Saturday, August 15, 2009

Jawapan Pada Persoalan 45

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Anas Ustaz..apa hukumnya seseorg itu rasa menyesal kerana wujud di atas muka bumi ini kerana tidak sanggup utk hidup sbb terlampau byk dugaan dan ditakuti semakin lama hidup semakin byk dugaan dan melakukn kslhn.. tetapi tidk pula sanggup mati terlalu awl..krn x cukup amaln 2009-08-14 12:23 AM

Kena ubat hati tu. Banyakkan baca surah kahfi. Ia akan member ketenangan dan jalan keluar pada permasalahan, insyaAllah.

mazliaton binti nalek salam ustaz. macamanakah cara untuk bercakap dengan anak supaya mereka mahu mendengar an doa supaya dilembutkan hati mereeka untuk menerima nasihat. 2009-08-14 12:15 AM

Perkataan dari hati akan jatuh ke hati, perkataan dari nafsu akan jatuh ke nafsu. Jangan marah dengan nafsu.

Untuk lembutkan hati anak, sedekahkan fatihah khusus untuk dia.

Guest salam ustaz...kawan saya saudara baru,ibunya telah meninggal dunia,dan keluarganya yg bukan islam meminta wang utk tujuan membuat binaan atas kubur ib ibunya..apakah bole diberi wang itu untk tujuan tersebut.. 2009-08-14 7:47 AM

Boleh beri dengan niat untuk mengadakan hubungan baik dengan adik beradik, sebagai jembatan untuk dakwah mereka.

Guest salam ustaz. sy nak tau jadual harian ustaz boleh?sy nk jd baik cm ustaz..sy nk berubah..tq 2009-08-14 1:53 AM

InsyaAllah, akan diusahakan

haz Kalau boleh sy cdgkan . Elok dibukukan kesemua kemusykilan dan dipasarkan... ada buku reference 2009-08-14 1:38 AM

InsyaAllah

haz Sy rasa amat bsykur krn ada blog mcm ust. yg dpt mjwab semua kemusykilan. Hrap ust teruskn krn dpt mberi manafaat. blog ni sy autokn apbila on net.tvm 2009-08-14 1:37 AM

InsyaAllah

mom Salam, semasa sy mengandung dinasihatkan x puasa. pada ketika tu sy difahamkan bayar fidyah sja x perlu ganti puasa. kalahu hendak ganti bagaimana. ganti puasa yang ditinggalkan disebab keuzuran mesti ke diganda harinya. misanya kl 7 hari dan melepasi 7 ramadan. berapa hari mesti di kadar puasa 2009-08-14 1:09 AM

Kena ganti tanpa ganda

Nur Salam Ustaz, mn yg terbaik utk seorang isteri, berjemaah solat tarawih dimasjid atau dirumah seorg diri. 2009-08-14 1:02 AM

Di masjid afhdal jika tidak ada fitnah

Guest saya banyak tinggal puan bayar fidyah pada yayasan ..bolehkah..saya kena bagitau ustazkah?atau saya masuk duit saje 2009-08-14 2:31 PM

Bagaitahu saya, kerana fidyah hanya boleh diagihkan pada fakir miskin

Guest kanapa kadang2 kita berasa iman nipis? kenapa berlaku sedemikian..ada masa rajin, ade masa malas?bagaiman utk istiqamah 2009-08-14 2:29 PM

Untuk istiqamah ada tiga syarat:-

1. kena kurangkan pilihan
2. kena ada niat dan tekad untuk buat sesuatu
3. doa

Guest saya ingin berkahwin,tapi tiada lelaki inginkan saya...bagaiman caranya ustaz? 2009-08-14 2:28 PM

Teruskan usaha.

Guest cara-cara menjadi wanita solehah bagaimana ustaz 2009-08-14 2:28 PM

Jaga yang wajib, banyakkan yang sunat, tinggal yang haram dan hindar yang makruh

Guest mengaji dgn Quran bukan Resam uthmani..haramkah??? 2009-08-14 2:27 PM

Tidak jika bacaan betul

Azizah Binti Mohamed Tahir Ass'kum.Ustz nak tanya ? tak adakah undang2 yg blh mnghlg dari media m,bsrkan ksh p,ceraian ,terutama artis yg berugama islam.Skrg media sllu mngaibka 2009-08-14 1:27 PM

Undang-undang Allah sahaja. Undang-undang sekarang tak boleh jika cerita itu benar

guest salam ustaz, mana lebih utama, bljr mengaji Quran dgn tajwid yg betul ataupun bljr terjemahan dan makna Quran? Terima kasih. 2009-08-14 12:52 PM

belajar baca dulu

Azizah Binti Mohamed Tahir Ass'kum.Ustz smoga sht.Tlg sy ustz mcmana nak tgni anak yg ssh nak smbyang dan mgaji,sntsa kena berleter selalu.t/kasih 2009-08-14 12:35 PM

Teruskan tegur, bacakan fatihah padanya

haz salam, blh saya bayar fidyah di yayasan al-ijabah. 2009-08-14 10:24 AM

boleh tapi maklumkan pada saya

Guest salam,...sy nak tye ustaz ape hukumnya jika sy terlupa mandi wiladah selepas bersalin..sy hanya mandi nifas selepas darah berhenti.. 2009-08-14 8:34 AM

