Thursday, August 13, 2009

Jawapan Pada Persoalan 43

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Guest Apakah tanda2 yg Allah telah terima taubat dan amal ibadah kita.. 2009-08-11 12:46 AM

Kalau kita mendatangi Allah dengan berjalan, maka Allah akan mendatangi kita dengan berlari. Ini adalah perumpamaan bagi orang yang ingin mendatangi Allah dengan ikhlas.

Orang yang bertaubat, jika ikhlas, maka Allah akan semakin hampir padanya. Di antara tanda taubat diterima Allah ialah seseorang itu akan semakin baik. Semakin hari semakin soleh.

Guest Yg mana lebih afdal…umrah atau duit nak pergi umrah itu digunakan utk fisabilillah.. 2009-08-11 12:44 AM

Lihat pada keadaan semasa itu. Jika pada ketika itu,seruan jihad berkumandang, maka, afhdal untuk fisabilillah.

Guest salam ustaz,murka Allah terhadap hambannya adakah selepas kita memohon keampunan maka kita akan mendapat keredhaanNya,bagaimana 2009-08-11 12:24 AM

Ya, sebab itu sebaik-baik manusia yang bersalah iaitu yang cepat-cepat bertaubat dengan ikhlas dan mengharapkan rahmat Allah. Caranya dengan banyak menyesali dosa dan mengharapkan bimbinga Allah

Aida salam ustaz. saya dah banyak tanya dan ustaz dah banyak jawab. kadang saya ketawa sendiri baca ustaz bagi komen. saya beroda ustaz skluarga dirahmati dunia akhirat, dipanjangkan umur untuk terus menjawab dan ditempatkan brsama nabi di dlm syurga 2009-08-11 7:39 AM

Terima kasih, puan dah banyak bertanya, hari ini tak ada soalan ke?

Guest Suami sy petugas haji & sy blh ikut hj bersamanya setiap tahun. Adakah sy berdosa kerana tinggalkan ank2 kerap sgt kerana terlalu rindu utk ke Mekah? 2009-08-11 5:03 AM

Bergantung pada keadaan, jika dengan ikut, anak semakin teruk akhlaknya, maka ketika itu puan kena jaga anak. Ia lebih utama. Tapi kalau anak selesai semua, maka tidak ada masalah puan nak pergi.

Guest Salam Ustaz. Yg manakah lebih utama bagi seorang lelaki. 1) Berbuka puasa ramadhan di masjid atau dirumah bersama anak isteri bagi yang mampu? Solat terawih di masjid atau mengimamkan anak perempuan dirumah 2009-08-11 4:45 AM

Soalan ini juga bergantung pada keadaan

1. Jika berbuka dirumah menjadi pengerat hubungan kekeluargaan, sebab sebelum ini, sibuk dengan tugas, maka di rumah lebih afdhal. Jika keadaan di rumah ok, berbuka di masjid boleh merapatkan persaudaraan Islam, maka di masjid afdhal. Lihat pada keadaan dan manfaat.

2. Dalam bab terawikh juga sama. Jika kita ke masjid, anak dekat rumah tak solat, maka afdal solat di rumah bersama keluarga. Tetapi dengan syarat, di masjid telah ramai yang memakmurkannya. Jika anak boleh ikut ke masjid, maka afdhal di masjid.

Lihat pada mana manfaat lebih besar.

nor ustaz, 'Khilaf' tu apa maksudnya.. 2009-08-11 3:26 AM

khilaf itu maksudnya perselisihan pendapat antara ulama.

nor salam. Berdosakah gambar keluarga dipamerkan di dlm rumah. perhiasan bagaimana yang dibolehkan di dalam rumah.. 2009-08-11 3:20 AM

tidak jika tidak menjadi bahan pujaan. Yang dilarang adalah patung. Makna patung ialah perkara yang ada bentuk. Jika ada cahaya, maka ada bayang.

