Monday, August 31, 2009

Jawapan Pada Persoalan 53

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

fareeha ustaz, saya istri2 suami kami nikah ktika suami gaji 4k, kini gaji 1/2 byr rumah diaman istri1, istri1 tuduh dia tak layak poligami, sahkah nikah kami 2009-08-25 11:28 PM

sah, cuma bantu suami untuk tingkatkan kemampuan, jangan sampai perkahwinan kita menyebabkan hak nafkah orang lain terabai.

aisya_nur ustaz, boleh ke berbekam smasa berpuasa? 2009-08-25 4:01 PM

boleh cuma tak afdhal, ada sesetengah pendapat mengatakan makruh

ros sujud shwi tu perlu dilakukan sekali atau dua kali..maknanya slps bagi salam, sujud sahwi dan perlu duduk antara dua sujud dan sujud lg skali ke ustaz mcm mn kalau kita smbyg jemaah d masjid & ada ruang 0 di sblh kiri/ knn sy.org lain x bganjak(sdh solat).sy perlu rapat ke kiri/knn (cth: 0 d kiri) 2009-08-25 2:58 PM

1. sujud sahwi selepas membaca tahyat akhir sebelum salam.
2. Rapatkan saf ke arah imam (bukan ke arah kipas agin masjid)

karmila bolehkah bca ayt ini ustaz " Kul inn kuntun tuhibu naallah fat tabi u ni (disebutkn nama seseorg) yu bih kumullah". Sbgai pengerat kasih syg. 2009-08-25 1:24 PM

boleh jika diniatkan sebagai doa

Muhammad Firdaus Hassan dakwah dan ilmu ustaz lebih kpd bidang ape, maksud sy ibadah ke, akhlak , tauhid ke @ bagaimn? sbb ade soaln sy nk ty 2009-08-25 1:15 PM

al-Fakir Ila Rabbihi, yang jahil lagi dhaif, khadam pada ilmu dan agama, Syariah dan undang-undang

ratna marliza mokhtar salam ustaz. i would like to get involve with yayasan al-ijabah.saya blh bantu dr segi merancang aktivi&pemasaran. ini alamat email saya:mail 2009-08-26 2:23 AM

terima kasih, insyaAllah, nanti saya uruskan agar pihak Yayasan menghubungi puan

Guest Uztaz...tolong doakan saya dibanyak rezeki dan dimakbulkan hajat....saya mengalami masalah kewangan yang kritikal....saya mohon uztaz doakan saya.. 2009-08-26 2:18 AM

Amin, Allah bersamamu

Hamba Allah, salam ustaz macam mana nak handle teammember yang tak berintegrity, kurang respect orang, dan gila kuasa. tegur dah nasihat pun dah, performance appraisal pun dah bagi low marks, tapi masih tak berubah, kita tak boleh plak sesuka hati nak tukarkan ke team lain....apa yang terbaik untuk org camni ya ustaz. tq 2009-08-26 1:46 AM

Doakan, itu ujian buat kita

HambaAllah ustaz,amalan zikir dgn tasbih,adakah ditetapkan jumlahnya sesuatu zikir itu,@bolihkah dizikir tanpa tasbh&jumlahnya? 2009-08-26 1:11 AM

Boleh, kebanyakan zikir, bilangan tidak ditetapkan.

tonet Ust... Slmt b'angkat ke Tanah Suci Meca.... Semoga aman dlm pjlnan... d lindungi oleh Allah serta d pmudahkan setiap urusan yg sdg d lakukan..... Amin 2009-08-26 12:41 AM

amin..

tonet sy yg nampak ada seorg perempuan yg cantik sdg bbual dgn sy... Pd pdpt Ust, siapakah perempaun itu? Dtg tanpa d sedari n mhilang pun mcm tu je.... Sy benar2 nak b'ubah dr segi penampilan tp mingkin memakan masa krn sudah tbiasa tdk btudung sejak kecil lg...Sy tdk myalahkan ibubapa sy dlm hal ini, tp sy bsyukur krn mrk masih menekankan perlunya mjaga SOLAT serta perkara yg perlu n x blh d lakukan sama sekali.... Cuma sy x btudung je.... DOA kan sy, ya Ust.... 2009-08-26 12:32 AM

siapa dia, saya tak tahu, cuma terus baiki diri

mamadeeba Slm, jke smpai ke masjid lewat, mana lbh afdal buat hayatul masjid atau solat sunat.? 2009-08-26 5:47 AM

solat sunat dan tahyatul masjid terangkat

Guest Salam. Bagaimanakah membaca ayat Kursi wakaf 9? 2009-08-26 4:33 AM

Berhenti yang tidak merosakkan makna

Daud ustaz..bile ustaz berangkat pergi ke mekah? 2009-08-26 3:42 AM

26 Ogos 09

yusmira ustaz apa maksud mimpi sy ini, sy membawa sorg kanak2 lebh kurang umur 8 thn pergi siar2, knk2 tu x la pula degil waktu tu, setiba di tempt berkelah x silap sy tmpt nya sgt popular, tiba knk2 tu berubah menjdi sekor ank kucing, kwn2 st sdg menunggu dan kami pun mandi termasuk ank kucing itu skali, yg hairan nya ank kucing itu nmpk sungguh gembira dan bole berkata-kata yg dia ingin mandi lg sy bermimpi ini dlm keadaan berwudhuk slps solat istikharah 2009-08-26 3:30 AM

puan ada menaruh harapan yang tinggi pada seseorang untuknya menjadi baik dan mengharapkan perkara itu berterusan

untuk lebih lanjut mengenai mimpi, beli buku tafsir mimpi Ibnu Sirin

Muhammad Hanif Bin Sulaiman salam ustaz... ada tidak doa khusus untuk kuatkan semangat? saya sedang 'berperang' membuang tabiat merokok. Amat payah rasanya. doakan saya berjaya.2009-08-26 3:23 AM

