Ogos 09, jam 9.00 pagi
Apa yang anda nampak pada jam yang saya pegang ini. Ada yang nampak hanya jam, ada yang nampak sebagai waktu, ada yang nampak peluang, dan ada yang nampak, "bila ustaz nak habis ceramah ni". Apa yang membezakan cara kita memandang? Ia adalah ilmu
Program dibuat di Dewan Kuliah Utama
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
2 comments:
salam. saya suka cara ustaz sampaikan ilmu. anak saya 10 tahun pun berminat dengar bicara ustaz di tv. mudahan ustaz sihat dan dpt terus sampaikan dan amalkan ilmu dakwah islam. syabas.
tak dpt nafikan ilmu yg bawa kesjahteraan hidup dunia akhirat. sbg pendidik ada masa terkilan dgn sikap std islam [tkn 4 & 5] yg kurang sedar kpntingan ilmu.bagaimana utk sedarkan generasi muda kita ini?
Post a Comment