Tuesday, August 4, 2009

Universiti Kehidupan 101 - Belajar Cara Memandang

“Aaa, mmmm, memang tak patut, doktor sepatutnya kena lebih lembut pada pesakit… “ kata Dr. Suhaini Kamdi.

Kasihan saya melihatnya, ketika berusaha menjawab soalan dari seorang pelajar tahun 3, jurusan al-Quran dan Hadith dari Akademi Pengajian Islam UM.

Siswi ini bertanyakan:-

“Saya ada satu soalan, baru ini, saya praktikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), saya tengok, doktor tak hormat pesakit, cakap tinggi suara. Dia panggil saya psikatrik. Dia banyak suruh saya jengok karenah pesakit ini. Beginikah seorang yang profesioanal?”

Ketika ini, saya, Dr Suhaini dan Ustaz Mohd Suhaimi sedang memenuhi undangan bagi forum “Anda Sihat Dengan Islam” sempena Ekspo Perubatan Islam Malaysia (Episma 09) di padang Varsiti UM.

Setelah Dr. Suhaini menjawab, saya meminta laluan pada pengerusi untuk menambah.

Memang apa yang dikatakan itu betul dan memang kadang-kala Dr. agak kasar dengan pesakit. Tetapi, apa yang kita buat untuk membantunya.

Adik ini sedang praktikal. Kenapa tak bantu dengan semaksima yang boleh. Doktor mempunyai tekanan kerja yang agak tinggi, 26 hari sebulan dengan kadang kala hampir 12 jam sehari.

Sepatutnya, tak payah disuruh, ambil peranan untuk membantu.

Manusia ada satu cara berfikir yang perlu diperbaiki. Kebanyakkan manusia berfikir

“sepatutnya dia”

Jarang yang berfikir

“sepatutunya saya”

Dalam apa keadaan pun, dalam rumah tangga dan sebagainya.

“Ustaz, dia kan suami, sepatutnya, dia lah yang pujuk saya kalau saya merajuk”

“Ustaz, dia kan isteri, sepatutnya, dia kena taatlah pada saya”

“Ustaz, dia kan dah besar, sepatutnya dia kena fikirlah sendiri, takkan saya asyik nak ingatkan sahaja”

Ramai orang yang berfikir dengan cara sepatutunya dia. Tapi tak ramai yang berfikir, sepatutnya, apa yang perlu aku buat?

Dengan cara berfikir sepatutunya dia, kita tidak akan memperbaiki diri kita, malahan kita akan ada satu sifat iaitu selalu menyalahkan orang lain.

Kita akan Nampak kesalahan orang lain berbanding kesalahan diri kita sediri. Dan jika semua orang berfikir, sepatutunya dia, tidak ada orang yang akan memperbaiki diri mereka.

Ini beza para sahabat, mereka berfikir, sepatutnya saya. Jadi, para sahabat saling tegur menegur, saling memperbaiki diri, semakin meningkatkan amalan, semakin kuat berjuang.

Cuba sahabat berfikir,

Islam tu agama tertinggi, sepatutunya, oranglah datang cari kita di Madinah..

Adakah Islam boleh berkembang dengan cara berfikir, sepatutnya dia.

Jika setiap individu, berfikir, sepatutnya saya, kita akan lihat setiap individu saling bahu membahu, tidak akan ada saling menyalahkan, tidak ada sikap membiarkan orang lain di dalam kesalahan, akan wujud amar makruf nahi mungkar dan sebagaiya.

Dan cara berfikir, sepatutnya saya, akan menyebabkan kita membina kecemerlangan bagi diri, keluarga, masyarakat, Negara dan ummah.

Semoga, kita belajar cara memandang. Jika melihat orang lain salah, jangan tuding satu jari padanya. Tuding sepuluh jari kemudian kesepuluh jari kita itu, kita genggam tangan mereka, kita bimbing dan ajak mereka ke arah yang lebih baik.

Usaha membimbing orang lain, mudah-mudahan, Allah akan membimbing kita.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
4 Ogos 09, jam 8.35 pagi
forum “Anda Sihat Dengan Islam” sempena Ekspo Perubatan Islam Malaysia (Episma 09) di padang Varsiti UM.
Dari kanan, Ustaz Mohd Suhaimi, Saya dan Dr. Suhaini
Program di adakan di Padang Tasik Varsiti UM
antara yang hadir
Jamuan selepas program

4 comments:

noorhafni said...

salam ustaz..saya antara yang hadir pada malam itu..izinkan saya perbetulkan soalan yang diajukan oleh pelajar tersebut..
pelajar tersebut bukan mengatakan yang doktor itu memanggil pelajar itu psikiatrik..tetapi doktor itu suruh panggil ahli psikiatry untuk mengendalikan keadaan pesakit yang emosional.. memang keadaan di hospital begitu, di mana seorang pesakit akan direfer ke bahagian subspecialty lain sekiranya keadaan memerlukan.. maksudnya seseorang pesakit dihandle secara "multidiscplinary approach" oleh pelbagai team specialist, lebih2 lagi di PPUM (tertiary centre yang banyak pengkhususan kepakaran)..tapi saya setuju dengan cara berfikir yang ustaz utarakan iaitu "sepatutnya kita"... terima kasih atas ceramah yang menarik ustaz.. semoga diberkati Allah sentiasa.. =)

JALAN REBUNG said...

salam ustaz,

tak kira la apa-apa pun lontaran atau persoalan , majlis ilmu adalah majlis yang sangat mulia dan apa yang di kongsi oleh penceramah seperti ustaz ni patutla di hargai sepenuhnye.

sekian.

Hunny said...

Salam Ustaz,

Sepatutnya, ejaan 'sepatutnya' dieja dengan betul, bukan 'sepatutunya'.. :) Apapun, entry ini menyedarkan saya, apa yang sepatutnya saya buat, nak biarkan saja, atau menegur kesilapan yang dibuat. Apapun, saya sependapat dengan Noorhafni, membetulkan kesilapan yang dibuat, bukan membiarkan.

Anonymous said...

Salam ustaz,

Terima kasih atas catatan ini yang mana saya membacanya selepas satu kejadian yang serupa berlaku pada saya.

Catatan ini membuatkan saya bermuhasabah diri saya sendiri dan akhirnya mendapat jawapan mengenai apa yang harus saya lakukan.

Terima kasih dan Maha suci Allah yang mengilhamkan saya untuk membaca blog ustaz.

Jazakallah...