Monday, August 31, 2009

Jawapan Pada Persoalan 52

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Ancak Slm. Sya dr prsln 52. Jika org bkn islm itu pgng brg brunsurkn bulu babi dgn tgn kering.Dia pg Smbug dr atas. Dia pegang brg sya dn sya dh guna brg trsebut.mcmana tu ust,sya risau nie..tksh 2009-08-24 11:17 AM

Tangan kering tak apa

ros ustaz, macam mana bacaan ketika sujud sahwi?sama seperti sujud biasa dan ditambah subhanamallayanamuwala yashu sekali ke? tk 2009-08-24 11:17 PM

“subhanamallayanamuwala yashu” sahaja

ros salam, ustaz..lelaki boleh pakai tie sutera ke?saya pernah dengar..kalau sutera tu kurang dari material lain,boleh..betul ke? 2009-08-24 11:16 PM

Lelaki haram memakai sutera. Cuma ada dua pendapat, sama ada tie itu pakaian atau tidak.

1. Yang mengatakan tie adalah pakaian, maka haram dipakai
2. Yang mengatakan tie bukan pakaian, maka tidak haram memakainya.

Jadi, terpulang kita mahu ambil pandangan mana, persoalan yang timbul bukan sutera itu, sebab sutera memang haram di pakai oleh orang lelaki, persoalannya ialah adakah tie itu pakaian.

Haiza Najwa Ust. Sbh Kl 4 minit brbndg N9. Tp kala sahur, sy tgk azan Sbh TV blum masuk jd sy teguk air sket..alamak gimana tuu..[really miserable] 2009-08-24 11:09 PM

Kena pastikan, sama ada dah masuk waktu ke belum. Kalau agak-agak belum masuk, maka boleh lagi, tapi afdalnya, tinggal untuk lebih berhati-hati.

Guest 123 Salam Ustaz, Untuk melaksanakan Solat Sunat Tarawih di rumah , surah apa yang perlu digunakan untuk bacaan ? InsyaAllah , Assalamualaikum W.B.T . Tk 2009-08-24 5:27 PM

Apa-apa surah pun tak apa sebab, surah adalah bacaan sunat

razifembi Assalamualaikum Ustaz Amin, doakan saya sekeluarga nanti dimurahkan rezeki untuk menunaikan haji...semoga dipermudahkan segala jln untuk kami ... TQ 2009-08-24 5:02 PM

amin, Allah bersamamu

Mamat Salam Ustaz, apa hukum lelaki muslim berjabat tangan dgn wanita bukan muslim? Apa nak cakap kat wanita tu supaya dia faham...tq 2009-08-24 4:39 PM

Tak boleh, cara nak terang, cakap terus terang. Sekali kita berani untuk terus terang, akan menjadi amalan kita nanti

mama salam. Sahkah sembahyang subuh tanpa membaca doa qunut. 2009-08-24 1:48 PM

sah

Guest salam.ustaz adakah perkara syubhat haram 2009-08-24 1:24 PM

Syubhat tidak mencapai haram, ia menghampiri haram. Jika ada perkara syubhat, kita masih boleh ambil, tapi nabi pesan, orang yang ingin menjaga agamanya, hindarkan yang syubhat.

zan salam,suami saya berpuasa dan menunaikan solat 5 waktu tapi tak daya melakukan solat tarawih,kerana migraine..boleh ke saya ke masjid dgn izinnya.. 2009-08-24 1:20 PM

boleh

Guest Berdosa ke istri pertama minta suami tanggung smua? Dia mampu bila istri ptama kongsi blanja je. Skrg dia kena hutang nk utk penuh khdk istri 2 slama ni istri reda kongsi smua blanja rmhtangga tapi skrg minta suami tanggung semua blanja bila dia kawin lagi satu. Diai sakit hati sbb tak cukup. 2009-08-25 2:42 AM

Tak berdosa, sebab nafkah memang tanggungan suami. Kadang kala, orang lelaki, dia rasa dia mampu kerana nafkah selama ini ditanggung separuh oleh isteri pertama.

Lin Salam,slmt berangkat & kembali.Mcm mana nak ucapkn org buat umrah,spya dpt umrah makbrur atau makbul? Bila msk masjid azan sdg kumandg apa harus buat, sbb sya berhatikn ada org teus sbhyg tahyatul masjid dan ada yg berdiri dulu menjwb azan. ustaz doakn sya di murahkn rezeki boleh gi umrah setiap tahu 2009-08-25 2:16 AM

1. ucap dalam bahasa Melayu pun boleh
2. sebaiknya, tunggu azan habis
3. InsyaAllah, amin.. Allah memurahkan rezkimu

Guest salam ustaz, mintak ustaz tlg doakn kwn saya yang sedang sakit agar cpt sembuh. Terima kasih. Selamat beragkat ke Mekah.2009-08-25 2:12 AM

