Friday, March 6, 2009

Sekilas 13 - Andaikata Baitulmal Dikosongkan

Saya ingin merujuk kepada berita hari ini mengenai bantuan zakat menerusi Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata,

“bantuan zakat akan disalurkan kepada sesiapa sahaja yang layak menerima mengikut syarak termasuk orang yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.”

“Bagaimanapun katanya, bantuan tersebut terhad kepada mereka yang tidak mempunyai tabungan semasa, simpanan pelaburan atau sudah tergolong dalam golongan miskin tegar akibat hilang pekerjaan dan punca pendapatan”, katanya.

Sekarang ini, ramai orang menjadi susah dengan sekelip mata apabila tiba-tiba kehilangan kerja. Ada tiga golongan yang terlibat dengan perihal zakat ini.

1.Amil, selaku pengutip dan pengagih zakat. Ia perlu diagihkan dengan baik dan perlu cari orang yang memerlukan. Kaedah agihan juga perlu diperbaiki kerana kadang kala terlalu sukar ingin mendapatkan bantuan. Takrifan maskin perlu dikaji kembali. Adakah orang yang mempunyai tv dirumah ketika dia kerja, kemudian ketika dia susah sekarang, dengan kewujudan tv itu menjadikan dia terhalang dari mendapat zakat? TV bukannya perkara kemewahan sekarang ini.

Tabungan yang ada perlu diagih dengan semaksima mungkin sebagaimana ketika dikutip. Ini kerana, tabungan itu akan sentiasa diisi kembali oleh pembayar zakat. Jika agihan dapat dibuat dengan baik dan aktif, orang tidak akan sangsi untuk memberi kepada Majlis Agama. Banyangkan bagaimana perasaan pembayar jika di sekelilingnya masih terdapat banyak orang yang susah sedangkan setiap tahun dilihatnya, lebihan zakat hingga puluhan juta.

2. penerima zakat itu sendiri perlu amanah dengan dirinya. Jangan sampai meminta perkara yang sepatutnya dia tidak layak dapat. Sedikit bantuan yang dia dapat dengan jalan yang tidak benar akan menyebabkan dia susah pada banyak perkara nanti.

3. pembayar zakat perlu memahami tanggungjawab mereka di dalam menunaikan zakat dengan baik. Agihkan pada fakir miskin dan jangan ditangguhkan. Berikan pada Majlis Agama sebagai amil jika kita tidak mampu mencari asnaf. Tidak akan miskin orang yang membayar zakat dan akan dilimpahkan lagi rezkinya.

Setakat ini, zakat di Malaysia belum menjadi wadah kepada pembasmian kemiskinan. Ia hanya menjadi tempat membantu sahaja.

Cuba banyangkan, bantuan zakat hanya diberi di antara RM200 hingga RM1,000 sebulan. Itu pun selepas kajian pegawai Baitulmal MAIWP yang merangkumi bantuan untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, persekolahan anak- anak dan pengangkutan,

Tidak banyak yang boleh dileraikan jika bantuan yang dapat hanya RM 200 sahaja.

Jika pada zaman Umar bin Abdul Aziz, beliau pernah membebaskan 1000 orang hamba dengan harta Baitulmal. Kerana telah biasa dengan kerja-kerja berat, 1000 orang ini ada yang menjadi tentera membela Islam dan ada yang menjadi ahli peniagaan yang akhirnya menjadi pembayar zakat. Bayangkan, betapa aktifnya agihan ini. Apabila agihan diyakini perjalanannya, maka, pemberi zakat juga akan lebih yakin untuk amil rasmi ini menjalankan tugasnya.

Adakah kita rasa risau untuk memaksimakan agihan hingga kosong Baitulmal? Sesungguhnya, semakin kita cuba mengosongkan, semakin ia akan dipenuhi lagi. Yakinlah, ini janji Allah.

Bagi amil, teruskan usaha, bagi pembayar zakat, teruskan membayar, bagi penerima amanahkan diri. Jika kita jalankan semua dengan amanah, Baitulmal tidak akan miskin, pembayar zakat tidak akan miskin dan penerima dari asnaf miskin juga akan berkurangan.

4 comments:

JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI said...

Salam. Memang betul. semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita menerima. Itu janji Allah.

Selagi orang miskin berasa bangga dan beruntung menerima zakat, selagi itulah mereka akan tetap miskin dan terhina. Apakah mereka suka menikmati hasil zakat sepanjang masa sedangkan zakat itu adalah harta terkotor yang dibuang oleh orang kaya untuk menyucikan harta mereka.

Selagi orang kaya tidak berzakat, selagi itulah mereka belum benar-benar kaya.Selagi itu jugalah mereka menikmati harta yang kotor.

Jika paradigma setiap orang diubah supaya memandang harta zakat sebagai harta yang terkotor, maka
tak akan ada orang yang tak berzakat, dan tak akan ada orang yang tergamak menerima zakat.

