Friday, August 7, 2009

Jawapan Pada Persoalan 38

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Guestazam salam ustaz. adakah bayar bulanan pinjaman beli kereta termasuk dalam jumlah yang ditolak dalam pengiraan zakat pendapatan. 2009-08-05 12:36 AM

Ya, kerana kereta merupakan keperluan untuk mencari nafkah

hikmahujian slm,ust.adkh jika seorang suami menegur isteri tentang sikap isteri yang bila ditegur sering tarik muka masam(tetapi isteri akan ambil teguran tu cuma waktu dia menerima teguran itu,dia automatik terbuat muka masam,akibat sedih kena tegur)blhkah ini dijadikan alasan untuk suami tinggalkan isteri ditempat tidurnya?bgmn hukumnya jika perkara itu pula membuatkan sang isteri sedih..malahan si isteri sedang sarat mengandung.. 2009-08-04 10:46 PM2009-08-04 10:44 PM

Tapi dalam kes puan sebenarnya, suami puan memerlukan perhatian. Mungkin kerana mengandung, dia rasa dia tidak diberi perhatian, hasilnya, dia melahirkan kemarahan pada perkara lain yang mungkin puan rasa tidak sepatutnya.

Nasihat saya, dua-dua kena baiki diri. Isteri kena biasakan terima teguran walaupun kadang-kala teguran itu agak pahit. Bukankah kebiasaanya ubat itu memang pahit?

Bagi suami pula, kena baiki diri, tegur isteri dengan kasih sayang.

Nabi saw menyatakan:-

Orang perempuan dari tulang rusuk yang bengkok, kalau kamu biarkan dia akan bengkok, kalau kamu kasari dia akan patah.

Tegurlah pasangan kita dengan hati yang kasih, jangan dengan nafsu yang marah. Sesungguhnya, perkara yang datang dari hati akan jatuh ke hati, dan perkara yang datang dari nafsu akan jatuh ke nafsu

Lin Semasa bpuasa saya menitis air mata semasa berdoa, lalu air mata mengalir kebibir. walaupun x telan tetapi rasa masinnya. Adakah batal puasa saya? 2009-08-05 10:14 AM

Tak batal

saady salam.kalau budak yg belum akil baligh berhutang, wajibkah dia mmbayarnya setelah dewasa? mcm mane kalau pemiutang itu sukar dicari kembali? thanks 2009-08-05 9:43 AM

wajib. Kalau orang yang kita hutang tak jumpa, bercita-cita, kalau jumpa nak bayar balik.

peace salam, satu blog yg sgt bagus ustaz..terima kasih,.. 2009-08-05 8:18 AM

Terima kasih

Guestazam seorang isteri yang bekerja apakah yang ditolak dari pengiraan zakat pendapatannya.
2009-08-05 6:37 AM

Kita atas nafkah yang diberikan pada isteri, ini kerana, nafkah isteri tetap wajib diberi walaupun isteri mampu
Mas Salam,Ustaz, mohon penjelasan, tentang waktu habis waktu solat isyak, adakah sehingga pukul 2/3 pagi shj?bagaimana dengan solat malam spt tahajud,etc? 2009-08-05 4:34 AM

Habis waktu isyak ialah dengan masuknya waktu subuh. Solat tahajjud pula waktunya bermula tengah malam, dalam pukul 12 malam. Afdalnya dalam 2/3 malam iaitu lebih kurang pukul 2 pagi

madiperlis kia hal hei mad, ana dari perlis ingat ka 2009-08-05 4:30 AM

Tike, insyaAllah ingat..

