Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan
blue ocean slm ustz.istri2 jran d kri knan rmh sya sgt sexy wpn ktka d luar rmh.apakh hkumnya jika suami sya t'lht mreka dg x sngja?Siapakh yg lbh bdosa? 2009-08-08 2:28 PM
Pandangan pertama tanpa niat, tidak berdosa, pandangan kedua, berdosa. Yang lebih berdosa ialah yang buka aurat tu.
blue ocean sy sgt stuju spya sume soal jwb di blog ni dbukukan krn ianya amt b'gna sbg rjukan dlm
mnjlni khdpn shrian..2009-08-08 2:23 PM
InsyaAllah
Guestazam salam ustaz.bersalaman dgn bukan mahram hukumnya haram,maka apakah hukumnya duit yang dapat dari hasil lakonan yang berpelukan dipentas atau di filem. 2009-08-08 2:12 PM
Jika filem tersebut lebih 50 % maksiat, maka haram pendapatan itu. Jika bercampur, maka syubhat.
Guest salam ustaz,jika bala' telah menimpa keatas seseorang itu,apakah seseorang itu perlu lakukan & adakah ianya berkekalan &apakah puncanya 2009-08-08 3:24 AM
Tak berkekalan. Untuk melepaskan ialah dengan banyak istighfar dan bertasbih. Baca juga selawat tafrijiyyah.
insanbiase salam ustaz mcm mane kite nak berhenti melakukan benda haram sedangkan kita tahu benda tu dosa..kita solat beramal tp masih buat lg bende2 haram.. 2009-08-09 2:05 PM
Banyakkan ucap kalimah di bawah untuk mendapat kekuatan beramal
“La haw la wa la, quwwa ta illa, bill ah”
kazra btul ker koka kola ada mksud lain disebalik logonya? 2009-08-09 11:35 AM
Wallahu alam. Tapi dari sudut kajiannya ada kebenarannya. Jika diterbalikkan, maka tulisan itu membentuk perkataan di dalam tulisan Arab :--
La Makkah, La Muhammad (tiada Mekah, Tiada Muhammad)
hafifi assalamualaikum, sye nk tnye, ape hukum bertafakur di tugu negara 2009-08-09 10:12 AM
haram
insan bagaimana mahu mengubah peribadi yang mulia..mempunyai kekuatan iman yang teguh didalam diri.dapat mengelakkan dari melakukan dosa-dosa. 2009-08-09 8:15 AM
Mujahadah dan selalu doa pada Allah
Ampunilah pngaruh pskitarn kuat,nafsu sy kuat,hilang kwaln diri,puasa,doa,hrp dh selalu,kawin tk mmpu,mcm mane nk elak onani?sy btl2 nk jd baik..sy sdih.Allah 2009-08-09 7:26 AM
1. Kena hindarkan duduk bersendirian.
2. Sibukan diri dengan kerja
3. Hindarkan berada lama ditempat selalu terjadinya maksiat ini.
4. Berkawan dengan orang baik
5. Berdoalah banyak-banyak
hambaAllah salam ustaz, bagaimana saya nak beri sumbangan wang ke Darul Ukhwah. ada akaun no?2009-08-09 2:22 AM
Akaun Yayasan di sebelah kanan blog ini.
Guest suami abai tgungjwb, tp sy ttp bdoa Tuhan beri petunjuk.. kdg2 ter?, apakah Tuhan dah beri jwpan tp sy yg terus bharap. sampai bla kena bdoa? 2009-08-08 4:52 PM
Berdoa sampai dikuatkan hati untuk buat pilihan. Jika suami abai tanggung jawab, ia sudah kira memudharatkan. Jika tidak mampu tanggung lagi bebanan, boleh minta fasakh.
nurhidayah slm ustz.sy seorg yg 'biasa2' tp sy ttp mlakukn sgla yg dsruh n mngalkan sgla yg dlrg apalg stlh mnglmi bbrpa prstwa yg mnjukkan kbsrn Allah. wpn hny prstwa kcl tp ia mngalkn ksn pd sy.Soalan sy bgaimn n adakh doa2 spy sy mjd seorg yg brni mnolak kmgkran wpn org2 lain seolah2 mnylhkn sy. knonnya sy spt blgak baik n pkra yg dtgur hnyalah pkra2 yg d angp kcil n 'x bdosa'.2009-08-08 2:41 PM
Fahami prinsip ini.