Yang penting mandi nifas

mawar Salam Ustaz,saya ada sedikit kekeliruan..bolehkah ustaz jelaskan apakah hukumnya si isteri mencium jenazah suaminya yg sudah dikafankan.. 2009-08-15 5:58 AM

harus, ia tidak membatalkan wudhuk si mati, ia hanya membatalkan wudhuk orang yang hidup

http://hjarshad.blogspot.com Salam..pengajaran bagi kami juga dalam amalan org2 dahulu seperti Arwah Alayarham ust Abdullah... 2009-08-15 5:44 AM

Alhamdulillah

afiq ust,saya ade terbaca kisah pesakit HIV muslim yang berada di gereja tu.Ade apa2 yang boleh saya bantu mungkin dalam bentuk sumbangan ke apa ke? 2009-08-15 2:55 AM

Ingin sumbang di nombor akaun di kanan blog

Guest sy nk tanya, blhkah ibu @suami kita tlg gantikan puasa kita dgn alasan sy ni menyusukan ank takut x mampu utk mengantikan puasa 2009-08-15 12:11 AM

Tak boleh

Guest salam ustaz. jika kite terbatal puasa qada, adakah wajib menambah satu hari lagi untuk setiap puase qada kite yang terbatal? 2009-08-15 12:08 AM

Tidak

Din Salam Ustaz, bagaimana cara utk hentikan ketagih onani..tq 2009-08-14 6:24 PM

Hindarkan situasi yang boleh terfikir untuk berbuat perkara tersebut

mauswah Moga ustaz tabah & istiqamah dlm dakwah. Moga ustaz sentiasa dlm rahmat & redhaNya sentiasa. 2009-08-14 5:27 PM

Terima kasih

mauswah Salam ustaz muhammad, apa khabar? Nama kita sama ustaz. Nama saya muhammad abdulloh juga. 2009-08-14 5:25 PM

berat nama tu..

Guest time solat depan orang ramai selalu terlintas riak dan ujub. adakah berdosa dan bagaiman nak halang sebab hilang khusyuk selepas perkara tersebut terl 2009-08-14 3:25 PM

Makna riyak ialah beramal kerana ingin tunjuk kat orang. Jadi dari awal kena jaga niat

Ujub ialah merasa hebat pada diri. Sama juga, jaga niat dari awal.

Guest saya ingin berjuang di jalan Allah..boleh ustaz beri contoh fisabilillah??? 2009-08-14 2:32 PM

Mulakan dengan bidang kita. Kalau boleh berniaga, berjihad di dalam ekonomi dulu, kalau boleh mengajar, berjihad dalam ilmu dulu.

Guest salam...ustaz sy nk tny wujud ker amalan puasa putih dan apakah kelebihan dan bagaimanakah amalannya? 2009-08-15 1:22 PM

Puasa putih istilah puasa pada 13, 14, 15 atau 14,15,16 setiap bulan hijrah. Ia istilah kerana pada ketika itu bulan penuh.

guest ustaz, puasa yg dulu2 sdh habis diganti, tp fidyah masih blm hbs byr,apakah baki fidyah yg blm hbs dibyr berganda slps ramadhan? 2009-08-15 12:57 PM

tidak

nur salam ustaz, mak sy menetap di sabah tp dia membayar fidyah melalui akaun online maybank2u sy dan dibayar kepada pejabat zakat KL, boleh ke? 2009-08-15 12:52 PM

boleh

Guest salam.uztaz saye ingin bertanye solat tahajud rakaat pertama nak baca surah al-kafi tu berapa kali.. 2009-08-15 12:36 PM

Yang paling baik yang khusyuk. Kalau sekali khusyuk, sekali pun cukup

Edwina Salam ustaz, boleh saya sembahyang isyak pukul 3.00 pagi (selepas bangun tidur) kemudian solat tahajjud. Sahkah solat tahajjud saya? 2009-08-15 10:48 AM

Sah

Hawa Assalamualaikum, ustaz, apa hukumnya seorang muslim yang mengerjakan solat Isyak pukul 5.00 pagi. 2009-08-15 10:46 AM

Boleh kerana selagi belum subuh maka waktu isyak masih ada

izah salam ustaz...mak sye kate kite x boleh makan makanan sri kenduri arwah...kenape ye... 2009-08-15 7:52 AM

Kena tanya mak puan, saya tak tahu kenapa dia larang

Guest assalamualaikum.ustaz saye pernah bace dalam 1 forum mengatakan korek hidung puasa tidak batal.betulkah ustaz 2009-08-15 6:40 AM

Korek hidung yang bahagian luar, tidak hingga rongga yang dalam

mawar Jika ibu menjadi imam semasa bersolat dgn anaknya bolehkah suaranya ditinggikan sptmana imam lelaki 2009-08-15 6:06 AM

di dalam lingkungan keluarga tak apa

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights 15 Ogos 09,
jam 11.44 malam

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Jika melakukan pesetubuhan dengan isteri di bulan puasa (1 Hari tahun 2007). Bagimana perkiraannya.

Apa betul, ganti puasa sehari dan bayar fidyah 3 cupak kerana telah tertinggal 3 tahun lamanya.

Anonymous said...

salam ustaz...sya nk tnya ayah sya baru saja meninggal dunia...sya ada 2 persoalan yg nk tnya..
pertama mcm mn nk byr fidya puasa arwah? adakah kite kne kira dr usia die 59thn atau stard dia berkahwin dengan ibu saya?
kedua kalo arwah da tak ada perlu ke kita bayar fitrah die?
dan fitrah to kalo arwah dah x ada tanggungjawab untuk bayar fitrah jatuh pada abg ke atau ibu saya...
to saja setakat ni soalan saya boleh tak ustaz balas jawapan sya ni kt e mail saya. nnurayu@yahoo.com..
terima kasih.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...