Terima kasih, Ya Allah, sembuhkan yang dimaksudkan

tonet Ank sy (lelaki 2 th) klu kat rmh sewaktu sy solat, dier x kacau. Sy bg dier sejadap n dier akan ikut apa yg sy buat. Tp di Surau... Sy nak biasakan ank sy dgn suasana n agar dpt d serapkan nilai2 murni dr kecik lg. Mcm mn ek Ust? Sy x berani nak bawa lg takut mganggu jemaah yg lain... Budak2 mmg mcm 2 ke Ust? 2009-08-25 1:05 AM

budak-budak memang macam tu, tapi membiasakan itu, sikap yang bagus

rozi salam ustaz, ustaz hafiz Quran ke?apa petua nak mudah hafaz Quran? 2009-08-25 12:02 AM

Ulang dan ulang..

idarotun Salam ustaz..apakah hukum org yg berpuasa ttp tdk bersolat.apakah dikira puasanya itu. 2009-08-25 7:01 AM

puasa di kira, Cuma nilai seorang Islam belum sempurna

zulfadlie salam....minta ustaz doakan saya agar sihat tubuh badan dan dijauhkan dari penyakit yg mudharat...terima kasih 2009-08-25 6:30 AM

amin…

khatijah bagaimn pula pasangan yg mendpt tentangn drp pihak keluarga dan menghadapi pelbgai kesukaran tetapi akhirnya berjodoh juga.jalan yg dipermudhkn itu maksudnya bagaimn?sy tgk org lain hadapi pelbgai kesukaran dan halangan dlm perhubungn tetapi berjodoh juge akhirnya tetapi mereka yg mendpt restu kelurga ada juge yg tidak kekal dlm perkhwinn 2009-08-25 4:57 AM

di mudahkan itu maksudnya ke arah kahwin, kadang-kala tidak mendapat restu keluarga kerana sebab tertentu. Itu bab kedua

Kena pujuk kembali keluarga dan jangan abaikan. Kena sabar.

Yang kahwin tak kekal sebab dia ada ilmu untuk kahwin tetapi kurang ilmu mengekalkan perkahwinan. Kena tingkatkan kedua-dua ilmu.

Kalau bercerai juga, Allah mengetahui yang terbaik

Guest Salam..doakan sayamoga dimakbulkan hajat saya.. 2009-08-25 4:18 AM

Amin..

Guest ustaz..apa penyebab sukar dpt jodoh walaupun seseorg itu sudah berusaha, berdoa, bertawakal dan juga beristikharah, dia xde jodoh ke di dunia ini? 2009-08-25 3:48 AM

Sebab, Allah yang tahu, tapi pasti ada hikmah. Ada orang kahwin, kena pukul dengan suami dan berkata “kalau macam ni, lebih baik tak payah kahwin”

Ada yang dah kahwin, suami kahwin lagi, marah dan mintak cerai.

Tak semua perkahwinan itu baik buat seseorang. Allah maha mengetahui hikmah di sebalik kejadian.

Sebenarnya, yang membahagiakan adalah Allah. Sama ada kahwin atau tidak, yang penting kita usaha dan minta Allah bahagiakan hidup kita.

Ingin Tahu Assalammualaikum, Ustaz bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib pada bulan ramadhan, bolehkah pada pada siang hari (9 pg) sedangkan waktu berpuasa 2009-08-25 3:16 AM

Boleh, sebab yang kita basuh semua adalah anggota lahir. Tapi kalau mandi jam 9 pagi, sembahyang subuhnya bagaimana?

nor Salam. pa pdgn ustaz jika tersentuh minyak masak yg tepercik dari masakan daging babi.. tmpt keja saya ni, kat bawah kedai makan cina. kena samak ke? 2009-08-25 2:58 AM

Kalau yakin itu minyak babi, kena samak, tapi kalau hanya agak-agak, maka tak perlu.

Wahida Assalamualaikum Ustaz, adakah sah solat atau kita perlu melakukan semula jika kita rasakan ada di antara aurat kita yg terdedah sedikit. 2009-08-25 2:44 AM

Kalau yakin terbuka, maka kena buat balik, jika agak-agak, tak perlu

tonet Pembetulan....Ust, Jumaat lps tpt keja sy adakan 'sembahyang hantu' bg masyarakat cina. Blh x mkn makanan yg halal yg tlh d sembahyangkan olh mrk? 2009-08-25 7:45 AM

kalau makan tu halal, maka boleh

anggerikdesa Ustaz..mcmana cara utk mengelak drpd bersalaman dgn ipar duai..sdgkn amalan ini sudah lama dipraktikkan..sy cuba mnjga syariat ttp masih x berjaya. Boleh tak ustaz bgtau mcmana perlu sy buat. 2009-08-25 7:35 AM

letakkan tangan di dada ganti pada salam

idarotun Sy ada sedikit masalah..mcmana nak mencuci kencing anak yg terkena pd tilam yg tebal 2009-08-25 7:30 AM

susah, kena toskan, tapi, pakai alas, alas yang suci, kira sucilah tempat itu.

Iezzah Saya dlm keadaan wuduk utk bersolat,tiba2 di dtgi tetamu..mana yg perlu diutamakan. 2009-08-25 7:19 AM

Dulukan tetamu jika waktu masih panjang. Kalau waktu telah sempit, jemput dia masuk dulu kemudian minta izin untuk solat

idarotun Apakah menjd kesalahan jika kita di dlm haid ttp tidak mkn dan minum di dlm bulan puasa.nampak seolah-olah turut berpuasa. 2009-08-25 7:16 AM

tak salah

Ieezah Sy tengah bersolat tiba2 ternampak kaki kwn yg sedang bersolat di hdpn sy..perlukah sy memberitahunya slps itu Adakah berdosa jika tidak bgtau 2009-08-25 7:12 AM

Kena bagitahu kalau mampu, dari segi dosa, kalau kita mampu tegur, tapi sengaja tak tegur, berdosa, tapi kalau tak mampu tegur, sebab tertentu, maka tidak berdosa, kena doakan dalam hati.

Iezzah Apakah hukumnya memakan daging mentah yg dibuat kerabu. 2009-08-25 7:09 AM

Boleh jika tidak memudharatkan

daniel ustaz kakak saya tak pakai tudung,boleh tak kena halau? 2009-08-25 1:04 PM

kena dakwah

daniel ustaz cerita ben 10 bagus kan? 2009-08-25 1:03 PM

saya tak tengok cerita tu, tanya orang yang tengok

tonet Ust, masa kat Masjid Nabawi, sy d dtgi oleh seorg perempuan yg bpurdah yg x tahu dr mn, lalu bkata sambil menunjuk ke arah seluar yg sy pakai, 'Haram' beberapa kali.....Sapa ek? Sy takut yg t'amat sgt.... hinggakan perasaan jadi x menentu, menangis hingga ttido.... Mungkin masa d M'sia, sy x jaga aurat.... x pakai tudung...Pakai asal boleh je.... Skrg sy nak b'ubah, cuma m'ambil masa utk ke arah itu.... Doakan sy 2009-08-25 9:25 AM

siapa dia, saya tak tahu, mungkin pengawal masjid, mungkin orang alim, mungkin malaikat..

tonet Sy kecewa dgn kutukan serta cacian yg d terima oleh Kartika Sari Dewi, 'walau dah btaubat tp x btudung'. 2009-08-25 9:22 AM

orang kalau baru nak berubah, jangan letak harapan yang terlalu tinggi, bagi dia masa..

Izah Salam Utz, Jika suami lafaz cerai cara khinayah / syarat dan belum sah di mhkamh, boleh ke psgan tinggal serumah hingga pengesahan mahkamah?2009-08-25 9:21 AM

Boleh..

tonet Mn > baik. Perempuan yg mjaga Ibadahnya tp x menutup aurat dgn perempuan yg menutup aurat tp kurang amal ibadatnya? 2009-08-25 9:20 AM

dua-dua ada baik dan ada tak baik. Islam adalah menyeluruh. Dua-dua kena tingkatkan diri dari sehari ke sehari

leeza salam ustaz, slmt berangkat ke tanah suci. Ustaz, batal ke puasa sy kalo sy letak sedikit kuah ke lidah utk tau masin ke x, lps 2 sy berkumur, tq. 2009-08-25 8:56 AM

tak batal jika tidak telan

tonet Ust, sambung citer semlm.... Sewaktu perembuan bpurdah tu mdtgi sy n mgatakan seluar yg sy pakai tu HARAM beberapa kali, suasana yg agak bising di mjadi sunyi sepi... Sumua mata ttumpu pd sy.... Perasaan sy tika itu tsgt2 takut n malu seolah2 mrk mcemuh sy... Seluruh anggota bdn mgiggil ketakutan.... Keesokkan harinya bila sy btanya jemaah yg bsama2 sy tu, tiada sorg pun yg tahu kecuali seorg guru tadika yg b'ada d saf hadapan 2009-08-26 12:28 AM

Wallahu alam, apa pun peristiwa itu semoga terus dapat memperbaiki diri

nur_izaiti salam ustaz, menjadi 1 keslhan ke kalau sy nk mbyr zakat fitrah sy sendiri memdgkan sy dh berkerja? adakah sy dh terlepas dr tggungan ayah sy? 2009-08-25 11:52 PM

tak salah, dan kalau dah mampu, bayar sendiri

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
31 Ogos 09 jam 11.30 pagi

2 comments:

butterfly said...

bolehkah sy menjalankan pemeriksaan HIV luar dari selangor wpun sy berniat untuk bernikah di selangor?

sallehmn said...

Saya suka jawapan Ustad mengenai pemakaian tie sutera.

dan mmg saya menganggap tie saya adalah sebahagian dari pakaian saya sbb tanpa nya pakaian kerja tidak lengkap... maka nya kalau begitu haram lah saya memakai tie sutera

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...