Lahau la wala Quwwata illa billah, baca banyak-banyak kali

Puan Marina Salam tonet, harap bila bebicara berpada2, jgn sampai timbul fitnah, perlu ada batasan kerana ustaz adalah lelaki dan anda seorg wanita bkn muhrim 2009-08-26 7:05 AM

tonet Salam Puan Marina. Maaf jika apa yg sy tulis d cni mnimbulkan rasa kurang senang pd sesetengah org lain namun d hati kecil TIDAK tlintas / bmaksud apa2... Sy blh d ibaratkan seorg murid yg dtg ke kelas ttp guru tiada.... Kan ke bagus klu kita baik dgn guru. Ya Allah.... Sy rasa sedih sgt2 krn tulisan sy tlh d slh ertikan.... Bila bac soal jwb dlm Blog Ust, pastu sy soal Ust, sy rasa mcm bljr dgn guru n dpt byk manfaat.... t/k Ust... Rasa lain Ust x de.... Klu x mesti ada artikel baru / Jawapan Pada Persoalan.... 2009-08-26 7:16 AM

lumrah kehidupan, menegur dan ditegur, yang penting, cari keredhaan Allah

Guest salam..tentang selawat fateh tu saya rasa ada dlm Astro Oasis dlm rancangan indah iman..maaf ustaz tolong jwp soalan ustaz.. 2009-08-26 6:40 AM

Terima kasih sebab kongsikan

tonet Ust, blh x Solat sblm Fardhu Zohor tp x Solat Slps Fardhu Zohor? 2009-08-26 6:38 AM

boleh

tonet Daud... Klu x silap, ari nie Ust b'angkat ke Meca n d jangka pulang ke M'sia pd 10 Sept... 2009-08-26 6:32 AM

Guest salam ustaz..boleh ke pegi sembahyang raya d surau(hijau) sedangkn masjid(biru) dekat dgn rumah(kerana berlainan politik)sdgkn d masjid lbh aman.. 2009-08-26 6:31 AM

boleh, masjid Allah punya, bukan biru, hijau, kuning, coklat atau apa-apa warna punya.

hafifi assalamualaikum, ustaz... mcm mne cara nk bgi khusyuk ketika solat terawih, sbab hati cpt lalai 2009-08-26 3:04 PM

minta pada Allah, doa sebelum solat

Guest salam ustaz.. adakah mengorek hidung atau telinga membatalkan puasa hanya untuk mazhab shafie? Terima kasih dan semoga ustaz sentiasa diberkati Allah 2009-08-26 12:18 PM

dia bukan korek hidung itu, tetapi memasukkan sesuatu di dalam rongga. Ia semua mazhab. Kalau korek yang luar sahaja, tak di kira memasukkan sesuatu pada rongga.

HambaAllah x satu bencana pn yg menimpa dibumi(x pula)pd dirimu sdri melainkn tlh tertulisdlmmkitab(lohmahfuz)sblm Kami mnciptaknnyai.ssuguhny dmkn mdh bg Allah tolong uztaz huraikan 2009-08-26 11:12 AM

ayat tentang iman kepada qada' kadar

Daud tq tonet krn inform...sy rindu pula pd ustaz..sbb byk perkara yg bole bljr dr dia 2009-08-26 9:47 AM

itu fitrah manusia

SJ tonet, banyak berckp, banyak slh, bnyk slh bnyk dosa, bnyk dosa masuk neraka. jangan waste time org lain kat sini. tanya apa yg perlu. 2009-08-26 9:37 AM

Guest SJ>>St John kah? berdosa ke pembaca nk th? Ustaz sendri pun x merungut apabila di ty soalan, tetapi saudara pula yg lbh2, apakh saudara yg bt blog ini 2009-08-26 9:45 AM

amni Slm,sy ade mslh dgn perangai suami sy&mertua yg kedekut,trlalu berkira dgn sy,anak2,keluarga sy,org luar.msbbkn sy pn ingin bersifat terlalu brkira 2009-08-26 9:36 AM

jangan balas kejahatan dengan kejahatan, nanti kita sama aje macam mereka. Buat baik tak rugi, sebab, yang balas bukan manusia, yang balas Allah. Di dunia lagi Allah akan balas lebih-lebih lagi di akhirat

Anis ya ustaz... ana mau tanya... org kafir boleh pegang Quran tak? ok babai... 2009-08-26 8:32 AM

tak boleh, babai...

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
31 Ogos 09, jam 12.10 tengah hari

1 comment:

Anonymous said...

Aslmkm ustaz..apakah hukum melabur dalam amanah saham berhad??terima kasih..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...