1. Tegur dari hati, perkara yang datang dari hati akan jatuh ke hati. Jangan tegur dengan nafsu. Perkara yang datang dari nafsu akan jatuh ke nafsu.
2. Kita, dalam apa keadaan akan dikata oleh orang lain. Lebih baik kita dikata di dalam keadaan kita baik dibandingkan kita dikata di dalam keadaan kita memang jahat. Terus baiki diri.
3. Doa dalam bahasa melayu pun ok.
Muhammad Hanif Bin Sulaiman masalah solat jamak dan qasar. Ada yang memberitahu saya jika keluar negara, boleh keduanya (jamak dan qasar). bagaimana jika negara itu hanya 30km dari rumahnya (JB ke Singapura)? 2009-08-10 1:26 AM
Dia bukan kira Negara, kira perjalanan melebihi 2 marhalah. Dua marhalah banyak khilaf. Yang saya pegang ialah melebihi 96 KM
Guest ustaz, kalu kite dh minta maaf kt seseorg, kite tak tau die maaf ke tak, mcm mane ye?
2009-08-10 12:03 AM
Dia tak maafkan, hak dia. Kena terus minta maaf lagi
Guest ustaZ nak tanye. kalu kite mimpi, kite dh ade dlm toilet, kite pasti dh dlm toilet, so kite buangla hadas kecil.rupe-rupenye kite kt tilam. knp ye? berbalik soalan kencing kt tilam tu, ia keturunan ke?mcm mane nk hapuskan ia?tolong ustaz.tq 2009-08-10 12:01 AM
Mainan tidur. Itu kena urut tu.
Guest salam ustaz,mcmana nk gnti puasa lm yg tlh lp brp bil.fidyah pl bagaimana? satu lg.adkh fidyah di doublekan kdrnya?2009-08-09 3:34 PM
Tetapkan bilangnya hingga hati tenang. Mengenai gandaan fidyah, ada fuqaha (ulama fiqah) yang berpendapat digandakan.
Muhammad Hanif Bin Sulaiman Adakah solat tahjjud itu di mestikan tidur dahulu atau lebih baik tidur dan bangun setelah 2/3 malam? bagaimana kalau tidak tidur sebelum 2/3 mlm itu? 2009-08-10 9:08 AM
Tidur bukan syarat, hanya afdhal sahaja
Guest salam ustaz dl sy byr fdyh 1 hr 1 cpk=2.7kg. dkira=cpk bghdad. yg mana 1 700g ke 2.7kg? 2009-08-10 8:51 AM
Fidyah satu cupak.
4 cupak satu gantang
2.7 kg itu satu gantang.
2.7 kg bahagi 4 dapat lebih jurang 700 gram
dibayar dengan beras yang biasa kita makan
Guest ank sulung 6 thn berkelahi anak jiran drjh 6. jiran msuk campur kata ank kurang ajar, sedih saya, apa perlu saya buat. 2009-08-10 5:57 AM
Sebagai ibu memang sedih. Tapi, kata-kata jiran mungkin ada kebenaranya. Didik anak betul-betul. Tak rugi ambil perhatian dari apa yang jiran kata.
Radziah mana lebih baik,berdoa selepas solat fardu atau selepas solat sunat rawatib. 2009-08-10 4:00 AM
Jika lebih baik, selepas solat fardhu
Radziah Assalamualaikum,adakah bacaan dlm solat bersendirian suara mesti didengari telinga,atau berbisik,atau mulut kumat kamit saja.Adakah utk semua bacaan . selain Al-Fatihah n surah.Bgmn bacaan Fatihah n surah dlm solat yg suara dikeraskan ie maghrib,isyak n subuh 2009-08-10 3:55 AM
Di dengar oleh telinga sendiri. Yang penting adalah bacaan wajib iaitu,
1. takbiratul Ihram
2.Fatihah
3. Tahyat akhir
4.salam
Guestazam salam ustaz.di malaysia kenapa x difatwakan saja zakat fitrah mesti dibayar dgn kadar 2.7kg beras yg dimakan olih individu,demi mengelakkan kekeliruan 2009-08-10 2:32 AM
Dari segi pentadbiran memang kena tetapkan satu kadar. Tak semua orang faham dan pandai kira. Sebab itu, kadar biasanya diletakkan pada yang rendah. Orang kaya yang faham, maka akan bayar lebih
Cuma, kenapa perbahasan tidak diluaskan, Wallahu alam. Kena Tanya bahagian fatwa negeri-negeri
kaknor saya ingin bertanya masaalah suami yg tak mau menerima teguran dari seorg isteri. saya bukanlah kata saya perfect. teguran hanya pada sebutan makhrajn 2009-08-10 2:25 AM
Kita tegur seseorang bukan kerana nak ubah dia. Kita tak mampu ubah manusia. Kita tegur kerana Allah suruh tegur orang salah. Jadi, kalau kita faham konsep ini, orang tak mahu terima pun, kita tidak akan kecil hati.
Guest assalamualaikum....ustaz...obor-obor boleh makn ke? kenapa ada sate obor-obor dijual kat pangkor tulis halal...tapi bukan tanda halal jakim.... 2009-08-10 2:50 PM
Boleh makan atau tidak, tengok, dia hidup dua alam tak? Kalau tak, maka boleh makan.
mojo a) bagaimana cara untuk mengira zakat wang simpanan dan kemana harus saya serahkan wang tersebut. bole atau tidak jika wang tersebut saya sedekahkan kpd yayasan al ijabah yg ustaz tubuhkan.2009-08-10 1:47 PM
Zakat simpanan dikira setelah akaun cukup setahun. Tengok dari bulan ke bulan. Ambil yang paling rendah sekali antara bulan tersebut. Jika lebih dari RM 6000, maka kena zakat.
Nak bayar boleh terus ke fakir miskin, atau lembaga zakat negeri. Kalau nak beri kat al-Ijabah pun boleh, ia untuk asnaf fisabilillah (pelajar yatim al-Ijabah) dan asnaf riqab (HIV) fakir miskin (keluarga anak yatim)
ZARA Slm,pendapatan bln sy bahgi kpd 8. Tlg jelaskan mana yg terkecuali zakat.Insuran/ibubapa/loan rmh/credit Crd/Sedekah/Zakat/Simpanan&belanja sendiri 2009-08-10 1:18 PM
Semua dikira keperluan. Rujuk pada pusat zakat untuk mengetui nisab (bilangan) bagi setiap bahagian ini.
syifa' a)ustz,sy x ska blk ke rmh mrtua sy krn skr utk mnjga aurat(xde blk tdur n tpksa tdur d luar),bras n ipar yg x jga aurat n sgt kurg ksdaran sivik. pckpn mrka ksr(bmbg ank tpngruh)krn mrka org kg ortodok yg xb'mnt nk tau pkmbgn smsa.sy jg geli utk mkn b'sma2 krn p'sktarn rmh yg ktor. adakh sy b'dosa jka mnetapkn kpd suami spya x ddk lma d kg dia ats fktr2 td?sy dh btrus trg dg suami tp xde yg b'ubh.mrtua,bras n ipar agp sy ngada2 2009-08-10 11:29 AM
1. Susah jaga aurat, alasan yang patut
2. perbualan yang remeh temeh dari ahli keluarga, alasan tak patut. Puan bukan berkahwin dengan suami sahaja. Perkahwinan puan dengan seluruh ahli keluarganya. Kena terima, sabar dan baiki yang mana mampu.
3. Geli nak makan, alasan tak patut. Itu cara hidup mereka. Kenapa dulu pilih suami orang kampung macam tu.
4. Tetapkan syarat pada suami, boleh, sebagai permintaan
5. Suami tak ikut, itu hak dia. Tak boleh nak paksa,
6. Ipar anggap puan mengada-ngada, tak patut.
Jadi sebenarnya, jangan saling salah menyalah. Dua-dua pihak kena baiki diri.
izan assalamualaikum ustaz...saya nak bertanyakan...adakah ke turki perlukan visa perjalanan kesana....terima kasih ustaz 2009-08-10 10:02 AM
tak perlu, dapat di airport untuk 3 bulan
Guest setelah solat istikarah, hati kita terarah pd seseorg dan rasa tenang pdnya..adalah itu petunjuk jodoh kite walaupun hakikatnya jarang berhubung@jupa 2009-08-10 9:45 AM
Mungkin
Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
11 Ogos 09, jam 1.27 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment