Tuesday, August 11, 2009

Jawapan Pada Persoalan 40

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Amar Salam ustaz, apa pendapat ustaz mengenai demonstrasi? pra and contranya? 2009-08-06 9:38 AM

Perbahasan ini panjang, nanti insyaAllah, saya akan tulis dalam entri khas

Guest adakah boleh kita puasa sunat pada 15hb syaaban??? sedangkan sebelum ini tidak pernah berpuasa sunat 2009-08-06 7:50 AM

Boleh, Cuma selepas 15 makruh kalau bukan ahli puasa.

nor salam ustaz. doa anak solah akan sampai kepada ibubapa yang meninggal dunia, sampaikah doa orang lain selain anak kepada simati.. 2009-08-06 6:26 AM

Doa orang lain ada khilaf. Mungkin sampai, mungkin tidak. Tapi, semoga Allah yang maha pemurah menyampaikannya

wan_su salam ustaz, setiapkali aya membaca blog ustaz ni saya rasa terharu sangat ngan usaha ustaz dan rakan2, semoga Allah merahmati usaha ustaz dan rakan2 2009-08-06 6:20 AM

terima kasih dan terus doakan. Saya percaya pada keajaiban doa.

Aida salam ustaz. kdg kala bila saya dan suami balik dr surau jiran yang berlonggok2 kat luar nampak kitaorang kata saya x pe lah biar diorang ingat kita, baik dosa x ustaz. riyak ke mcm 2. mungkin boleh tukar niat untuk berdakwah 2009-08-06 4:15 AM

Riyak bermakna membuat sesuatu ingin dilihat orang. Jika tidak ada niat seperti itu, maka bukan riyak namanya

Guest Salam, TK ceramah Israk Miraj d Komuteraya. Soalan, dlm tempoh edah (cerai) sy dibagitahu seseorg bhw psgn masih boleh tggl serumah??? 2009-08-07 2:28 AM

Ye, kerana dalam eddah masih dianggap isteri. Bila-bila masa boleh rujuk

Mizan Salam Ustaz, bagaimana kita nak mengqadakan sembyng yang fardhu kita pernah tinggalkan sdngkan kt tdak ingat bilangannya & wktunya (cth isyak/subuh) 2009-08-07 12:56 AM

Terus ganti hingga hati menjadi tenang

Kak Ina salam ustaz, teringin nak masukkan anak ke MASAA, bagaimana ye 2009-08-06 11:06 PM

Bulan 11 nanti boleh hubungi saya.

anis apa rahsia ustaz dapat cergas memberi ceramah,tidur lewat,berjihad,membuat kerja amal dll.apa zikir ustz amalkan.sy rasa tak terikut dengan jadual ust 2009-08-06 5:49 PM

Doa

I'm nobody Ustaz, jika mengetahui si ayah tidak solat ketika hidup, apabila si ayah mati, adakah perlu anak/waris mengqada'kan solat utk si ayah itu... 2009-08-07 7:55 AM

Tidak

Guest Apa pendapat ustaz-buat maksiat & dpt kawin suami org dan jawab ini qadar & qadar dia & tlh dimakbul doanya utk kawin. 2009-08-07 7:31 AM

Berdosa dan kena taubat. Jawapan itu ada kebenarannya.

Guest Salam Ustaz, Mslh sy, suami x prnh solat jemaah, kecuali Jumaat & Raya (2 kali), solat di rumah aje. Ada wang suka joli, suka tonton TV-hiburan. 2009-08-07 7:28 AM

Doakan, hidayah belum dapat lagi tu.