morazas:Terima kasih.Berdosakah saya sbb punyai loan kereta (dah bayar 2 thn,baki hutang 7 thn)& punyai kad kredit secara Konvensional dari bank(tiap2 bulan full paid ontime) dan masih punyai hutang dgn PTPTN? 2009-08-11 2:36 AM

Jika ketika ambil memang tidak ada pilihan, maka dimaafkan, tetapi tetap minta ampun pada Allah. Adukan padanya, kita belum mempunyai kemampuan untuk tukar pada yang Islamik. Kemudian berusaha semaksima yang mampu untuk tukar pada Islamik

hambe Allah salam.ustaz bagaimane care nk melembutkan hati adik saye ni supaye mudah dgr nasihat ibubapa risau sy tgk die sebb baru kene gantung sekolah. 2009-08-11 1:52 AM

bacakan fatihah, niatkan untuknya

Guest Bukankah AL Jabbar itu secara mutlak milik Allah tapi knpa digunakan utk manusia. 2009-08-11 12:53 AM

Dari sudut bahasa tak salah. Kalau nak salah pun dari sudut adab.

Imran sy terbaca artikel bahawa setiap makhluk telah ditentukan rezeki, jodoh, maut di Luh Mahfuz, tetapi dia juga menyatakan setiap manusia telah ditentukan sama ada dimasukkan ke syurga atau neraka sejak lahir, adakah kenyataan ini benar? sekiranya telah ditentukan neraka dan syurga sewaktu l lahir lagi, apakah gunanya seseorg itu hidup sedangkan ditakdirkan masuk neraka dan bg mereka yg ditakdirkn masuk syurga bt salah sekali pun tetap msuk syurga ke? ustaz semoga anda dirahmati Allah kerna sudi menjawab ruangan pertanyaan... 2009-08-11 8:45 AM


Masuk syurga atau neraka itu urusan Allah. Yang Allah suruh kita buat adalah taat padanya. Hari ini kita beribadah,bukan untuk ke syurga. Syurga atau neraka hanya motivasi untuk kita beramal. Tatapi kita beribadah kerana nak menjadi hamba Allah yang bersyukur. Kita beribadah untuk mencari keredhaan Allah.

Jika kita memaksimakan usaha untuk taat kerana Allah, kita tidak akan rungsing Allah nak letak di mana kita. Itu yang Allah sebut di dalam surah Jin ayat 13:-

Barang siapa beriman kepada Tuhannya, maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (pula takut) diperlakukan secara zalim (dengan menambahkan kesalahan dan dosa.

Sebab kita tahu, apa yang kita buat untuk mencari keredhaannya, dan orang yang diredhai Allah, Allah tidak akan mengazab mereka.

Jadi, jangan rungsing urusan Allah, rungsingkan usaha kita yang masih sedikit.

has org yg telah mati yakni di dalam kubur, adakah mereka turut merasa kesengsaraan sewaktu berlakunya kiamat, iaitu sewaktu bumi musnah dgn dahsyatnya 2009-08-11 8:25 AM

tidak

kami apa hukumnya seseorg itu tidak redha di atas perbuatan seseorg yg mengutuk dan mengata dirinya dan berserah kpd Allah shj yg menentukan pembalasan terhadap mereka. Adakah dia berdosa?2009-08-11 8:13 AM

Tidak, selagi tidak memudharatkan dirinya. Jika memudhratkan, dia kena mempertahankan haknya seperti jika dikata dengan fitnah mengambil barang orang. Ketika itu, kena menerangkan hal sebenar.

Lin Salam,roh org mnggl dunia ada hutang, terawang2. Dimanakah roh itu.Jika waris x mampu byr mcm ne roh tu hingga akhirat?2009-08-11 8:06 AM

Terawang-awang itu maksudnya, kelebihan amalannya. Sehingga, jika mati syahid sekalipun, maka akan tergantung kelebihan amalannya.

