Hari ini 29 Ogos 09, selepas solat Maghrib di Masjid al-Nabawi al-Syarif, saya balik ke Hotel Faruz Shattah untuk makan malam.
Ramai jemaah dari berbagai agensi juga makan di dewan makan. Selepas makan, saya mengambil kunci bilik yang ditinggalkan di kaunter pendaftaran.
Saya mula menaiki lif dari tingkat G. Lif kemudian berhenti di tingkat M, dewan makan bagi hotel ini. Di hadapan pintu lif berdiri ramai makcik-makcik dari jemaah Indonesia.
Mereka semua berpusu-pusu masuk ke dalam lif hingga menjadikan dalam lif sesak.
Ada beberapa jemaah lelaki dari Indonesia yang juga telah masuk ke dalam lif, oleh kerana terlalu penuh, maka pintu lif tidak dapat di tutup.
Seorang makcik di dalam lif berkata:-
“Bang Haji, Bang keluar dulu ye, ini lif sudah penuh” katanya.
Tiba-tiba muka, pakcik ini berubah dan sepontan dia menjawab:-
“Suka-suka kamu ye, menghalau orang lain keluar” kemudian dengan muka yang kecewa, pakcik ini melangkah keluar meninggalkan lif.
Pintu lif tertutup dan lif meluncur naik ke tingkat atas.
Saya yang berada di dalam lif mengerutkan dahi berfikir.
“Mmm.., halusnya jiwa orang Melayu, walaupun perkara yang disebut itu betul, tapi, dia menerimanya seolah-olah seperti kena halau dari lif.
Saya terus teringat sepotong hadith:-
“Berbicaralah dengan seseorang mengikut kadar akalnya”
Rupanya hadith ini, bukan sahaja mengajarkan kita mengenai seni pertuturan dengan orang yang lebih rendah dari kita, tetapi mengikut keadaan seseorang itu.
Nabi pernah berkhutbah dengan para sahabat sehingga merah matanya lantaran ketegasan yang cuba disampaikan, tetapi Nabi pernah membiarkan seorang mencekak lehernya hingga kelihatan bekas merah dileher baginda.
Agak-agak kalau kita, bagaimana?
Kalau ingin dibacakan dengan pepatah orang Melayu, maksud pengajaran hampir sama.
“Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang lembu mengembok”
Kita disuruh pandai mensesuaikan diri dengan suasana yang kita lalui asalkan tidak menggadaikan prinsip yang ada.
Bagi orang Melayu, dakwah secara lembut lebih berkesan dari dakwah secara kasar. Portugis, Belanda dan Spanyol pernah berusaha mengkristiankan orang Melayu dengan kekerasan yang ada, tetapi terbukit kaedah ini tidak membuatkan orang Melayu tertarik dengan kristian.
Ulama dan pendakwah kita, dengan akhlak dan kelembutan, datang dari Hadramaut Yaman, berjaya mengislamkan seluruh Nusantara ini.
Rupanya, begini psikoligi dakwah orang Melayu.
Kelembutan itu, lebih mengesankan dari kekerasan. Kita boleh menawan fizikal seseorang dengan kekerasan, tetapi tidak hati mereka.
Oleh itu, cakapkan perkara yang baik dengan kasih sayang, sama ada pada anak, isteri, suami, saudara mara, kerana orang Melayu itu lebih terkesan dengan kelembutan.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Fairuz Shattah
Madinah al-Munawwarah
29 Ogos 09, jam 8.14 malam
Di post dari al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah 31 Ogos 09, jam 12.25 tengah hari
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment