Monday, July 20, 2009

Universiti Kehidupan 95 - Pengajaran Di sebalik Tabir program "Tanyalah Ustaz"

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana dengan limpahan dan izinnya, dapat disempurnakan program "Tanyalah Ustaz" untuk kali ini.

Secara jujur, program ini merupakan program paling mendebarkan. Ini kerana, segala soalan yang diajukan bersifat langsung dan kita tidak tahu apa yang akan ditanya. Ia ibarat ujian lisan akhir bagi calon Phd. Diasak dengan berbagai soalan yang tidak dijangka.

Biasanya, saya akan mengambil beberapa hari untuk mengulang kaji bab yang akan dibincangkan. Ia sebagai usaha. Ilmu, hanya Allah yang beri pada siapa yang dikehendakiNya.

Program kali ini, saya tak sempat berbuat demikian. Ini kerana, hingga hari khamis, masih terlibat dengan mesyuarat mengenai penempatan saudara HIV kita di gereja.

Walaubagaimana pun, oleh kerana tajuk kali ini lebih pada kisah Israk dan Mikraj yang memang tiap-tiap tahun dibahaskan, maka ia memudahkan untuk membuat ulangkaji dalam waktu yang singkat.

Hari pertama, salah seorang jurukamera ialah seorang India yang bukan beragama Islam. Ketika saya bersiap-siap untuk ke udara, dia membisikkan kepada Syamsul, anak buah saya yang turut ada di dalam studio.

"Muda-muda macam ini pun boleh jadi ustaz ye?"

"Boleh" jawab syamsul ringkas

"Ada sijil-sijil ke untuk jadi ustaz?" Tanyanya lagi

"Ada lah, kena belajar betul-betul?" jawab Syamsul lagi.

Barangkali, ini kali pertama dia melihat orang muda membahaskan agama, atau pun dia selalu bertemu dengan ustaz-ustaz yang agak senior, jadi tak sangka ada yang muda.

Saya juga pernah diajukan soalan yang sama. Saya ada menulis sebuah buku bertajuk "Syarah Rukun Iman". Ketika selesai urusan percetakan, saya datang untuk mengambil buku ini.

Ramai juga orang Cina yang bukan beragama Islam ada ditempat percetakan ini pada hari tersebut.

Ketika saya sedang sibuk menguruskan segala bil, seorang Cina datang pada saya dan bertanya"-

"Allo bos, ini Muhamad Abdullah siapa ha?"

"Kenapa?" Tanya saya.

"Tak da lah, ini buku saya suka la", katanya. Rupanya, sebelum saya datang, dia ada membelek buku ini.

"Saya la.." jawab saya ringkas.

Ayyo, ya ka? Saya ingat ha.. kalau ustaz masti yanggot atak panyang-panyang. Apa macam muda-muda sutak nyudi ustat? Tanyanya bersungguh-sungguh.

Saya hanya tersenyum padanya.

Di akhir pertemuan, saya menghadiakan senaskhah buku ini padanya. Semoga, dia diberi hidayah oleh Allah.

Jadi ustaz pada umur yang muda ada buruk dan baiknya.

Keburukannya ialah apabila kita tidak pandai menjaga hati.

Akan rasa hebat, akan rasa sudah alim ketika mengajar, akan rasa bagus hingga tidak boleh ditegur.

Seseorang akan rasa dalil dia sahaja kuat, orang lain salah. Bid'ahkan orang sana, salahkan orang sin, perkecilkan orang sana sini.

Akhirnya, dia mengajarkan ilmu tetapi tidak mengajarkan adab pada pendengarnya. Tidak bersifat dengan tawadhuk pada ilmu dan merendah diri pada ilmu yang ada. Apabila pujian dilambakkan, hati rasa terhibur, apabila dikritik, hati rasa memberontak.

Ramai yang kecundang dalam hal ini.

Semoga Allah menyelamatkan saya dan pembaca sekelian dari bersifat demikian.

Kebaikannya ialah, orang menganggap kita sebagai anak-anak mereka, adik-adik mereka dan kawan mereka. Orang senang untuk berkongsi masalah.

