Pagi ini, 17 Ogos 09, saya dihubungi oleh Pengarah Akademi Islam, Prof. Dr. Ahmad Hidayah Buang melalui SMS
“Salam Dato’/Tuan/ Puan. Ada berita sedih. Prof. Dr. Abdul Halim Mat Diah kembali rahmatullah semalam – AHB”
Dengan ini, Saya mengucapkan Takziah kepada ahli keluarga Prof Abdul Halim Mat Diah. Prof Abdul Halim Mat Diah merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah Dan Tamaddun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Saya selalu menyapa beliau ketika makan di kantin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Orangnya baik, bersikap seperti kebapaan dan selalu senyum.
Beliau banyak terlibat di dalam membangunkan dunia akademik di Negara ini. Semoga, setiap tulisan beliau akan menjadi ilmu yang bermanfaat yang terus digunakan oleh anak-anak muridnya.
Antara penulisan beliau ialah:-
PENDIDIKAN ISLAM DI MALYSIA - SEJARAH DAN KONSEP ABIM, KUALA LUMPUR.1987
(1987) RINGKASAN SEJARAH ISLAM DI AFRIKA UTARA DAN SEPANYOL ABIM, KUALA LUMPUR
MASALAH MASALAH UMMAH ABIM
( 1987) ISLAM DAN DEMOKRASI PENDIDIKAN ABIM, KUALA LUMPUR
2005 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA JURNAL TAMADDUN 1 OGOS KUALA LUMPUR: JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM, APIUM
2005 PENGARUH BUGIS DALAM KESULTANAN SELANGOR MUZIUM SELANGOR
2004 PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENGHADAPI ERA GLOBALISASI SUMBAR FORUM
2004 PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA DALAM MENGHADAPI PASARAN BEBAS AFTA IAIN PADANG
2004 PERANAN INTELEKTUAL DALAM PENYEBARAN ISLAM HADHARI MAJALAH AL-ISLAM DISEMBER
2003 DUNIA ISLAM KINI KUALA LUMPUR : SALAFI GROUP
2002 ISU-ISU SEMASA DI DUNIA ISLAM KUALA LUMPUR : SALAFI GROUP
TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM (JURNAL USULUDDIN 1 1993)
(2008), "SEJARAH PERJUANGAN PARTI-PARTI POLITIK DI INDONESIA", JURNAL AL TAMADUN, BIL 3, KUALA LUMPUR: JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA.
(2008), "SUMBANGAN MUHAMMADIAH DALAM PENDIDIKAN DAHULU DAN SEKARANG", JURNAL TAMADUN, RIAU: STEA RIAU, INDONESIA
Abdul Halim bin Haji Mat Diah (2007), falsafah pendidikan islam di peringkat ijazah tinggi di Malaysia, Jurnal Al-Tamaddun , Bil. 2, jabatan sejarah dan tamadun islam ,akademi pengajian Islam, universiti malaya.
Di dalam hadith, Nabi saw bersabda:-
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga. Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh”
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga Prof Dr. berehat di alam akhirat dari kepenatan dunia ini.
Bagi ahli keluarga beliau, saya ucapkan takzaiah, semoga terus diberikanketabahan.
“Dairi,Merakan Sejarah, mencatat kenangan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
17 Ogos 09 jam 11.25 malam
Allahyarham Prof. Dr. Abdul Halim Mat Diah. Semoga dirahmati Allah
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
-
Lama saya tidak menulis mengenai perjalanan Universiti Kehidupan. Hari ini Selasa 24 November 2015, saya bersama 80 jemaah bertolak ke Pa...
No comments:
Post a Comment