Thursday, August 13, 2009

Diari 98 - Allayarham Ustaz Asri Rabbani - "Pergi Tak Kembali"

11.34 pagi 13 Ogos 09, telifon saya berbunyi, saya memandang kepada telifon saya.

Hussian dari Layar Consult

“Assalamualaikum syeikh, apa cerita?” Kata saya

“Waalaikumusalam, ustaz dah dengar berita ke belum?” tanya Hussain.

“Berita apa?” Tanya saya kembali.

“Ustaz Asri Rabbani meninggal” kata Hussain lagi.

“Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiun” spontan kalimah ini keluar dari mulut saya walaupun seakan-akan belum percaya dengan berita yang saya dengar ini.

“Sekarang jenazah ada di Hospital Pantai di Bangsar” kata Hussain lagi.

Setelah menyiapkan beberapa urusan, saya terus mengambil kereta dan terus ke Bangsar. Saya sampai ke Hospital jam 12.25, terus turun. Samsul, anak buah saya terus mencari parking.

Ramai orang berkumpul. Saya bersalaman dengan mereka yang sedang berkumpul di tempat berhampiran bahagian kecemasan ini.

Tiba-tiba, Rosli staf dari Layar Consult menghampiri saya.

“Ustaz, mari kita turun ke bilik mayat, pihak hospital dah nak turukan jenazah ustaz ke situ" katanya.

Saya pun berjalan bersama beberapa orang yang lain. Saya sampai ke bilik menunggu jenazah. Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Di bilik ini belum ramai orang. Tak ramai yang tahu jenazah akan dibawa ke sini. Masih ramai yang di atas.

Saya menjengah di satu sudut.

“Muslim Preparation Room No. 1” papan tanda bilik jenazah di Hospital Pantai ini.

12.36, jenazah di usung turun ke tempat ini. Tiba-tiba, kawasan ini dibanjiri manusia. Bersesak-sesak orang, ada wartawan, ahli kumpulan Rabbani dan sebagainya.

“Ok, masuk dua-dua ye” kata pengurus bahagian jenazah.

Kumpulan pertama terdiri dari dua orang masuk. Di dalam telah terdapat beberapa ahli kumpulan Rabbani sedang membacakan surah Yasin. Pintu tertutup dan dikunci dari dalam.

Tak lama selepas itu, pintu dibuka, saya mahu masuk, tiba-tiba seorang Dato’ meminta laluan. Saya memberinya laluan.

““Polis dah ada, tengah tunggu keluarga datang untuk menuntut jenazah” kata beberapa pegawai hospital, menjawab soalan pengunjung yang ada pada ketika itu.

Tak lama selepas itu, dua orang keluar.

“Ok dua orang lagi”, kata penjaga bilik mayat.

Saya terus masuk. Di dalam bilik terdapat tujuh orang.

Surah Yasin yang dibaca telah hampir sampai ke penghujung.

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”

Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.

Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan kembali”

Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang berlenang. Membacakan fatihah sekali lagi untuknya.

Saya mula melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu ucapan:-

“Terima kasih ustaz”, saya tidak memandang siapa yang mengucapkan pada saya itu. Saya terus berjalan, merentasi kesesakan orang ramai.

Hari ini, Negara kehilangan seorang pejuang di dalam seni suara.

“InsyaAllah, semoga nanti kita dikumpulkan di syurga bersama kekasih kita junjungan besar Nabi SAW” bisik hati saya.

Saya meninggalkan Hospital Pantai. Melihat tempat berakhirnya seorang pejuang seni Islam.

Takziah untuk seluruh ahli keluarga dan kumpulan Rabbani. Tabahlah. Yang tinggal akan meneruskan perjuangan ini.

Al-Fatihah untuk al-Ustaz Asri bin Ibrahim

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
13 Ogos 09, jam 3.18 petang.
Bilik Jenazah Muslim
Tiba-tiba kawasa ini dipenuhi dengan manusia. Untuk menziarahi jenazah Allahyarham Ustaz Asri
Di kawasan luar hospital
Hospital Pantai, tempat akhir pejuang ini. al-fatihah....

23 comments:

Anis Hartini Haron said...

Al fatihah...

Zul Azri said...

Al-Fatihah..sebak saya teringat pada baris rangkap lagu "pergi takkan kembali"...

muhammad fakhruddin said...

