Thursday, July 30, 2009

Universiti Kehidupan 99 - Isu Muslim Di Gereja - Mesyuarat di Majlis Aids Malaysia

28 Julai 09, jam 3.00 petang, saya dan yang lain menghadiri satu mesyuarat di Majlis Aids Malaysia di Sentul Boulevard.

Perbincangan lebih tertumpu mengenai perjalanan rumah yang ingin di didirikan. Mesyuarat juga dihadiri oleh wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita.

"Jika betul kamu semua boleh buat dengan baik, maka kita akan maklumkan pada hospital, pesakit muslim bolehlah ditempatkan di tempat kamu, tak payah lagi di White House (gereja) tu" kata salah seorang pegawai dari Majlis Aids Malaysia.

Untuk mendirikan rumah bagi pesakti HIV, banyak jabatan dan kementerian yang akan terlibat. Ini kerana, mereka boleh memberi tunjuk ajar dan membantu dari berbagai sudut.

"Kalau rumah tu, yang kami cadangkan sewanya tak lebih dari RM 1500 sahaja" pegawai dari Majlis Aids ini mencelah.

"Hmm, kalau di lembah Klang ni, mana nak cari rumah yang sebijik (Bunglow) yang berharga RM 1500, mesti lebih punya" kata En. Abbas, sahabat yang bersama membantu untuk rumah HIV ini.

"Yang agak membantutkan dari segi kewanganlah" kata Abang Azizi yang turut bersama di dalam mesyuarat.

"Kalau kamu tahu kewangan masalahanya, kenapa kamu nak buat rumah ini"

Salah seorang dari pegawai Majlis Aids menyampuk.

Saya agak terkejut dengan kenyataan ini.

Ye… kenapa nak buat rumah seperti ini?

Nak apa?

Nak menyusahkan diri?

Nak nama?

Nama keuntungan?

Untuk apa ye?..

Kalau nak nama, ini bukan tempatnya. Malahan ramai yang memandang serong dengan tugasan ini, malahan ramai yang tidak menyokong, malahan berlaku juga sedikit selisih faham dengan sahabat dari Jabatan-Jabatan yang ada.

Nak keuntungan? Untung apa? Masa dihabiskan, duit dihabiskan, semua sendiri kena mulakan.

Nak apa?

Terngiang kembali soalan seperti yang ditanya oleh pegawai ini,

"Kalau kamu tahu kewangan masalahanya, kenapa kamu nak buat rumah ini"

Saya membisikkan di hati saya, dan ini yang sering diucapkan dengan sahabat-sahabat yang membantu.

"Kita membuat perkara ini adalah untuk mencari keredhaan Allah, kalau dengan usaha ini mengundang redha Allah, maka teruskanlah. Tetapi jika ia menjauhkan kita dengan Allah, lahir sifat sombong, bangga, bongkak, maka carilah usaha lain yang boleh merapatkan kita pada Allah"

Satu cita-cita hanyalah, menyelamatkan saudara seIslam kita dari gereja ini. Tidak ada yang paling memilukan melainkan melihat mereka bersalaman dan membisikan,

"Kalau ada tempat yang dibuat oleh orang Islam, kami nak keluar dari sini"

Apapun latar belakang mereka, mereka tetap orang Islam. Jika mereka bertaubat dan ingin kembali pada Allah, mereka lebih mulia dari kita yang sihat dan selalu lupa Allah.

Allah tidak memandang di mana kita bermula, Allah menilai di mana kita berakhir.

Orang yang mulanya baik, tapi hujungnya lupa Allah lebih teruk dari orang yang mulanya jahat tetapi hujungnya rapat dengan Allah.

Hari ini, Alhamdulillah. Rumah telah dapat disewa, telah dibersihkan dan mula dibuat sembahyang di dalamnya.

Bermula awal Ogos, rumah ini akan mula di duduki secara rasmi sebagai rumah perlindungan Darul Ukhwah. Rumah perlindungan bagi muslim saudara kita, yang menghidap HIV.

Semoga ia terus dibantu oleh Allah, dan semoga Allah membukakan hati kita untuk terus berusaha merapatkan diri kita padaNya.

Yang penting, kita buru keredhaanNya ketika kita hidup, kita buru keredhaanNya ketika kita mati dan kita usahakan keredhaanNya ketika dibangkitkan nanti di akhirat.

Sesungguhnya, kita tidak ke syurga dengan amalan kita. Amalan kita terlalu sedikit dibandingkan dengan syurga di akhirat. Kita ke syurga kerena keredhaan Allah. Sedikit cita-cita dan usaha membuat amalan, walaupun susah dan diuji, mudahan mengundang keredhaanNya.

Semoga kita akan terus memperbaiki diri untuk selamat di dunia dan di akhirat.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Khamis 30 Julai 09
Jam 8.00 pagi
Mesyuarat dari Majlis Aids

" Oo, kalau you all nak buat rumah perlindungan bagi orang Islam, saya nak sumbang satu set kerusi, boleh tak?" kata Dato' Zaman Khan, bekas Ketua Siasatan Jenayah
Mesyuarat di adakan di Majlis Aids Malaysia di Sentul Boulevard.
Alhamdullillah, rumah yang telah selesai di kemas. Pertama kali solat didirian di rumah ini pada hari Isnin 27 Julai 09

5 comments:

Anis Hartini Haron said...

Tahniah Ustaz dan rakan²...

Administrator said...

Salam, Ustaz Mat.

Tahniah atas usaha. Tertarik dengan Usaha Ustaz, ingin nak join, InsyaAllah satu hari nanti.

Cuma menarik nak komen tentang pegawai yang persoalkan usaha baik ustaz ni. Mungkin kerja kebajikan begini agak baru bagi kita orang Malaysia. So, nilai ini agak kurang ataupun tiada. Sebab titik tolak nilaian kita kepada sesuatu usaha adalah duit / material. Jadi, buat sesuatu hanya nampak keuntungan dan seumpamanya...

Anyway teruskan usaha murni ini.

Wassalam

PINATBATE said...

Mudah-mudahan diberkati Allah.

Suzilah said...

Tahniah ustaz dan rakan2...saya amat gembira & terharu dengan usaha yang dilakukan. Semoga mendapat rahmat dari Allah swt. Ustaz, bagaimana untuk memberi sumbangan dalam projek ini? Seandainya ada kelapangan, mungkin saya dan suami ingin melawatnya. Di mana?

dari Pn. Fazilah

Anonymous said...

ustaz..
kalau nak buat rumah hiv yang penting sekali keikhlasan...bukanya hanya nak cari glamour atau publisiti...