Friday, August 14, 2009

Diari 99-Coretan Kenangan Allahyarham Ustaz Asri

Allayarham Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Pemergian beliau pada 2009 ini bermakna genap 40 tahun beliau berkhidmat pada agama.
Beliau meninggalkan seorang balu Haliza, 38 dabn enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.
Beliau memillih bidang seni suara untuk berjuang kerana pada ketika itu, tidak ramai orang yang berada di dalam bidang ini. Bermula dengan kumpulan Nada Murni, hinggalah pada 1 Mac 1997 Rabbani ditubuhkan

Di atas usaha yang bersungguh, Rabbani pernah dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.
Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
Anggota Rabbani yang lain Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad LuqmanAbd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman, masing-masing menyatakan rasa terkejut dengan pemergian beliau.Ketika saya bertemu dengan mereka, mereka berkata:-

“tak tahu lah ustaz, macam mimpi aje ni”

Beliau pernah bergurau:-

“Kumpulan Raihan ada yang dijemput Allah, kumpulan Hijaz, Salleh, dijemput dulu, agaknya Rabbani nanti saya le tu…”

Ketika perkhabaran kehilangan beliau, ini antara ucapan yang saya ingat dulu.
Pertama sekali saya rapat dengan beliau adalah ketika beliau belajar di Karachi Pakistan. Waktu tu, saya hanya pangkat adik-adik beliau.
Menurut Nazrul Azhar Tamrin yang saya temui malam tadi, dalam sebulan ke belakangan ini, Ustaz Asri selalu memberikan ceramah mengenai kematian. Tak sangka pula, ia sebagai tanda pemergiannya.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.Semoga ALLAH menggolongkan beliau dalam golongan soleh dan mengampuni beliau, Semoga segala sumbangan beliau dalam bidang dakwah nasyid menjadi pahala yang berterusan selagi ia dikumandangkan dan mudah-mudahan. Allah memberikan kesabaran kepada keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan..Al-Fatihah..

Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan

Al-fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam 14 Ogos 09 jam 8.45 pagi


pergi tak kembalinya seorang pejuang



Balu serta anak-anak allahyarham



Nazrey Johani turut hadir bagi memberi
penghormatan terakhir




Orang ramai bergilir-gilir menunaikan solat jenazah untuk arwah

Yassin juga turut hadir
orang ramai memenuhi rumah mak kepada Allahyarham
terlalu banyak kereta menyebabkan kesesakan lalulintas

7 comments:

rezeki said...

Salam,
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam gologan para solihin.

Leymah Giggs said...

Al-Fatihah

acik jon @ azul said...

alfatihah
semoga allah swt merahmati roh beliau bersama insan yang soleh
amin

ummu said...

salam,
alfatihah untuk allahyarham
semoga balu dan keluarganya tabah.
saya respect pada Allahyarham,berjaya menjaga keharmonian rumahtangga ke akhir hayat.

haiza najwa said...

Sebaknya melihat btp kecilnyer anak-anak almarhum. Kuatkanlaa nurani si ibu - malunyer mmkirkn diri yg berthun mngisi kepergian suami sdg ank2 da bsar. Ya ALLAH Engkau teguhkanlaa hati mrk berdpn ibtila dan takdir yg amat tragis ini serta cukupkanlaa keperluan jiwa raga mereka. Amin!

green said...

al fatihah~

nur_izaiti said...

sesungguhnya Allah amat menyayangi arwahyarham..sy pun terlejut bila dpt tau berita kematian arwah dari rakan sekerja saya..malam tersebut teman sy yg kebetulan berada di rumah arwah bg melihat arwah wat kali terakhir n sempat menitipkan sy gambar arwah... hampir menitik air mata...lps solat isyak Al-fatiha dan yassin sy sedekahkan pada arwah hingga la ke hari ini..

teringgat pulak pada anak2 kecik dan adik2 sy yg selalu menyanyikan lagu "pergi x kembali" 1 ketika dahulu...maknanya baru kini terasa..terasa takut pulak nk berhadapan dgn hari akan dtg..berdepan dgn hari kematian kita..entah esok entah lusa kita pulak menyusur..Ya Allah betapa takutnya hambamu ini menati saat itu..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...