Al-Fatihah...moga beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh

mohdikram said...

ustaz asri mmg baik orang nyew.
alhamdulillah.
2x saya dapat buat persembahan bersamanya.

tika dia berqasidah utk
mengalunkan lagu munajat.
tersentuh hati ni..

pengalaman bersamanya,
takkan saya lupakan.

moga beliau ditempatkan dikalangan
orang yang beriman.amin~

Din Zainal said...

innalillah wainna ilaihi roji'un.

lps ni mungkin giliran kita pula...

RR said...

al-fatihah untuk allahyarham....

myQza said...

Al-Fatihah.. Menitis airmata saya membaca tulisan tuan!

Anonymous said...

INNA LILLAHI WA INNAI ILAIHI ROJI’UNN..

Assalamualaikum Warohmatulllah..

Saya secara spontan menitiskan air mata berterusan setelah dikhabarkan oleh sahabat, mengalir air mata seolah2 beliau adalah abng saya..sedih bukan kerana tidak redho atas pemergiannya, tetapi sedih kerana perjuangan besarnya kepada industri da’wah nasyid negara, sedih kerana keperibadiannya yang mulia, bergurau senda, seorang yang pemurah dan beliau cukup istiqamah dengan memartabatkan nasyid sebagai medium da’wah Islam..

Mengapa insan sebegini tidak dinobatkan Dato? Tan Sri? Padahal sesiapa yang mengenalinya mengetahui sumbangan beliau bukan sekadar dalam kumpulan Rabbani..malah lebih daripada itu sejak sebelum kewujudan kumpulan nasyid NADAMURNI lagi Ust Asri telah bernasyid seawal usianya..

Allah SWT KASIHKAN BELIAU..diambil ketika usia masih muda dan ketika nasyid da’ wah ini memerlukan nya..
AL FATIHAH..

Semoga Allah SWT tempatkan Ust Asri Ibrahim di kalangan orang2 soleh dan yang mendapat syafa’at Rasulullah (kerana beliau banyak mengalunkan pelabagai jenis Selawat semasa hayatnya!!! ALLAHU AKBAR!) dan rahmat kasih sayang Allah swt..

*manusia yang tidak kenali ust asri pun boleh menitiskan air mata.. di sisi Allah moga ruhnya dimuliakan..semoga kita yang masih hidup ini mencontohinya dalam urusan perjuangan Islam..dlma pa ruang yang kita mampu..INSYA ALLAH!

UST ASRI Dalam Kenangan… 1969-2009…AL-FATIHAH

Anonymous said...

Lagu ini benar2 menitiskan air mata saya pada hari ini..

-Mana Milik Kita
-Nun Di Sana Cita2 Kita (Nun Di Sana-Album akhir)


Sesungguhnya Ust Asri telah sempurna atasnya PERGI TAK KEMBALI..

Semoga Allah SWT cucuri Rahmat, Maghfirah atas zuhnya..AMEEEN YA ROBB!!

ALFATIHAH!

haiza najwa said...

harp2 TV sudi mgimbas takbir raya yg dikumandangkan almarhum / pd pertama lebaran nanti - aargh sebaknya Al Fatihah!

Shahabudeen Jalil said...

Insya-Allah doa umat Islam bersama2 beliau. Harap2 akan bakat2 baru akan muncul mengantikan beliau.

Anonymous said...

TV terutama RTM jangan lupa jasanya..cukup banyak jasa Almarhum Ust Asri sejak tahun 80-an lagi..

RTM terutamanya buat slot khas dlm Ramadhan ini menyingkap kehidupan dan jasa2nya dalm satu doumentari khas.. RTM banyak guna suaranya untuk azan, zikir, selawat dan selingan2 Islamik lain..

AL-FATIHAH dan Ta'ziah buat keluarga Almarhum

Hazwani said...

salam. saya tak dapat menahan sebak di hati selepas menerima berita pemergian allahyarham. Air mata deras saja mengalir walaupun saya cuba menhannya. Sungguhpun saya tak kenal allahyarham, tapi saya dapat merasakan Allah telah ciptakan ikatan hati antara kami, yang mana saya percaya ramai di antara kita turut merasainya.

Ustaz, damailah engkau di sana. Sungguh, aku pasti merinduimu, peribadimu akan terus menjadi teladan..

Anonymous said...

Air mata telah membuktikan persaudaraan ukhwah Islamiah kita wahai Ustaz..walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain..