Y apakah tanda-tanda petunjuk dtg drp Allah setelah beberapa kali solat istikarah meminta petunjuk jodoh yg sebenar? 2009-08-11 8:04 AM

Hati semakin kuat dan jalan semakin dipermudahkan

fizri 1.ustz,nnek sdara sy yg tlh mningal dnia tlh mletakkn nm sy n ibu sy sbgai pnama kwsp krn suaminya tlh mningal n bliau xde ank.adakh sy n ibu sy brhak 2009-08-11 10:53 AM

agih secara faraidh melainkan dia telah lafaz memberikan (hibahkan) pada tuan dan ibu tuan

A laman soal-jawab ini sangat bermanfat, dah lama sy tercari-cari seseorg yg bole dipercayai dan diyakini ilmu agamanya dlm menjwb sebarang permasalaha syabas ustaz!2009-08-11 10:47 AM

Kasihilah seseorang sekadarnya, kerana takut nanti dia akan menjadi orang yang kamu benci, bencilah seseorang sekadarnya kerana takut nanti dia akan menjadi orang yang kamu kasih – hadith riwayat at-Tarmizi

alia apakah pandangan ustaz terhadap seseorang yang mati secara mengejut tanpa sebarang tanda-tanda datangnya kematian, contohnya mati kemalangan yg mati serta merta tanpa sempat mengucap kalimah syahadat, adakah golongan ini terdiri drp golongan yg rugi @ dimurkai Allah berbanding mereka yg mati kerana sakit dimana mereka sempat bertaubat. Adakah cara mati seseorg itu telah ditetapkan atau bergantung pd amalan mereka? 2009-08-11 10:40 AM

itulah keunikan mati. Kita tak tahu bila dan di mana, yang boleh diusahakan ialah caranya, sama ada di dalam keadaan baik atau tidak.

Kalau eksiden tengah nak ke dangdut, memang rugilah, tapi kalau eksiden tengan nak dengar ceramah, maka beruntunglah dia.

nur hati ustaz bole tak tafsirkan mimpi sy..sy selalu bermimpi berada di surau@masjid di sekolah dlu, selalu bermimpi hendak solat berjemaah tetapi kadang2 ada halangan ketika hendak solat. contohnya terlupa ambil wudhuk, rakan-rakan kacau, tersilap cara solat dan sebagainya. Sy sering bermimpi sebegini apakah maksud sebalik mimpi sy itu..ustaz?2009-08-11 10:23 AM

Puan sedang berusaha memperbaiki diri sedangkan terlalu banyak halangan dan dugaan, Kena minta bantuan Allah banyak-banyak. Untuk tahu banyak pasal mimpi bolehlah cari buku atau kitab tafsir mimpi. Yang utama dari Ibnu Sirin

Anis ustaz... kat Bandar sunway food court nie pinggan dia campur la halal dgn tak halal... mcm mana nak panggil jais marah pihak management yer? 2009-08-11 10:07 AM

Kalau nak marah tak perlu panggil JAIS, puan pergi, marah aje. Semua orang Islam bertanggung jawab menjaga agama. Kalau perlukan bantuan juga, boleh hubungi bahagian halal dan haram JAIS.

Guest Ustaz macam mana jawapan terbaik untuk menjawab persoalan coupe,sekiranya seseorang itu tidak menerima bahwa tiada coupe dalam islam. 2009-08-11 2:30 PM

Siapa kata tak ada? Ada, cuma cara kena betul. Caranya ialah nikah dulu. Dah kahwin, nak berdancing sampai pagi pun taka pa.

Jadi sebenarnya, urusan pernikahan kena dipermudahkan. Ibu ayah masing-masing, janganlah letak belanja tinggi-tinggi. Buat sekadarnya. Yang penting, syariat lepas, hidup pun berkat

guest salam ustaz, apakah hukumnya kajian rahsia tarikh lahir dan mengenali potensi diri melalui tarikh lahir? adakah ia khurafat? 2009-08-11 1:56 PM

Di antara keluasan ilmu Allah ialah dia menjadikan sesuatu berpasang-pasang. Salah satu makna berpasang ialah, jika orang ni, rupa macam ni, maka perangainya biasanya macam ini.

