Friday, July 3, 2009

Diari 80 - Melayu Di Istanbul Asia

Kak Safiah dari Seksyen 9 Shah Alam menghubungi saya pada malam 26 Jun 09.

"Ustaz, cubalah ziarah pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Istanbul bahagian Asia. Nanti saya akan cuba dapatkan nombor contactnya"

"InsyaAllah, saya cuba cari," jawab saya ringkas.

Malam ini, dapat satu message dari Kak Safiah yang menyatakan nombor pihak sekolah al-Quran di Istanbul bahagian Asia.

Pagi ini, 27 Jun 09, saya menghubungi pihak sekolah tersebut. Rupanya, mereka tidak boleh berbahasa Inggeris mahu pun Arab. Saya Cuma memberitahu:-

"I am from Malaysia, from Malaysia.."..

"Ah..ok, ok", jawabnya. Entah apa yang ok, saya pun tak tahu.

Tak lama selepas itu telifon diserahkan kepada seorang pelajar Malaysia bernama Hasbullah.

"Hello, saya Hasbullah," katanya.

"Assalamualaikum, Hasbullah, saya Muhamad dari Malaysia. Saya nak ziarah kamu, boleh tak berikan alamatnya, " kata saya.

Saya memberikan telifon kepada sahabat saya dari Belgium, Tuncay Kaya. Dia cepat-cepat mencatatkan alamat yang diberikan oleh Hasbullah.

"Ok, insyaAllah, nanti dalam tengah hari saya sampai," kata saya padanya.

Kami bertolak dari Institut al-Wakvi pada jam 9 pagi. Ustaz Mustafa menyediakan kami sebuah kereta untuk pergi ke sana. Kami pergi berempat,

Saya, Ustaz Jamal, Tuncay dari Belgium dan Ahmad Reza, pemandu kami hari ini.

Jalan pagi ini agak sesak. Kami melintasi Istanbul bahagian Eropah menuju Jembatan Sultan Fateh.

Pemandangan sempadan antara Eropah dan Asia ini sangat cantik. Ia menjadi laluan kapal-kapal bersar. Terdapat juga kapal selam yang diletakkan dikawasannya.

"Welcome To Asia" satu papan tanda di kanan jalan selepas jembatan Sultan Fateh.

Masuk ke bahagian Asia tidak seperti Eropah. Ia seperti negara Arab lain cuma identiti masjid Turki, membezakan tanah ini dari negara Arab lainnya.

Hampir sejam lebih juga kami mencari, bermula dari Kawasan Sultanbeyli, kemudian ke Samandira, kemudian ke Orhangazi kemudian akhirnya kami menemui sekolah yang dimaksudkan.

Ketika kami sampai, pelajar Malaysia sedang belajar di dalam kelas. Hasbullah menyambut kami dan mempersilakan kami duduk di pejabat.

"Tunggu dulu ye, dalam setengah jam lagi nanti kami datang, sekarang ada kelas" kata Hasbullah.

Kami dihidangkan dengan teh o panas, seperti kebiasaan menziarahi orang Turki. Datang seorang guru berbual-bual dengan kami. Dia mengajar ilmu bahasa Arab tetapi tidak boleh bertutur dengan bahasa ini. Mungkin kurang praktis.

Perbualan kami diterjemahkan oleh Tuncay. Nasib baik dia ikut sekali, kalau tidak, berbual dengan bahasa isyaratlah kami.

Saya memerhatikan sekitar sekolah Quran Kursu ini. Ia lebih kemas dan cantik. Para pelajarnya juga lebih moden dengan memakai baju kemeja dan dimasukkan ke dalam seluar.

Beza dengan al-Wakvi ialah kebanyakkan gurunya berserban dan berjubah.

Walaubagaimana pun, saya bersyukur, sebab dari muda dah terdedah dengan negara orang. Semoga menjadi orang hebat untuk agama, bangsa dan negara satu hari nanti, amin..

Selepas habis kelas, Hasbullah dan kawan-kawannya datang menemui kami. Mereka semua berbual dengan mesra. Oleh kerana telah sampai waktu makan, kami semua diajak turun ke bawah, ke dewan makan.

Kami dihidangkan dengan nasi. Oleh kerana ada pelajar Malaysia, barangkali mereka memasakkan nasi untuk pelajar ini.

Setelah beberapa ketika, saya pun meminta izin untuk pulang.

Saya melambai mereka dengan mesra, dengan tersenyum hati saya berbisik,

"Tak sangka, ramai juga anak Melayu merantau ke sana ke mari. Tapi mereka beruntung. Duduk di sini, mereka akan dapat menguasai tiga bahasa InsyaAllah. Bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Turki. Inilah kelebihan pelajar di sini di bandingkan dengan tempat lain"

Apa yang diharapkan ialah mereka belajar bersungguh-sunguh untuk berjaya. Ini kerana, kemenangan seorang pelari sebenarnya bukan terletak pada lorongnya, tetapi pada pelari itu sendiri. Jika memang mereka itu berkualiti, duduk di mana pun insyaAllah akan menjadi hebat. Bak kata pepatah Melayu:-

"Di campak di laut menjadi pulau, decampak di darat menjadi bukit"

Semoga mereka pandai menghargai peluang yang sedang mereka dapat sekarang.

"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

Al-fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Putra Heights
3 Jun 09, jam 1.40 pagi

Kapal Selam di Selat Bosphorus
Jambatan yang menghubungkan antara benua Asia dan Eropah
Rumeli Hisari (Benteng sebelah Rom) yang dibina oleh Sultan Muhamad al-Fateh untuk mengawasi kapal-kapal yang lalu lalang di selat ini
Selat Bosphorus





Pejabat Madrasah al-Quran di Istanbul Asia
Bersama pelajar Malaysia di sini

Dapur

5 comments:

h a r i z, H said...

Assalamualaikum ustaz. baru saya tahu ada pelajar Malaysia di Turki, walaupun sudah ada orang Macedonia memberitahu orang Malaysia sama bilik dengannya di universiti. Saya fikir, mungkin anak2 duta ataupun orang kedutaan saja.

Boleh saya dapatkan contact number mereka? Senang ke sana nanti.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz..adik ana nak cuba masuk sekolah di istanbul asia di Turki..ustaz ada nombor pejabat mereka..atau laman web mereka..

farihani hanif said...

assalamualaikum ustaz...
saya satu keluarga bercadang melancong ke turki pada mac 2011.
kalau boleh ustaz berikan no.contact pelajar malaysia di sana...sebagai pemandu pelancong...
terima kasih..wassalam
farihani 0123485614

Mr. H said...

salam ustaz, saya juga pelajar malaysia yang berada di turki.
kalau ada apa2, mungkin saya boleh bantu.
+905075431454. no saya di turki.
hazwan_hasrin[at]yahoo[dot]com

yeni dogan said...

orang melayu tak berapa ramai di sini .

kalau yang berkahwin dengan orang turki dan tinggal di turki dalam 10- 12 pasangan/ famili . luar kota istanbul seperti di Adana seorang saja , diyabakir seorang saja , bursa dah tak ada . istanbul beberapa saja yang ada .

yang lain pelajar dan duta

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...