Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan pada pagi ini.Kesempatan yang ada kita bincangkan baki soalan yang ditanya.
teh salam mohon doa untuk menghindari dari di khianati orang? 2009-07-19 5:30 AM
Amalkan surah al-Masad
lid Salam ustaz...ada pendapat mengatakan mengaji dengan menggunakan Quran selain mashaf resam uthmani adalah haram.Apa pendapat ustaz 2009-07-19 5:59 AM
Haram jika barisnya tidak jelas dan boleh merubah bacaan. Jika tidak, tidak ada masalah.
ida bagaimana kaedah terbaik mendakwahkan ahli keluarga, contohnya solat supaya tidak berlaku sbrg pergeseran 2009-07-19 6:01 AM
Semakin rapat seseorang, semakin payah untuk ditegur. Kita menegur bukan kita rasa kita hebat. Kita menegur sebab Allah suruh tegur orang lain. Jadi, teguran yang datang dari hati yang ikhlas, akan jatuh ke hati. Yang datang dari nafsu, akan jatuh ke nafsu.
Pertama, betulkan niat
Kedua, betulkan cara
InsyaAllah, Allah ubah hati keluarga kita ke arah yang lebih baik.
ridzuan bagaimana puasa yang dilakukan oleh Nabi Allah Daud 2009-07-19 6:20 AM
Sehari berpuasa dan sehari berbuka
Guest saya tlh solat jamak takdim zohor asar & saya telah sampai ke tpt yg dituju sebelum masuk asar.adakah saya perlu tunai solat asar?sahkan solat jamak ? 2009-07-19 6:27 AM
Solat jamak sah cuma kena buat balik Asar
Guest saya kategori andartu yg berkerjaya.Saya tidak kisah saya tidak berkahwin kerana susah utk mencari lelaki soleh pd thp umur saya ketika ini.bolehkah? saya tidak kisah saya tidak mempunyai suami kerana pd masa skrg saya sibuk mencari ilmu Allah?takut dihalang suami & kesibukan tugas isteri..apa hukum 2009-07-19 6:33 AM
Berkahwin merupakan sunnah Nabi. Berdoa untuk berkahwin. Jangan sampai kita hindarkan perkahwinan dengan alasan mudah.
huda salam ustaz. Saya alami was-was dalam ibadah, terutamanya bab bersuci, mandi wajib, puasa, solat dan sebagainya. Bagaimana nak hilangkan? 2009-07-19 8:19 AM
Was-was adalah bisikan syaitan. Berdoa pada Allah dan jangan layan
huda Walaupun was-was saya tetap melaksanakan kewajiban, jadi perlukah saya ulang semula ibadah? 2009-07-19 8:21 AM
tak perlu.
Khairulzaini & Mohamad Radzi Tahlil pd hari ke 100 & letak batu nisan serta binaan pd kubur ikut hukum islam ke? Atau adat ke? Apa cara terbaik mengikut hukum & syariat Islam? 2009-07-19 3:36 PM
Membuat binaan ke atas kubur boleh jatuh haram jika kubur itu akhirnya menjadi tempat pujaan. Walaupun niat asal baik, tapi elok hindarkan.
Bacaan tahlil terbaik dari anak. Anak tidak ada khilaf sama ada ia sampai atau tidak. Kalau orang lain bacakan, ada khilaf dan perbahasan.
Bilangan hari 100 tidak ada dalam syarak. Cuma saya melihat, para Tok Guru kita di Nusantara membuat begitu kerana sebagai cara bagi waris untuk tidak melupakan si mati.
Paling kurang, jika ada hari-harinya, waris akan teringat. Kalau tanpa hari tertentu, kita sebagai anak sentiasa ingat si mati dan selalu menghadiahkan pahala buatnya, tak buat 100 hari pun tak apa.
Wallahu Alam Bis Sawab
Semoga menepati kehendak soalan. Jika masih ada kesangsian, kita bolehlah terus bertanya kembali.
"Pertanyaan Adalah Kunci Ilmu"
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Isnin 20 Julai 09 jam 6.40 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment