Wednesday, September 2, 2009

Diari 106 - Jabal Maghnatis (Bukit Magnet)

“Ibrahim, mari kita ke Jabal Maghnatis” kata saya pada pemandu kami, untuk lawatan hari ini. Namanya ialah Ibrahim Zahrani. Hari ini 29 Ogos 09, saya dan para jemaah melawat sekitar kota Madinah Munawwarah.

Sejurus selepas habis tempat-tempat lawatan, maka saya mengajaknya ke Bukit Magnet. Ia satu keajaiban di Madinah. Kadang-kala, rombongan umrah tidak mengajak ahlinya ke sini. Ini kerana, jauh perjalanan dari Madinah ke Jabal Maghnatis lebih kurang 40 km.

“Ada apa kat sana ustaz?” tanya salah seorang jemaah pada saya.

Jabal Maghnatis (bukit magnet) ini ialah satu tempat di mana kereta akan ditarik semula ke Madinah. Apabila sampai ke kawasan ini, kereta akan bergerak sendiri untuk balik ke Madinah. Kekuatan tarikan ini hingga, kelajuan bas atau kereta akan bergerak hingga melebihi 120 km/ jam.

Ini salah satu lagi dari keajaiban kota Madinah.

Pada hari Khamis dan Jumaat, orang Arab akan datang ke sini beramai-ramai, membawa keluarga. Mereka akan berkelah di tempat ini. Tempat ini juga merupakan kawasan lapang yang cantik pemandangannya.


Terdapat pokok-pokok rimbun yang akan melindungi sesiapa di sini dari terikan matahari.

Perjalanan kami ke sini berselisih dengan bas-bas pengunjung yang balik dari kawasan akhir Jabal Maghnatis ini.

Di tepi jalan, saya melihat sebuah kereta yang remuk hadapannya. Saya bertanya kepada Ibrahim:-

“Ada juga eksiden di sini ye..”

“Ya… eksiden dengan unta,” katanya ringkas.

“Di jalan-jalan di sini, banyak terdapat unta-unta. Kadang-kala unta ini akan meluru laju ke tengah jalan raya” Ibrahim menyambung.

“Tak ada tuan ke?” saya bertanya kehairanan.

“Ada, cuma tuannya membiarkan ia berkeliaran” Ibrahim menerangkan pada saya.

Barangkali, kalau di Malaysia, suasana ini, seperti jalan-jalan di Felda yang banyak lembu-lembu bersepah dan berkeliaran di sana sini.

Dan banyak juga berlaku kemalangan membabitkan kereta dan lembu.

“Mmm, patutlah jalan dari Mekah ke Madinah merka letakkan pagar dawai. Takut unta melintas” bisik hati saya yang teringatkan keadaan lebuh raya, Mekah – Madinah.

“Ok, cuba tengok,” kata Ibrahim yang mula memberhentikan van yang kami naiki.

Dia memberhentikan vannya. Kemudian, perlahan-lahan van ini mula bergerak. Semakin lama semakin laju, semakin laju dan laju.

Saya memerhatikan meter van. 120 km/jam.

“ini kalau tak jaga, terus sampai hotel ni” kata Ibrahim bergurau.

Tak tahulah mana satu bukit yang menarik semua benda besi ke Madinah. Tapi yang pasti setiap kenderaan akan bergerak sendiri menuju kota Madinah dari bukit ini.

Inilah kebesaran Allah yang Allah tunjukkan pada kita. Sesungguhnya, Allah menujukkan tanda-tanda kebesarannya kepada manusia, tetapi kebanyakkan manusia tidak memerhatikan.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Fairuz Shattah
Madinah al-Munawwarah
30 Ogos 09, jam 6.30 pagi

Di post dari al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah 2 September 09, jam 9.45 pagi
Perjalanan ke Jabal Maghnatis
Ia lebih kurang 40 km dari Madinah
Kereta akan ditarik balik ke Madinah
Pemandagan sekitar kawasan Jabal Maghnatis
Unta-unta yang kadang-kala meluru ke jalan raya

4 comments:

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Assalamualaikum,
mohon izin ambik gambar dan catatan perjalanan ustaz berkaitan Jabal magnet untuk artikel di Halaqahnet.
Ustaz boleh view di sini
http://halaqah.net/v10/index.php?page=328
terima kasih.

semlie said...

Salam Ustaz,

Saya suka apabila mendengar pengalaman Ustaz di Jabal Maghnatis.
Kalau kita perhatikan, umat Islam memg pasti akn terasa akn keinsafan pabila melihat keajaiban spt ini. ttp barat akn ambil keajaiban ini bukn stakat kekaguman(wlpn mrk xinsaf jgk) tp mereka melihat dr sudut berbeza dan lakukan kajian terhdp fenomena spt ini.. umat islam juga harus proaktif spy kita lebih maju dan terkehadapan sterusnye memberi rahmat kpd manusia atas penemuan yg bermanfaat ini..
lihatla org barat xberiman dgn al-quran, tp kaji quran, peristiwa nabi yunus dgn ikan nun dguna cipta kapal selam. dan macam2 laie.

org islam boleh jga, bukan stakat bace, paham dan amal, tapi kaji rahsia Allah taala.. Kita spttnye ebih bijak dr org non-muslim sbb ada sumber rujukan yg amat lengkap.

ian said...

Assalamualaikum,

Memang kita harus bersyukur diatas kebesaran Allah SWT tetapi fenomina ini boleh dileraikan dengan melihat kepada kesan yang dipanggil "Optical Illusion" di mana jalan menuju kebawah akan kelihatan seperti mendaki disebabkan oleh topografi dan tumbuhan sekeliling. Terdapat beberapa Magnetic Hill diseluruh dunia yang memberikan efek yang sama. Kita orang Islam harus juga mengkaji keajaiban dibumi Allah ini. Jika tidak, kita akan dikatakan ketinggalan zaman. Wassalam

MO said...

Saya sendiri baru pulang dari sana dengan sedikit kajian peribadi. Saya agak hairan kenapa jemaah seprti di'tipu' apabila diaktakan bas mereka ditarik dengan kuasa magnet sehingga mencecah 100km/jam.

Semoga semua ustaz lebub peka kepada fenomina alam ciptaan Allah.

Wallahualam.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...