Guest ga adab islam & hukum2..Cuma nampak Islamic bila ada kenduri tahlil atau ke surau 2009-08-05 1:41 AM

Sebab diamalkan pada ketika itu sahaja. Jadi tingkatkan diri. Dah buat yang tu, dah bagus, tingkatkan pada ketika lain juga

Guest kami seklarga rasa tertekan apabila blh dikatakan ramai juga jiran2 yg tlh bebrapa kali umrah & haji tapi masih tidak menutup aurat & tidak menja 2009-08-05 1:40 AM

Buat apa nak tertekan dengan kesalahan orang lain. Dia tak tutup aurat, doakan. Peluang berdoa untuk orang lain tu, tak semua orang dapat. Sekali-sekala, kalau ada peluang berbual, tegur dengan baik. Tak semua orang ada peluang dapat pahala menegur orang lain.

Jadi jangan tertekan. Tuan adalah orang yang beruntung kerana ada peluang untuk beramal.

Zarul Assalamualaiku Ustaz, Minta pandangan Ustaz bekenaan anak saya yang agak nakal, dan tidak mahu kesekolah, umurnya baru 5 tahun. 2009-08-05 1:39 AM

Lima tahun belum boleh dikata nakal. Itu perangai anak-anak. Doakan, beri kepercayaan. Jangan set kat minda kita, dia adalah nakal. Ia ibarat doa pada anak itu dan teruskan bersabar di dalam mendidik anak puan.

Guest ustaz, bolehkah suami berhubung dgn wanita lain dgn niat nk kawin, tp kewangn dia blm ok 2009-08-05 1:18 AM

Kalau kewangan dia belum ok, tak boleh. Sebab ditakuti akan menzalimi isteri pertama. Suruh dia kerja betul-betul dulu, dah mampu baru boleh fikir.

Bagi puan pula, layan suami dengan sebaiknya. Seorang lelaki, ada tiga perkara yang perlu di jaga.

1. makan
2. Pakaian
3. sex

Kalau ketiga perkara ini dijaga, insyaAllah, dia akan tenang. Kalau kita terlalu sibuk, kehendak sexnya kita acuh tah acuh, dia pasti akan memberontak. Kalau ilmu dan iman kurang, maka akan banyak kemungkaran lahir nanti.

nana apa hukum isteri slalu marah suami.suami slalu mbuat isteri kecik hati & timbulkan rs marah pd isteri. 2009-08-06 1:57 AM

Dua-dua kena belajar membentuk keluarga bahagia. Kadang kala, suami yang kurang ilmu memang sengaja nak cucuk isteri, nak tunjuk kuasanya.

Itu yang saja aje sebut, nak kawin lagilah, marah isteri depan orang lah dan sebagainya.

Sebab, saja nak tunjuk dekat orang, aku tak takut kat isteri.

Itu bukan cara yang betul.

Bagi isteri pula, sabarlah, doakan suami dan berbincang dengan baik perkara ini. Semoga rumah tangga puan diberi keberkatan.

nana salam,sy slalu solat & ngaji.tapi kdg2 amarah sy tak bole dikawal. 2009-08-06 1:56 AM

Amalan yang puan buat dah bagus, tetapi masih ada kelemahan di dalam menangani nafsu. Jadi ilmu dalam bab ini kena tingkatkan

Guest Ust, saya, insyaAllah, amalkan zikir pagi & ptg yg ada ayat/surah ayat alQuran, semasa haid bolehkah saya amalkan juga bahagian yg ada ayat alQuran? 2009-08-06 1:12 AM

Untuk niat zikir, boleh

Guest Ustaz, kami di pejabat, islam & bukan islam, kongsi sponge basuh pinggan, adakah yg islam boleh gunakan sponge yg sama jika ia digunakan juga utk basuh pinggan yg telah diisi makanan yg ada daging khinzir? 2009-08-06 12:49 AM

Syubhat, seeloknya jangan kongsi

SR salam ust, ada masa tolong bahas tanggungjawab suamiisteri&ibubapa sperti yg pernah ust bahaskan dlm ceramah ust. terima kasih 2009-08-06 12:40 AM

InsyaAllah

Guest Bolehkah pelajar luar ngr yg mendpt pinjaman jpa atau mara memohon bantuan zakat? 2009-08-06 12:13 AM

