Saya memerhatikan jam.
“Hah.. malam ni merdeka ni” kata saya pada Mejar (B) Abdul Aziz dan Azim.
“Oh ye, malam ni 31 Ogos” kata Mejar (B) Abdul Aziz.
“Kena buat bendera ni, kita bawa waktu masuk bas” tambahnya lagi sambil tertawa kecil.
“Aah.. kita bawa bendera, bawa waktu tawaf, lepas tu laungkan Merdeka, lepas tu mesti kena tangkap” Azim menambah.
Kami bertiga ketawa.
Walau apapun, saya mengucapkan selamat hari Merdeka kepada seluruh pembaca blog ini dan kepada seluruh penduduk Malaysia.
Sesungguhnya mencintai tanah air juga sebahagian dari ajaran Islam, lebih-lebih lagi jika, membangunkannya selaras dengan kehendak Allah dan Rasul.
Semoga tahun ini, Kemerdekan lebih bermakna.
Selamat Menyambut Hari Merdeka….
Aku doakan di hadapan Kaabah, agar seluruh Muslim di tanah air ini terus sejahtera dan semakin kuat pengamalan Islamnya, yang susah diberi bantuan, yang sakit disembuhkan dan yang berpecah disatukan. Agar, hari ini dikumpulkan di Negara ini, satu hari nanti, mudah-mudahan kita akan dikumpulkan di syurga bersama junjungan tercinta, Muhammad saw. Amin…..
“Sesipan, Mengenang Peristiwa”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
30 Ogos 09, jam 5.15 petang
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
1 comment:
Salam Ustaz,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 52. Moga Ramadhan ini menyebabkan kita merdeka dari dosa-dosa lalu. Amin.
Post a Comment