Bismillahir Rahmanir Rahim
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya pada seluruh pembaca blog ini, semoga hari raya kali ini semakin menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah swt.
Sesungguhnya, hari raya merupakan hari yang sunat kita melahirkan kegembiraan. Asalkan sahaja kaedah bergembira kita selaraskan dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw.
Bagi orang beriman, ada lima hari raya bagi dirinya
1. ketika mereka mati dengan membawa keimanan, itulah hari raya sebenar buat mereka
2. ketika mereka selamat dari fitnah kubur dan dapat berehat di dalamnya, itulah hari raya buat mereka
3. ketika orang lain sibuk dengan sengsara padang Mahsyar, maka dia diberi perlindungan oleh Allah di bawah arasy, maka itulah hari raya buatnya.
4. Ketika orang sibuk dengan dihisab dan dikira amalan mereka, tetapi orang beriman dihisab dengan hisab yang ringan, maka, itulah hari raya buatnya
5. ketika mereka selamat meniti titian sirat al-Mustaqim dan selamat memasuki syurga, maka itulah hari raya buatnya.
Adapun hari raya kita sekarang ini, hanyalah hari kegembiraan dan bagaimana kita mahu jadikan gembira kita, mendatangkan redha Allah kepada kita. Semoga semua kita terus di bimbingnya, amin..
Sekali lagi, selamat menyambut hari raya Aidul Fitri dan doakan agar Allah terus memberikan keselamatan kepada kita di dunia dan di akhirat.
“Sekilas Mengumumkan Peristiwa”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
19 September 09 jam 4.45 petang.
5 comments:
Selamat Hari Raya buat Ustaz dan keluarga. Semoga hari raya kalai ini membawa keberkatan buat kita semua didunia dan akhirat.
salam lebaran ustaz,
maaf zahir batin.
lepas raya akan bersiaran lagi ke di tv9?
kalau camtu, tak perlu sambut la hari raya nie.. masing2 dah ada hari raya lain. he he he.
Terangkan la apa itu hari raya... baru kena pada tempat..
selamat hari raya, maaf zahir batin noooo....
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.
p/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community
do
Terima kasih dtg rumah tadi.
Post a Comment