Pada mula Kak Sham (penerbit program Tanyalah Ustaz) menghubungi saya awal Ramadhan tempohari mengenai tajuk program ini, saya merenung panjang.
“Mmm, tajuk apa ye” bisik hati saya.
“Nantilah dulu kak, kak Mekah nanti saya fikir” kata saya.
Minggu kedua Ramadhan, saya bertolak ke Mekah. Di sana, saya memikirkan tajuk yang sesuai untuk program Tanyalah Ustaz ini.
“Apa yang penting ialah penghayatan Ramadhan ini, jadi, kita bincangkan falsafah-falsafah Ramadhan untuk aplikasi di bulan lain” bisik hati saya.
Maka dapatlah idea mengenai tajuk Universiti Ramadhan ini.
Sesungguhnya, Ramadhan ibarat sebuah Universiti. Ia mendidik kita untuk terus memperbaiki diri kita dan memburu redha Allah.
Ada beberapa amalan yang penting di dalam Ramadhan yang menjadi silibus pengajiannya.
1. Puasa
Yang paling penting puasa ialah menjaga makan. Walaupun makan itu hak kita, tetapi kita tidak dibenarkan makan pada tempoh tertentu.
Waktu buka pun, kita disuruh berbuka mengikut sunnah iaitu dengan tamar dan air. Kita disuruh memerhatiakan, apa yang masuk ke dalam mulut kita.
Perkara ini perlu diperhatikan hingga diluar Ramadhan. Kita di suruh memerhatikan apa yang masuk ke dalam mulut kita.
Yang halal, jangan sampai membazir.
Lebih-lebih lagi, tidak dibenarkan memakan perkara yang diharamkan Allah.
2. Solat
Di dalam Ramadhan ada solat tambahan iaitu solat Tarawikh. Apa tujuan solat.
Allah menyatakan bahawa tujuan solat adalah untuk mengingati Allah, dan di dalam solat ada satu doa yang wajib kita baca. Jika tidak baca doa ini tidak sah solat kita.
Doa ini, Allah letakkan di dalam surah al-fatihah iaitu Ihdinas Saratal Mustaqim (Hidayahkan kami pada jalan yang lurus)
Jalan lurus tidak semestinya jalan agama, tetapi merupakan bimbingan Allah pada seluruh keputusan-keputusan hidup kita.
Kadang-kala, kita sendiri tidak mengentahui apa yang terbaik untuk hidup kita. Jadi, kita minta Allah bimbing hidup kita.
3. Menjaga Maksiat
Di dalam Ramadhan, disuruh kita menjaga maksiat hingga dikhabarkan pada kita bahawa, maksiat akan menghilangkan pahala puasa kita.
Jadi, menjaga maksiat ini juga disuruh kita kekalkan di dalam bulan lain. Jika kita memang ahli maksiat, maka minta pada Allah untuk diberi kekuatan meninggalkan maksiat tersebut.
4. al-Quran
Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan merupakan cahaya bagi kehidupan.
Jika kita mahu seolah-olah Allah berkata dengan kita, maka hendaklah sentiasa membaca al-Quran. Dengan membaca al-Quran, kita akan bertemu dengan ayat-ayat, Allah berbicara dengan orang berikman. Kemudian dibimbing kita untuk hidup dengan harmoni.
5. Iman
Ramadhan dikaitkan dengan beriman. Hingga ada beberapa hadith yang mengaitkan berpuasa dan beriman.
Iman maknanya, hati semakin rapat dengan Allah. Denagn sentiasa mengingati Allah, hati ini akan dianugerahkan dengan ketenangan.
Sekaya mana kita, jika hati tidak tenang akan menjadikan kita tidak bahagia di dunia ini.
Kesimpulannya, Universiti Ramadhan menghasilkan orang yang semakin bertaqwa pada Allah. Tepatlah firmah Allah:-
“Di wajibkan ke atas kamu berpuasa, seperti mana diwajibkan ke atas umat terdahulu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”
“Ilmu Pelita Hati”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
15 September 09 jam 9.15 pagi
Hari pertama program
4 comments:
Salam Uztaz..sy pagi2 mesti akan duduk depan kaca tv utk siaran ni..termasuk lah pagi tadi..cuma kadang kala ada termiss utk beberapa minit sebab pagi2 dah nak bersiap g kerja tp sy akan pastikan tidak akan ke pejabat tanpa habis rancangan hingga doa yg dibacakan..syabas tv9 dan secara jujur dan ikhlas nya sy tertarik dgn pembacaan doa yg ustaz bacakan setiap pagi..sungguh syahdu dan menyentuh hati sy dan sy percaya penonton lain pun turut sama merasakan..cuma nak tau rancangan ni setakat bulan ramadhan jer ker? kan lebih elok kalau dlm bulan2 lain pun dibuat sama..papun salam ramadhan utk ustaz dan seluruh keluarga..salam
Assalamualaikum...
Sempat juga ana jenguk program Tanyalah Ustaz. Satu programyg baik dan bermanfaat...
TAHNIAH syeikh...
ish3x,,samsul2...tido je tau...=)
tayangan tanyalah ustaz sangat2 saya minati dan tak ingin ketinggalan dan rasa rugi sangat jika ter'miss' mengikutinya... cuma saya ada cadangan bolehkah siarannya di ulang pada sebelah malam pulak untuk org2 yang bekerja shift.Seisi keluarga juga dapat mengikutinya termasuklah anak-anaknya. harap sangat agar dapat dipertimbangkan. terimakasih.
Post a Comment