Boleh

Guestazam salam ustaz, adakah doa iftitah disunatkan juga baca dalam semua sembahyang sunat atau ada sembahyang sunat yg dikecualikan. 2009-08-06 12:09 AM

Semua solat

tolong kawan salam, saya nk tye kawan sy x pandai bace quran.. cam mane saya nk bntu die???
2009-08-05 12:48 PM

Suruh beli buku Iqra dan ajarkan

Guest bala@musibah yg menimpa seseorang adakah ia satu pembalasan @ pengajaran &bagaimana menebusnya 2009-08-06 3:50 AM

Jika seseorang ada kena musibah, mungkin salah satu sebab di bawah.

1. Penghapusan dosa
2. Allah nak ganti dengan perkara yang lebih baik
3. Peningkatan darjat
4. Mungkin juga bala’

Nak tebus, banyakkan istighfar dan banyak baca tasbih

nafisyah salam.saya ingin membayar fidyah diatas puasa yg tidak terganti.Bolehkah jika duit beras utk fidyah tersebut saya salurkan utk rumah kebajikan HIV tu 2009-08-06 3:39 AM

boleh

Guest salam, ustaz org hadas besar bole x baca surah 3 kul, al fatihah & ayatul kursyi sebelum tido sb dh memang sebelum tido hari2 baca. Bole x & dose x? T 2009-08-06 3:34 AM

Boleh, niatkan zikir

Guest Sedih, kecewa,marah ..bila ada org islam sendiri menghina islam dgn membuka aurat, minum arak, berjudi,tidak solat & puasa,tdk jaga waktu solat dll. 2009-08-06 3:14 AM

Sifat itu bagus sebab ada sensitiviti pada Islam, lagi bagus, mulakan tegur dan berdakwah

Guest Ust, benarkah jika wanita islam pakai purdah (yg nampak mata saja), lepas tu kena terus kekal pakai sampai bila2, berdosa kalau lepas tu buka walaupun pakai tudung tutup semua aurat kecuali muka & tapak tangan? 2009-08-06 2:32 AM

Tak berdosa asalkan mengekalkan menutup aurat

Zailani salam ustaz. anak saya perempuan.umur 11 tahun. dah datang haid dan berbadan besar dan tinggi apa hukum dia bersalam dgn orang tua seperti sepupu saya (lelaki) dan mencium tangan 2009-08-06 2:23 AM

Orang tua, kalau memang tak timbul nafsu, boleh. Tetapi, seeloknya hindarkan, tapi dari segi wuduk, batal

abuwildan persoalan agama: Isteri saya takdapat puasa sebulan kerana masalah kesihatannya ketika hamil. Berapa hari yg patut dia qadha puasa? adakah dia kena puasa sebulan penuh @ kurang drp itu (mengikut hari2 biasa yg dia suci) ?
2009-08-06 1:59 AM

Puasa penuh, gantikan perlahan-lahan semampunya.

Guest apakah hukumnya kalau kita lakukan solat sunat rawtib,dhuha,tahajuj dan witir semasa sedang bekerja 2009-08-06 2:40 PM

Boleh asalkan kerja siap seperti yang diamanahkan

Guest salam ustaz. mana lebih diutamakan, menghadiri ceramah penceramah jemputan di masjid atau menghadiri jemputan kenduri tahlil jiran? 2009-08-06 11:12 AM

Yang lebih afdhal di dalam amalan adalah yang melibatkan ramai pihak kebaikannya. Jadi, dalam hal ini, dulukan jemputan jiran

Nasran Salam ya Akhi...apa khabar ? Moga sukses milik kita bersama. 2009-08-06 10:30 AM

Amin..

Semoga menepati kehendak soalan, jika terdapat kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Universiti Darul Iman Malaysia
Kuala Terengganu
7 Ogos 09, jam 10.00 pagi

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...