“Assalamualaikum Ustaz, ana ustaz Azmi dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Sek 17 Shah Alam, nak jemput ustaz ceramah Isra dan Mikraj” kata Ustaz Azmi.
“Mmm. insyaAllah”, jawab saya ringkas dan kebetulan, jadual masih kosong.
Sekolah ini merupakan sekolah kemahiran bagi pelajar istimewa bagi masalah pendengaran.
Ketika dijemput, saya terus berfikir:-
“Bagaimana nak sampaikan ceramah ye?, Ahh.. kita pakai projector dan banyakkan gambar” bisik hati saya.
Saya mula menyusun ceramah Isra dan Mikraj dengan memasukkan gambar-gambar yang diambil dari bumi al-Aqsa ini. Alhamdulillah, banyak gambar-gambar yang baik, yang dapat dikongsikan.
Hari ini, 20 Julai 09, jam 12.30 tengah hari, saya sampai ke sekolah ini. Pelajar mula berkumpul. Tidak bising dan semuanya bersiap sedia mengambil wuduk.
Ceramah dibuat di surau sekolah.
Salah seorang guru menghampiri saya dan berkata:-
Ustaz.. ustaz tahu masalah pelajar sini kan?
“Ya.. ya, saya tahu.. InsyaAllah, kita banyakkan gambar” jawab saya.
Seorang pengerusi membuka majlis. Seorang guru lagi sibuk menterjemahkan kata-kata aluan dengan bahasa isyarat.
Pengerusi mempersilakan saya untuk menyampaikan ceramah.
Saya mula menayangkan gambar pertama, gambar masjid al-Aqsa. Saya ceritakan serba sedikit sejarahnya. Kemudian saya tayangkan gambar-gambar mengenai kisah perjalanan Isra dan Mikraj.
Suasana kuliah macam kuliah orang biasa. Ada juga pelajar yang tersengguk-sengguk, terjaga dan cuba menumpukan perhatian, ada yang terlopong melihat gambar-gambar. Sekali sekala, ada juga yang ketawa ketika saya membuat lawak. Cuma agak lambat responsnya kerana ia bergantung pada bahasa isyarat. Apa yang istimewanya, ceramah kali ini aman. Tidak ada situasi bising seperti di sekolah lain.
Saya melihat wajah-wajah anak-anak bangsa Islam saya ini. Gembira saya melihat mereka. Mujurlah ada guru-guru yang perihatin yang mengatur program-program agama seperti ini.
Saya rasa puas memberi ceramah di sini. Puas bukan dapat menyampaikan isi-isi ceramah. Tetapi puas kerana melihat wajah-wajah yang faham dan nak tahu lagi mengenai peristiwa agung ini.
Hampir sejam ceramah berlalu. Setelah tamat, ada sesi soal jawab yang dibuat. Anak-anak pelajar ini bertanya pada saya soalan. Guru penterjemah tadi menterjemahkan bahasa isyarat pada saya. Maknanya, mereka mengikuti ceramah ini dengan minat. Saya menjawab soalan yang diajukan.
Setelah majlis tamat, saya diberikan sedikit cenderahati. Dan ini kali pertama dalam hidup saya, saya menerima cenderahati buah-buahan. Di bungkus dengan baik, ada nenas, ada rambutan, ada tomato, langsat, tembikai susu dan manggis.
Menyentuh mengenai pengalaman berceramah, banyak pengalaman yang telah dilalui.
Teringat saya di dalam satu ceramah di sekolah di Banting, saya diberikan bunga telur. Dalam perjalanan pulang, saya yang belum bersarapan mengambil telur ini dan ketika mengunyahnya, ia adalah telur masin.
Begitu juga satu ceramah di surau di Desaria satu ketika dahulu. Biasanya, penceramah disediakan dengan air mineral water ketika ceramah. Tetapi, satu ketika saya diberikan air teh o panas. Tergelak saya ketika itu.
Kalau ceramah di Jom Heboh, pendengarnya keluar masuk. Ceramah dengan orang buta di Kuala Lumpur, masing-masing merakam dengan alat perakam.
Apa yang menarik pada hari ini ialah, anak-anak seIslam kita yang mempunyai kesungguhan untuk memahami agama ini.
Tiada beza kita dengan dia. Yang membezakan ialah iman. Jika dia beriman, dia lebih mulia di sisi Allah dari kita.
Sesungguhnya, Allah menilai seseorang dengan amalan dan apa yang ada pada hati seseorang, semoga, kita terus memperbaiki diri, meningkatkan amalan dan iman. Agar Allah sentiasa membimbing kita untuk selamat di akhiarat nanti.
'Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"
al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
Isnin 20 Julai 09 jam 7.15 petang
Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Sek 17 Shah Alam
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
2 comments:
alhamdulilah...semoga mereka (pelajar khas) ini mendapat ilmu sedikit sebanyak dr ceramah ustaz...
disinilah peranan kita (yang normal dan boleh berkomunikasi dgn mereka)menyalurkan ilmu untuk pengetahuan mereka ..
sayu hati dan terasa malu kepada pelajar khas yg bersungguh2 mendengar dan memahami ilmu agama. Kita yg cukup sifat ini patutnya bersyukur bnyak2 pada Tuhan atas nikmat pancaindera yg masih ada..
Post a Comment