Guest Ustaz...1)nak tny,adakah lalu depan org sembahyang yg tiada sutrah akan mendapat dosa...2)dan mohon ustaz doakan saya jadi kaya... 2009-08-07 7:17 AM

1. Dosa jika di dalam lingkungan tempat sujudnya. Jika diluar tempat sujudnya makruh. Seeloknnya, elak atau lalu jauh dari tempat sujud itu

2. Saya doakan, kaya dan beriman, amin..

Guest istri ada hubungan dgn suami org slma 5 thn & niat nak kwn dr mula kenal.Byk aibkan suami & tipu utk dpt simpati & tlh diceraikan.Elok dibuat istri? 2009-08-07 7:09 AM

Dosa dan jika tidak bertaubat, takut terus di dalam kemurkaan Allah

morazas: Terima kasih jawapan sebelum ni(2009-08-03 9:14 AM) Soalan ni kaitan dgn loan,saya kerap datang ke rumah peminjam tp peminjam suka cakap insya'Allah bayar tp tak tunaikan janji nk bayar.Apa komen ustaz?2009-08-07 7:06 AM

Kalau dia dah ada kemampunan, tapi sengaja tak bayar, duit yang ada pada dia tu haram hukumnya dia, gunakan. Tapi kalau memang dia tidak ada kemampuan, sabarlah…

Guest Cadangan …bukukan soal & jawab di blog ini supaya lebih ramai yg mendapat manafaat…di samping itu blh menjana pendapatan utk fisabililah.. 2009-08-07 7:03 AM

InsyaAllah,

Guest Salam Ustaz.. bolehkah ustaz postkan jadual syarahan ustaz on a weekly basis. Dgn cara itu, kalau masa mengizinkan,boleh kami sama2 mengikutinya. tk 2009-08-07 6:40 AM

InsyaAllah

Azlan Salam Ustaz. Bolehkah gambar pejuang Islam ditampal di dalam surau. Apakah hukumnya. 2009-08-07 3:48 AM

Harus jika tidak menjadi pujaan. Tapi, dari segi afdhalnya, hindarkan.

Guest assalamualaikum,ustaz berdosakah jika seseorang perempuan mencukur bulu kaki 2009-08-07 3:01 AM

Jika untuk kemaslahatan tidak mengapa, contoh, suami tidak suka.

Shah Ustaz, perlu tak samak sesuatu barang/tempat kalau tidak pasti samaada najis itu najis kucing atau anjing? 2009-08-08 1:59 AM

Kalau ragu-ragu, maka ambil kemungkinan yang paling hampir. Jika tempat memang banyak anjing, maka samaklah, jika tidak, maka tidak apa.

walaubagaimana pun, seafdhalnya, samak. Ini kerana, ragu-ragu menghampiri yang buruk

Guest salam ustaz, flat kami tdk mmpunyai kolah, jd kami mndi wajib guna baldi kemudian dibilas menggunakan air paip.sahkah mndi wajib tersebut? 2009-08-08 1:13 AM

Basuhan pertama, jangan sampai masuk ke dalam baldi dan digunakan untuk basuhan seterusnya. Percikan basuhan pertama itu telah menjadi air mustakmal.

Jadi seeloknya, basuhan pertama, gunakan gayung yang ditadah, satu persatu.

Guest salam ustaz, benarkah apabila bersentuhan kemaluan suami dan isteri maka mereka wajib untuk mandi junub? 2009-08-08 1:10 AM

Tak, masuk kemaluan kemaluan suami pada isteri baru kena mandi junub. Takrifan masuk ialah masuk kepala zakar.

jailani salam Ustaz,penjelasan tntg hukum kenduri arwah yg perlu dibuat selepas 3, 7 dan 100 hari selepas kematian 2009-08-07 11:36 PM

Tak ada dalam hadith, boleh dibuat dengan diniatkan untuk meramaikan di rumah kematian sebagai menghilangkan rasa sunyi keluarga si mati. Niatkan perhimpunan sebagai merapatkan ukhwah antara tetangga dan ahli keluarga yang jauh.