Orang yang tidak berzakat hanya memiskinkan diri sendiri, tetapi dia tidak sedar yang dia akan mengkayakan warisnya. dan dia belum pasti harta yang ditinggalkan untuk warisnya dapat memanfaatkan dirinya di akhirat.

Azri said...

Salam Ustaz,

Ustaz tulis "Adakah orang yang mempunyai tv dirumah ketika dia kerja, kemudian ketika dia susah sekarang, dengan kewujudan tv itu menjadikan dia terhalang dari mendapat zakat?"

Dia kan boleh jual TV atau apa harta yang dia ada sebelum minta dari baitulmal. Ok lah TV tu tengoklah jenis nya..dia ada TV 42" LCD tapi mintak zakat ...ada rumah besar mintak zakat...tak kena kan.pulak jadi mentaliti subsidi..yang lebih miskin diutamakan

Juraish tulis " Jika paradigma setiap orang diubah supaya memandang harta zakat sebagai harta yang terkotor, maka
tak akan ada orang yang tak berzakat, dan tak akan ada orang yang tergamak menerima zakat.
zakat itu adalah harta terkotor ".

Ini paradigma songsang ni.Takkan lah sipolan buat kerja halal rezeki halal bayar zakat duit tu kotor ?. Yang ana faham harta yang kita miliki ada hak orang lain, iaini zakat portion. Bila tanya kat PPZ dia cakap kira zakat jangan masuk duit riba, duit haram.
Paradigma sepatut nya apa apa kita lakukan hanya kerana Allah. Bila kita bayar zakat kita bayar sebab Allah suruh. Kalau kita bayar sebab pikir duit tu kotor tak betullah kan. Kalau kita miskin kita minta zakat sebab kita tahu Allah pemurah dia janji rezeki. Dan tak sepatutnya simiskin minta sebab baitulmal patut make the first move cari siapa miskin untuk ditolong. Nabi tak ajar kita meminta minta. Betul tak ustaz ?

JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI said...

Salam. Rasanya nak ulas sikit lagi pasal paradigma 'harta zakat sebagai harta terkotor'supaya tak salah faham. Kerana dah ada kecenderungan individu tertentu yang dah salah faham.

1) Tak dinafikan paradigma terbaik ialah berzakat kerana menunaikan perintah Allah. Mengutip, mengagihkan dan menerima zakat pun hendaklah ikhlas kerana Allah.

2) Namun harta yang dibayar sebagai zakat itu patut dipandang 'kotor' oleh pembayar zakat. supaya mereka tidak menyimpan harta yang 'kotor' itu. Jika mereka berzakat maka yang tinggal pada harta mereka adalah harta yang bersih. Segala kekotoran (hukmiyyah) pada hartanya telah terhapus.

3)Harta yang halal yang belum dibayar zakat, maka ia dianggap kotor. Apatah lagi harta haram yang tidak layak dizakat (kerana tidak dapat disucikan oleh zakat), maka sudah tentu ia lebih kotor. Pun begitu harta haram ini masih wajib disucikan, tetapi bukan melalui zakat. Bahkan dengan menyerahkannya semula kepada pemiliknya atau diserah kepada baitulmal jika pemiliknya tidak diketahui atau tidak dapat dicari.

3)Orang yang menerima harta zakat, jika ia memang layak menerima, maka ia dianggap menerima harta yang halal lagi suci.

4) Orang yang menerima harta zakat, sedangkan ia tidak layak menerimanya atau masih ada jalan lain untuk ia menjauhkan diri daripada harta zakat, maka hakikatnya ia menerima harta yang kotor.

5) Harta zakat ibarat air musta'mal yang telah digunakan untuk bersuci. Mengapa perlu memilih menggunakan air musta'mal yang belum tentu suci. Mengapa tidak mencari air mutlak yang pasti suci. Maknanya dengan mencari harta sendiri dengan usaha dan titik peluh tanpa perlu meminta wang sedekah (zakat).

6) Rasulullah SAW sendiri tidak menerima zakat kerana harta zakat (Sedekah)itu dihukumkan haram dan tidak layak baginya.Di situ tersirat satu prinsip bahawa harta zakat (sedekah) itu tidak semudahnya menjadi halal bagi orang yang menerimanya. Penerima harta zakat sudah pastinya akan disoal oleh Allah.

Justeru tidak perlulah berasa bangga menerima harta zakat, sebaliknya berbanggalah dengan membayar zakat. WA.

Tinta.Muallimah said...

salam semua. Eh come on la...amil zakat sepatutnya keluar mencari asnaf yang layak menerima zakat yang menunjukkan wang zakat itu sepatutnya tidak diminta-minta. Tapi la ni...PPZ telah memaksa asnaf2 meminta2 dengan datang ke PPZ sendiri dan isi orang untuk semak kelayakan kerana amil2 tidak datang mencari mereka. Kesian...makin susah jadinya asnaf2 ini. Malulah...bila juta-juta duit zakat masih belum diagihkan sedangkan yang fakir dan miskin berlambak2 lagi. Bukti amail PPZ tak keluar mencari asnaf2!!!

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...