Kadang kala, jika ustaz senior, dengan janggut panjang, dengan muka yang serius, orang nak tanya pun takut terutama golongan muda. Takut kena marah.

Cabaran yang paling tinggi bagi orang yang ada ilmu pula ialah mengamalkan dan mempraktikkan ilmunya.

Kalau mengajar bab ibadah, adalah ibadahnya telah ditingkatkan. Kalau mengajar bab rumah tangga, adakah anak dan isterinya dididik dengan sebaiknya, kalau mengajar bab kasih sayang dalam Islam, adakah orang susah sudah dibelanya.

Walau apa keadaan sekalipun, akhirnya, ia bergantung dengan bimbingan Allah dalam hidup kita.

Tak kiralah ustaz atau tidak, jika tidak dibimbing oleh Allah, akan menjadi orang yang lupakan Allah.

Satu bencana yang paling besar ialah apabila seseorang lupakan Allah.

Oleh itu, jangan lupa untuk terus berdoa agar Allah memimpin kita. Semua kita penuh dengan kelemahan. Terus perbaiki diri, terus tingkatkan diri, terus mintak agar Allah memimpin hidup kita.

Sesungguhnya, hidayah Allah itu amat penting dalam kehidupan ini. Dan ada ketika, Allah boleh tarik balik hidayah yang telah diberikan pada seseorang. Antara sebabnya ialah, apabila kita melupakan Allah.

Semoga Allah terus merezkikan kita untuk mengingatiNya, dan semoga, dengan mengingati Allah, hati akan terus dikurniakan ketenangan dengan iman. Amin…

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
20 Julai 09, jam 7. 25 pagi.
Soalan e-mail. Kadang kala ia tidak boleh dibuka. Sehebat mana teknologi buatan manusia, tetap ada kelemahannya
Waktu iklan, sempatlah minum sekejap


Kenangan untuk kali ini.

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Article ini bagus utk dijadikan peringatan utk ustaz2 muda yg diluar sana merasakan diri mereka yg terbaik.


Lina

Shahabudeen Jalil said...

artikel masuk bakul angkat diri macam nie yang tak berapa seronok nak baca..

Ustaz Amin said...

Artikel ini sebenarnya untuk muhasabah diri saya.

Saya pun banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Kalau rasa ia angkat diri, saya tak berniat pun begitu.

Sama-samalah kita baiki diri kita untuk selamat di dunia dan akhirat

Shahabudeen Jalil said...

niat satu hal.. persepsi lagi satu hal.

Persepsi saya nampak saya ckp tadi. persepsi orang lain macam lain pula.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Teruskan usaha murni Ustaz...jangan peduli pengkritik2 yang pandai mengkritik aje macam shahabudeen tu.


Persepsi saya, dengan gambar peluk tubuh yang sombong tu...jenis orang yang suka peluk tubuh jugak lah :)

Saya bookmark blog ustaz ni dan selalu mengikutinya hanya sekarang terpanggil nak bagi komen dengan niat unsur2 negatif jangan sebok kat sini.

MRSM KB, 1975

Shahabudeen Jalil said...

satu lagi komen hantu dari hantu. keh keh keh.

Kalau berani, letak nama. Kalau teloq tak ada. duduk diam-diam.

Hebat hantu nie boleh buat ramalan berdasarkan gambar dan gaya badan semata-mata.

keh keh keh.. menunggu jawapan dari hantu.

Anonymous said...

Artikel agak menarik ustaz....terima kasih dari saya...

Anonymous said...

s.j tu mmg x patut selalu nak hentam owang je kat blog..

Shahabudeen Jalil said...

kawan-kawan hantu membantu hantu. he he he.

acik jon @ azul said...

salam ustaz n salam semua
kita semua saling belajar sesama
sendiri
janganlah rasa diri kita ini lebih bagus dari orang lain
rambut sama hitam hati lain-lain
tidak apa kalau bergurau membuatkan orang lain gembira
tapi jangan bergurau hingga menyebabkan orang lain sakit hati
taceh

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...