Sunday, July 19, 2009

Jawapan Pada Persoalan 27

Alhamdulillah, kesempatan ini, dapat kita bincangkan mengenai persoalan yang diajukan. Semoga menepati kehendak soalan. Jika masih musykil, bolehlah Tanya lagi.

Guest assalamualaikum.ustaz saye ade kawan dudk di USA.dia kata dia pernah makan ayam walaupun sembelih tidak ikut cara islam.sambung alasan dia ustaz sebab terlalu rindu nak makan ayam.boleh ke begitu ujstaz 2009-07-05 2:42 PM

Tak boleh

bibah saya beli perabot rumah dgn duit gaji adakah ia harta sepencarian kahwin x anak sy + suami keje .Sy ada 1 umah beli $ sendiri,1 lagi kongsi nama & bayar sama.perabot umah sy beli suami x .Jadi harta sepencarian ke 2009-07-09 9:23 AM

Takrifan harta sepencarian ialah harta yang lahir dalam tempoh perkahwinan. Jika semua harta tadi lahir dalam tempoh perkahwinan, maka ia ada bahagian harta sepencarian. Cuma, jumlahnya, hakim akan tentukan mengikut sumbangan pihak suami atau isteri.

Guest salam ustaz..saye nak bertanya tentang perkahwinan tanpa pengetahuan wali,adakah sah atau tidak dan mazhab apa yg membanarkannye?apakah sya 2009-07-10 3:11 AM

Sah dengan dua syarat:-
Pernikahan diwalikan oleh wali hakim
kedudukan pengantin dan wali asal lebih dari dua marhalah

azmazaimi salam ustaz, nk tnya..benarkah klu kita bc al quran 7 hari 7 mlm di kubur tnpa henti, si mati terlepas dr siksa kubur? terima ksh ustaz.. 2009-07-11 4:24 PM

Tak disebut pula dalam hadith yang saya jumpa. Tetapi, barang yang saya tidak temui tidak bermakna ia tidak ada. Boleh rujuk ustaz lain.

Walaubagaimana pun, semoga dengan kebaikan al-Quran yang dibacakan, Allah terus mengurniakan kasih sayangnya pada si mati.

aiman ustaz nak tanay... boleh tak berbaiah dengan persatuan.. bersumpah dan junjung AlQuran Ustaz Boleh tak Berbaiah dengan Jungjung Al Quran dan Bersumpah ngan Nma tuhan sb nak masuk persatuan 2009-07-13 8:00 AM

Tengok tujuan. Jika sebagai menyatakan kesungguhan, tidak ada masalah. Di dalam perbahasan bab penghakiman, ada dibahaskan perkara ini. Cuba rujuk kitab Mughni al-Muhtaj.

Cuma kalau nak mewajibkan, ia tidak boleh

amran Ustaz.. ada ker zakat anak... maksudnya bila dapat anak lebih kena bagi kat orang lain. yang dah lebih tue. 2009-07-13 8:02 AM

tak ada

Guest perlukah hilang bau durian dan petai untuk bersembanhyang. jika tidak sembanhyang x sah 2009-07-15 5:51 AM

Bau petai tidak menyebabkan solat tidak sah. Ia makruh jika mengganggu orang lain

shah penggunaan inai dlm perkhawinan ada kah ianya haram?????? 2009-07-16 4:07 AM

Bagi perempuan tidak ada masalah. Bagi lelaki ada perbahasannya. Ada yang berpendapat mengatakan harus, makruh dan ada yang mengharamkan. Bagi saya, pemakaian inai bagi lelaki hanya sunat pada rambut jika rambut telah beruban.

Yusri Assalamualaikum..Minyak wangi dan alat solek bagi wanita..adakah ianya dibenarkan pada zaman ini? 2009-07-16 7:45 AM

Hanya dibenarkan pada suami sahaja.

