Wednesday, September 2, 2009

Diari 106 - Catatan Kenangan Bukit Uhud

Hari ini 29 Ogos 09, kami melawat medan peperangan Uhud. Di sini dimakamkan tujuh puluh sahabat yang syahid di dalam peperangan Uhud.

Semua ahli rombongan menaiki Jabal Rummat (bukit memanah) yang bersebelahan dengan kawasan pemakaman syuhada’ Uhud.

Saya cuba membayangkan hujanan panah kafir Quraish kepada para sahabat dari Jabal Rummat ini. Pada mulanya, para sahabat menguasai pertempuran. Segala-galanya berubah apabila mereka meninggalkan Jabal Rummat kerana merasa telah menang di dalam peperangan.

Orang kafir pada ketika itu berpusing kembali dan menawan Jabal Rummat. Maka mereka menghujani para sahabat dengan panah-panah mereka.

Keadaan menjadi kelam kabut hingga Nabi saw sendiri telah luka.

“Ibrahim, jom ke Ghar Uhud (gua Uhud)” kata saya ketika menunggu makcik-makcik yang sibuk bershoping di kaki bukit Jabal Rummat ini.

Ghar Uhud (gua Uhud) adalah tempat ketika sahabat-sahabat membawa Nabi berlindung ketika baginda mendapat luka di medan peperangan.

Orang kafir yang melihat telah ramai sahabat cedera dan syahid, mencari Nabi, untuk membunuh Nabi. Ketika itu, para beberapa sahabat membawa Nabi berlindung di bukit Uhud ini.

“Tak boleh pergilah” kata Ibrahim.

“Kenapa?” tanya saya.

“Ada polis jaga, nanti kena saman, mereka tak bagi orang datang, takut orang buat khurafat dekat sana”.

“Alah.. kejap aje” saya cuba memujuk.

“Tak boleh, kereta saya flat Saudi, nanti kena saman, kalau flat orang luar, tak apa" katanya.

“Bolehlah Ibrahim, mereka semua tak pernah pergi,” kata saya lagi.

“Oklah, bagi saya 10 riyal, tapi janji jangan turun” katanya.

“Ok..” kata saya.

Makcik-makcik yang bershoping telah masuk ke dalam van.

“Haaa, kita nak pergi ke satu tempat, mesti tak pernah sampai” kata saya pada makcik-makcik ni.

“Ke mana ustaz?” tanya mereka.

Ke gua di mana Nabi berlindung.

“Yeh.. ini yang best jalan dengan ustaz ni” kata salah seorang dari mereka kegembiraan.

Kami memasuki kawasan-kawasan perumahan dan kedai-kedai sekitar Uhud ini. Muka Ibrahim agak takut-takut, melihat ke kanan dan ke kiri.

“Hmm, hari ini tak ada polis,” katanya.

“Ok sampai” kata saya.

“Haa, cuba lihat sana tu,” kata saya pada jemaah sambil melihat gua dibukit Uhud.

“Ustaz, boleh turun tak nak ambil gambar” kata mereka.

“Ok, tapi jangan lama-lama” kata saya.

Yang penting ialah iktibar dari cerita ini, bertapa susahnya Nabi sampaikan Islam untuk kita semua. Betapa, luka Nabi untuk menjadikan Islam ini sampai kepada semua manusia.

Kami mula bergerak meninggalkan Ghar Uhud, dengan ucapan selawat pada Nabi tercinta dan para sahabat. Semoga Allah terus memberi kesejahteraan kepada Nabi saw dan seluruh para sahabat.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Fairuz Shattah
Madinah al-Munawwarah
30 Ogos 09, jam 7.00 pagi

Di post dari al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah 2 September 09, jam 10.00 pagi
Jabal Rummat (bukit pemanah) di kaki bukit Uhud
Kenangan dari atas Jabal Rummat
Makam syuhada' Uhud
Makam syuhada' Uhud
Shoping kurma di kaki bukit Uhud
di balik masjid ini terletaknya gua Uhud
Lorong-lorong ke gua Uhud
Di bukit inilah para sahabat membawa Nabi berlindung setelah luka di medan Uhud
Orang kafir yang ingin memburu Nabi, tidak menemui Nabi. Para sahabat yang syahid, ada yang diganyang lagi jasadnya. Hati saidina Hamzah di mamah oleh Hendon di medan ini.
Gua Uhud di bukit Uhud

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz. Mohon izin copy sekeping dua gambar untuk save di desktop. Syukran.

Anonymous said...

Allah izin tiada polis..
Alhamdulillah Allah mudahkan..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...