Bacaan tahlil hendaklah dihadiri oleh waris si mati. Kalau orang lain bacakan, ada khilaf mengenai sampai atau tidak, tapi kalau anak, jelas hadith menyatakan, akan sampai.

izah salam ustaz..ape hukum nye kite membace yasin untuk orng sudah meninggal? 2009-08-07 6:43 PM

Bagus dan terpuji. Bacakan juga ayat-ayat lain. Jika anak yang baca, terbaik.

guest salam ustaz, adakah doa yg boleh diamalkan untuk mengelakkan penyakit H1N1? 2009-08-07 2:51 PM

amalkan selawat Syifa’

nur salam ustaz, saya ada masalah. sy selalu meninggalkan solat maghrib dan isyak. sy tahu sy berdosa besar. adakah doa2 yg boleh diamalkan? 2009-08-07 2:49 PM

Rasa bersalah bermakna masih ada iman. Untuk mendapat kekuatan di dalam beramal, baca:-

“La haw la wa la, quwwa ta illa, bill ah”

syaheeeed salam ustaz,air liur basi itu dikira sebagai najis kah dan baju yg terkena air liur basi tidak boleh dibawa solat? 2009-08-07 1:21 PM

Air liur basi akan menjadi najis jika yang keluar itu dari perut. Sebab itu, jika orang tidur berbaring atau meniarap, maka air liurnya najis.

Jika orang tidur duduk, tidak najis. Ini kerana, air liur itu hanya keluar dari dalam mulut, bukan cecair dari perut.

Ana Ustaz, apakah nasib janin yang gugur di awal kandungan? adakah dia akan hidup di alam yang seterusnya? atau, dia hanya wujud semata2 sebagai satu jasad, dan tidak lagi wujud di alam seterusnya selepas keguguran?2009-08-07 8:28 AM

Wallahu Alam. Saya tak tahu. Rujuk ustaz lain.

HambaAllah 1.Apakah yg dimaksudkan dengan keredhaan ALLAH.2)Apakah yang dimaksudkan dengan Rahmat ALLAH.3)Apakah yang dimaksudkan dengan keberkatan ALLAH. 2009-08-08 2:38 PM

Rahmat adalah kasih sayang Allah. Cara nak dapatkannya ialah dengan taat yang wajib dan tinggal yang haram.

Redha adalah rasa senang. Cara nak dapat ialah memperbanyakkan yang sunat dan hindar yang makruh

Berkat ialah kelebihan. Untuk mendapatkannya ialah dengan menjaga adab sesuatu amalan.

HambaAllah Salam Ustaz,saya Mohd Zharif Bin Noradzmi daripada Taman Sri Serdang,Seri Kembangan.Saya ingin mengajukan soalan kepada ustaz. Apakah yang dimaksudkan dengan Nafsu Mardiyah Bagaiamana seorang muslim ingin mencapai peringkat Nafsu Mardiyah. Bolehkah ustaz berikan susunan cara kehidupan untuk sampai ke tahap Nafsu Mardiyah Bolehkah ustaz berikan contoh seorang ahli sufi yang sentiasa berada pada tahap Nafsu Mardiyah supaya boleh dijadikan rujukan.Terima Kasih Ustaz

Nafsu Mardiyah yang telah dididik mentaati perintah Allah tanpa rasa tersiksa. Untuk mendapatkannya, banyakkan bermujahadah. Contoh ahli sufi yang berwatak abid ialah Imam al-Ghazali. Contoh ahli sufi yang berwatak perjuang ialah Muhamad al-Fatih.

Semoga menepati kehendak soalan, jika terdapat kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
11 Ogos 09, jam 12.30 tengah malam

3 comments:

Anonymous said...

salam ustaz..
saya nak bertanya bagaimana pengurusan jenazah janin yang berusia 4bulan lebih?

ZARAKI KENPACHI said...
This comment has been removed by the author.
ZARAKI KENPACHI said...

nak tanya sikit ar pasal qadak solat yang dah bertahun2 ditinggalkan...

ade orang kata boleh qadak selepas solat fardu je. ia iaitu qadak subuh selepas solat subuh / qadak zohor selepas solat zohor...
begitulah seterusnya..

ade pula mengatakan qadak boleh dilakukan bila2 masa walaupun diluar waktunya...
Contoh : subuh, zohor & asar dilakukan waktu malam coz waktu tu je banyak free. camne ni ustaz...??????????

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...