Guest apakah hukum membaca yasin untuk arwah ibubapa apabila menziarahi kubur mereka 2009-07-16 7:44 PM

Bagus menghadiahkan pahala pada ibu dan ayah di kubur mereka. Cuma, tingkatkan lagi untuk menghadiahkannya pada masa-masa lain juga.

maizatul husna assalamualaikum ustaz. bulan nov ni sy spm. ustaz ade x doa2 yg blh sy amalkan tiap hari utk sedia kn diri. sy rasa doa yg sy baca xcukup byk. 2009-07-18 11:51 AM

Doa dalam bahasa Melayu yang kita faham. Selain itu, banyakkan berselawat.

insankamzur ustaz, ayat ape yang perlu diamalkan utk bertemu jodoh 2009-07-19 12:05 AM

Banyakkan selawat.

intan assalamu alaikum, ustaz. ajar sy gmna nk pujuk kakak sys agar solat. 2009-07-19 12:10 AM

Cakap terus dan janga putus asa. Yang beri hidyah adalah Allah, bukan kita. Kita hanya menyampaikan. Teruskan tegur dan pujuk.

fairul salam ust....apakah doa utk tenteramkan hati yg gundah gulana??? 2009-07-19 12:13 AM

Berdoalah dengan Asmaul Husna

rozi apa pandangan ustaz amalan peguam samada civil atau syarie yang mengenakan fee/yuran yang agak tinggi?syara' ke. perlu bimbingan ustaz. bole ke peguam syarie caj client mahal ustaz?syara' ke? 2009-07-19 1:35 AM

Itu hak dia kerana kerja profesionalnya. Jika kita tidak setuju, kita tak payah ambil dia. Kita boleh rujuk Biro Bantuan Guaman yang percuma.

Khairulzaini & Mohd Radzi Salam ustaz, Saya nak minta ustaz jelaskan, apa hukumnya atau adat turun batu nesan arwah mak saya 100 hari, apa hukumnya tahlil dan apa nak lakukan? 2009-07-19 3:50 AM

Hukum turun batu nesan, saya tak pernah dengar, boleh tuan, jelaskan lagi bagaimana perjalanan upacara itu. Tahlil, terbaik dilakukan oleh anak sendiri.

alif salam,ustaz asrama tlh di masuk orang,pe yg perlu kita bace untuk keselamatan kita???????dan macam mana nak dpt blik brg yg kita puinye yg tlh di curi 2009-07-19 5:12 AM

Yang menyelamatkan Allah, banyak zikir. Untuk mendapatkan balik barang yang dicuri, amalkan Selawat Tafrijiyyah banyak-banyak. Itu apa yang diajar oleh Tuan-Tuan Guru Pondok.

teh salam, ustaz jodoh nie dah ditentukan atau pun kena cari sendiri? 2009-07-19 5:27 AM

Jodoh telah ditentukan. Tetapi usaha mencari disuruh kerana Allah nak beri pahala pada kita. Pahala berusaha.

Wallahu alam Bis Sawab

InsyaAllah, baki soalan akan saya jawab dalam waktu dekat ini.

"Pertanyaan Adalah Kunci Ilmu"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Ahad 19 Julai 09 jam 8.35 malam

3 comments:

Anonymous said...

bolehkan wanita yang berhadas besar(haid) masuk ke dalam surau yang diniatkan oleh tuan punya surau sebagai masjid. sedangkan sy memasukinya hanya utk mendengar ustazah mengajar. nak tinggalkan rasa sayang pula

Ustaz Amin said...

Sebaiknya tidak duduk di dalam ruangan solat

KuswaDinata said...

Salam ustz....

Saya mushkil dalam hukum berhibur.Alhamdulillah sy tdk berhibur dgn zina,arak dan lain2 yg dicanggah oleh Islam.Ttp sy suka berhibur dgn bermain muzik iaitu jamming seminggu sekali.Sy amat minat berjamming krn sy ada sebuah band bersama rakan2.Ttp sy tdk tnggalkan ibadah sy spt ke masjid setiap hari dan mengaji Al-Quran.Apakah hukumnya Ustz...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...