Tuesday, March 17, 2009

Universiti Kehidupan 40 - Kepercayaan vs Akidah

16 Mac 09, sewaktu berjalan ke kelas, saya bertemu dengan orang Kurgistan. Dia seorang muslim dan menyapa saya dengan ramah. Dia belajar di universiti ini.

Dia boleh berbahasa Inggeris. Ketika kami melalui satu lorong, tiba-tiba seekor anjing melintas kami. Dia mencuit tangan saya dan berkata,

“awak tahu, jika di Kurgistan, kalau kita nak pergi ke satu tempat, ada anjing melintas, maka maknanya perjalanan kita itu baik”.

“Oh ye ke? Jawab saya,setahu saya pula, jika di Negara Arab, kalau kita nak pergi ke satu tempat, kemudian, ada anjing melintas maka itu makna tidak baik.” Jawab saya.

“ada sesetengah ahli sejarah menulis bahawa di dalam peperangan Jamal (perang unta), ketika Saidatina Aisyah dalam perjalanan untuk ke kufah, beliau di salak anjing”. Kata saya.

Pelajar Kurgistan ini terdiam sejenak. Kemudian dia menyambung,

“tapi itu kepercayaan sahaja, mungkin betul mungkin tidak”.

Kami mengakhir perbualan kami dan masuk ke kuliah masing-masing.

Di dalam dunia ini, ramai orang mempunyai kepercayaan yang diwarisi dari datuk nenek moyang mereka.

Apabila orang percaya pada nasib, ia mudah dilemahkan semangatnya jika tiada tanda-tanda tuah di dalam pekerjaannya. Ia juga akan tertunggu-tunggu, hinggakan kerja yang sepatut dibuat tidak difokus dengan sebaiknya.

Kepercayaan mengenai nasib ini telah dibersihkan oleh Islam dengan keyakinan bahawa segala sesuatu dari Allah. Kita tidak perlu bimbang. Allah tidak menzalimi hambanya. Segala sesuatu, sama ada yang buruk atau yang baik itu sebenarnya terbaik buat kita.

Ramai orang yang pernah susah, akhirnya berjaya dan cemerlang hidupnya. Dia susah pada peringkat awal untuk Allah berikan rasa nikmat ketika senang.

Orang Melayu kita, ada yang percaya pada kayu koka, pada paku Cerebon, pada besi kuning dan sebagainya.

Kita tidak nafikan. Ada kelebihan yang Allah jadikan pada setiap perkara. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Tetapi, meyakini sesuatu itu memberi bekas, itu salah di sisi akidah.

Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa, orang yang hendak selamat bertemu Allah tidak cukup dengan beramal soleh. Tetapi dia mestilah menjaga akidahnya dengan baik. Allah berfirman :-

“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".
(surah al-Kahfi ayat 110)

Semoga kita menjaga akidah kita. Ia sangat penting. Kita bermohon agar Allah yang memberi hidayah akan sentiasa memberikan hidayahnya pada kita, amin..

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Muhamad Abdullah
Moscow

5 comments:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Pertikaian penggunaan kalimah Allah adalah disebabkan kepercayaan dan konsep ketuhanan yang berbeza di antara orang Islam dan orang bukan Islam. Contohnya, lagu Agnes Monica, guna kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan Yesus Kristian. Mudah2an orang yang hanya menilai dari sudut perkataan akan menilai kesan penggunaan perkataan ini dari sudut akidah. Bukan pertahan kalimah, tapi pertahan akidah ummah.. Wallahua'lam.

Unknown said...

assalamualaikum ustaz,

saya urgent sgt2....nak tanya pendapat ustaz berkaitan dengan Pendidikan Seks. Mengikut pandangan Islam adakah pendidkan seks ini perlu dilaksanakan di sekolah dan PLKN bagi mengelak berlakunya kes rogol dan pembuangan bayidi malaysia. Adakah harus dilaksanakan?....kalau boleh ustaz jelaskan secara terperinci mengikut hukum islam.... boleh ustaz send delat email saya d9_22@yahoo.com.....sebab sy ada pembentangan mengenai ini pada hari khamis ini.segala perhatian ustaz amat dihargai.wassalam.

Shahabudeen Jalil said...

Kepada Cik Hani,

Al-Quran sendiri tak larang orang kapir guna istilah Allah.

Siapakah kita untuk melarang ???

ini adalah sudut akidah. Kita mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan.

Azri said...

Salam ustaz,

Ni sensitive sikit lah tapi orang agama pun goyah macam na lah orang biasa macam kami ni
1. Ana baca report PIBG sekolah agama ni. Ada complaint .Biasa budak budak buat baca yassin depan botol air yang dimasuk jarum. Entah sapa lah yang ajar buat ni. Kata sekolah ugama.
2. Ana tanya imam kat kampung pasal tangkal. Dia kata tak apa. Itu ikhtiar !
3. Ana tanya ustaz sekolah pasal hudud. Dia kata tak sesuai !
4. Ana tanya pasak merokok. Dia kata tak haram.
5. Ada bekas sekolah agam masuk sekolah teknik jadi imam. Dlm tudung ada tangkal.

susah nih ustaz oi. nauzubillah.

Azri said...

Salam Ustaz

Student ustaz tu kristian ke atheis ( tak ada agama / kominis)

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...