Tetapi keihlasan perjuanganmu dan sahabat2mu pd Agama Allah SWT ISLAM yang suci,indah ini telah menambat hati2 ini untuk menangisi pemergianmu..Pergimu tak Kembali lagi..tetapi namamu terpahat di hati2 ini..hanyalah kalungan doa dan Al-Fatihah sebagai iringan.. Jasa dan peninggalanmu memartabatkan Islam akan menjadi penggerak menyambung perjuangan Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW..

AL-FATIHAH..

Luna said...

..berpisah sudah segalanya...
yg tinggal hanyalah kenangan
diiring doa dan air mata..

yang pergi takkan kembali lagi..


saya sudah mengenali ust asri sejak zaman nada murni, sy masih ingat di zmn persekolahan lagu pertama yg sy menjadi ketua nasyidnya ialah Islam Yang Telah Berkembang.

wajah nya bersih dan tersenyum umpama disambut dgn penuh kasih sayang oleh PenciptaNya..

Anem Arnamee said...

Al-fatihah ;(

ummunasuha said...

assalam...Ya Allah..
sebaknya rasa atas pmergianmu...wlpun kita saling tidak mngenali,tapi trasa spt wujud rasa kasih antara kita...HAMBA ALLAH...SAMA BERSAUDARA...mungkin inilah asbabnya...
tringat aku pd suatu hari tika menonton rancangan OASIS antara jam 7 hingga 8,tatkala menunggu giliran solat...aku dan anak(10 bulan kini)sama2 menadah tangan, mengaminkan doa yg dibaca nya...

Ya Allah Ya Tuhanku..
Semoga...
setiap selawat, doa, azan dan lagu dakwah yang Almarhum alunkan...
dberi ganjaran olehMu..
itulah antara amalan yg Almarhum tinggalkan....

Buat diri ini dan kita semua...
Moga dapat meneruskan dakwah dan amalan seperti mana yg Almarhum pernah lakukan seterusnya meneruskan perjuangan menyebarkan ilmu dakwah sebelum giliran kita pula yg tiba menghadapNYA...

Ya Allah, berikan hati ini kekuatan serta semangat untuk terus bermujahadah...

rezeki said...

Salam,
Salam takziah buat keluarga . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan para syuhada dan solihin. Kita kehilangan seorang pendakwah yang hebat yang berjuang untuk Islam melalui ceramahnya dan juga nasyid.

AL-FATIHAH

Hunny said...

Salam,

Menitis airmata semasa baca entri ini.\," “aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”

Saya banyak mendapatkan khidmat Ustaz Asri semasa hayatnya, untuk program2 di jabatan dan program saya sendiri. Alhamdulillah, sempat juga saya menziarahi jenazahnya semalam. Nampak tenang wajahnya. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.Al-fatihah.

joetiefa said...

Saya tak kenal Uztaz Asri secara pribadi. Dan saya tak pernah menangis bila ada artis atau penyanyi yang meninggal. Tetapi apabila mendengar pemergian Uztaz Asri, saya jadi begitu sebak dan menitiskan air mata, jadi rindu padanya, walaupun tak pernah berjumpa dengannya. Rasa seperti kehilangan seorang kawan, abang dan saudara. Ketika menulis komen ini pun, air mata saya tetap mengalir kesedihan. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah Taala.

Hafizal said...

Al-Fatihah

Unknown said...

Alfatihah..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan takziah buat seisi keluarga.

Anonymous said...

Al Fatihah..

Saya amat meminati arwah sejak saya belajar di sekolah menengah, pernah bekerja dengan rabbani sejak rabbani keluarkan album pertamanya dahulu, cuma kini sudah lama tidak berhubungan memandangkan kini bertugas di luar negara.

namun kenangan bersama arwah akan saya ingati utk sekian lama serta kerjasama yang dijalinkan. Istiqamah arwah dalam memperjuangkan dakwah amat dikagumi, betul kata seseorang suara arwah adalah dari langit, anugerah Allah tiada tandingan, berilah lagu apa sekalipun, pasti menusuk kalbu.

semoga Allah merahmati arwah, peribadi arwah yang banyak mencorakkan saya, serta lagu alunannya akan saya rindui, ketika inipun perasaan amat sebak. ingin saya terbang pulang untuk menatap jenazahnya, namun apakan daya saya di luar negara..

terima kasih ustaz kerana melahirkan puluhan lagu utk semua muslimin. pastinya suara lunak gemersik akan dikenang selepas ini.

salam dari libya

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...