Tarikh lahir kalau di bulan ini, biasanya perangai macam ini. Ia merupakan ilmu psikologi yang diperhati dan dicatatkan selama beratus-ratus tahun.

Jadi, untuk sebagai panduan mengenal perwatakan, boleh. Tetapi, untuk percaya sebagai kemestian, tidak boleh.

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
13 Ogos 09, jam 1.25 pagi

4 comments:

razifembi said...

Salam Ustaz Amin,

sy ada terbaca Q n A ustaz di atas tentang ketentuan Allah yang sudah tercata di Loh Mahfuz.

Ini sekadar pandangan dan persoalan kepada ustaz. Jika salah betulkanlah saya ini.

Saya berfikiran bahawa apa yang telah tercatat di Loh Mahfuz bukanlah ketetapan atau ketentuan takdir awal bagi setiap manusia yang dilahirkan.

Contohnya :

Jika seseorang yang akan dilahirkan di dunia ini, maka Allah S.W.T akan menetapkan takdir bagi diri manusia yang akan dilahirkan nanti.

Sama ada ke neraka atau ke syurga. Manusia ini bukanlah seperti mesin atau robot yang di programkan untuk sekian sekian hari dan masa, apa yang akan dilakukan.

Cuma saya berfikiran bahawa apa yang telah tercatat di Loh Mahfuz itu adalah satu KUASA Allah untuk mengetahui keadaan di masa hadapan seseorang manusia itu bahkan alam ini jua.

Jadi dengan Kuasa Allah itu yang Maha Mengetahui masa hadapan itu maka dicatatkan buku tentang ketentuan seseorang manusia itu.

Sekian sahaja pendapat saya Ustaz. Andai salah betulkanlah saya sentiasa mahu belajar.

Kiranya ustaz tidak keberatan bolehlah ustaz menceritakan tentang Takdir Qada dan Qadar ...

Terima kasih Ustaz ... Usaha Ustaz, tulisan ustaz banyak mengubah diri ini.

Sekian,

Salam singgah dari saya

Razifembi

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Persoalan mengenai Luh Mahfuz tu, saya pernah terdengar suatu masa dulu tentang kisah perempuan tua dengan Nabi Musa. Sila betulkan saya jika saya tersilap. Kisahnya begini:

Pada zaman Nabi Musa, seorang perempuan tua meminta baginda memohon dari Allah supaya dikurniakan beliau seorang anak. Beliau sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai seorang cahaya mata pun.

Apabila Nabi Musa memohon kepada Allah, permohonannya di tolak Allah kerana sudah tertulis di Luh Mahfuz perempuan itu tidak akan mendapat anak sampai bila-bila pun. Perempuan itu, walaupun hiba menerima takdirnya dengan tangan terbuka.

Setelah sekian lama Nabi Musa terjumpa perempuan tua itu kembali, kali ini membawa seorang anak. Apabila ditanya anak siapakah itu, perempuan itu mengaku anak itu adalah anak yang dikandung dan dilahirkan oleh beliau sendiri. Nabi Musa berasa hairan lalu baginda bertanya kepada Allah bagaimana perempuan tua itu mampu mendapat zuriat sedangkan di Luh Mahfuz telah ditulis sebaliknya.

Allah kemudian menegaskan bahawa Dialah yang menulis nasib seseorang di Luh Mahfuz, dan Dialah yang berhak mengubah nasib yang telah ditulisNya itu.

Dari kisah ini dapat disimpulkan bahawa nasib manusia boleh diubah kalau kita berusaha untuk mengubahnya. Perempuan tua itu tidak jemu berusaha dengan suaminya walaupun beliau tahu yang beliau ditakdir tidak akan mendapat anak sampai bila-bila.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, atau nasib seseorang itu, melainkan jika kaum atau orang itu mahu dan berusaha untuk mengubah nasibnya sendiri.

Wallahu a'lam.

razifembi said...

mohon Ustaz Amin jelaskan. TQ

Unknown said...

Assalammulaikum..uztaz..skadar ingin tahu...apa d sebalik roh??

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...