Di bawah ialah bacaan doa yang diajarkan oleh Jibril kepada junjunga Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalamkitab al- Muwattaa. Hadith ini juga dinukilkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad tanpa menyebut perkataan "Isra".
Apa yang penting di dalam amalan ini ialah, ia menjadikan kita semakin berharap dan bergantung pada Allah. Dengan itu, Allah akan melindungi hidup kita walau di mana kita berada. Semoga ia memberi kebaikan pada kita semua
و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ قَالَ أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَطْلُبُهُ بِشُعْلَةٍ مِنْ نَارٍ كُلَّمَا الْتَفَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ إِذَا قُلْتَهُنَّ طَفِئَتْ شُعْلَتُهُ وَخَرَّ لِفِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَى فَقَالَ جِبْرِيلُ فَقُلْ
أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ
'Auu zu bi waj hilla hil karim
وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ
wabikalimatillahit taammatil lati la yujawizuhunna barru wa la fajir
مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
wa mim syarri ma yan zilu minas sama'
وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا
wa syarri ma ya'ruju fiha
وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ
wa syarri ma zara'a fil ardhi
وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا
wa syarri ma takh ruju minha
وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
wa min fitanil laili wan nahari
وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
wa min tawariqil laili wan nahari
إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ
illa toriqan yatruqu bi khairin ya rahman
Ia (Yahya) meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Yahya bin Said, bahawa ia berkata, ketika Rasullullah saw, diisrakkan, baginda melihat Ifrit dari kalangan jin mengejarnya dengan sebuah obor api. Setiap kali Rasullullah saw menoleh, baginda selalu melihatnya. Maka Jibril berkata kepada baginda, "Mahukah kamu aku ajarkan kalimah yang dapat kau ucapkan. Jika engkau membacanya, maka obor itu akan padam dan dia (jin itu) akan jatuh dengan mulutnya (tersungkur), Rasullullah menjawab, "Ya", Jibril lalu berkata, bacalah :-
Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mulia dan dengan kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat dilampaui oleh orang yang baik dan pendosa, dari kejahatan apa yang turun dari langit, dan kejahatan yang naik padanya, kejahatan yang ditabur di bumi dan kejahatan yang keluar darinya, dari fitnah malam dan siang serta yang datang di malam dan siang kecuali yang datang dengan kebaikan, wahai Yang Maha Pengasih.
"Ilmu Itu Cahaya'
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Ahad 19 Julai 09 jam 9.10 pagi
9 comments:
assalamualaikum ustaz.saya tengok dan dengar ceramah ustaz pagi tadi,terdetik hati nak tanya ustaz macam mane nak jauhkan keinginan tengok benda-benda 'kotor',adakah mungkin semua ibadat kita tak diterima sebab masih teringin melihat benda2 mcm tu walaupun solat penuh.
benda kotor itu apa? Najis atau gambar lucah atau apa? Boleh tolong jelaskan sikit baru saya boleh beri komen dengan tepat.
TK
salam ustaz,
apa nama doa tu ustaz (sekiranya bernama)..
saya nak cari lebih lanjut sbb x berapa clear doa tu displayed.
assalamualaikum ustaz, saya ada seorang abang yg menghidap sakit HIV dan seorang penagih dadah yang sudah kronik. adakah apa-apa doa yang boleh dibacakan keatasnya supaya dibukakan hatinya untuk bertaubat. Ini kerana berbagai teguran & sudah banyak kali keluar masuk pusat pemulihan.
ustaz, bolehkah saya berniat untuk puasa qada` dan sunat bulan rejab sekaligus? adakah saya harus terus menerus membayar puasa yang telah banyak saya tinggalkan dahulu sehingga saya sendiri tidak pasti berapa banyak.. atau cukup sekadar saya membayar fidyah?
assalamualaikum ustaz,
sy hendak bertanya.bagaimana doa yg di amalkan untuk perlindungan dijauhkan dari fitnah?
Ustaz, bukan surah annas ke yang diajar jibril semasa dikejar ifrit ini?
Maaf ustaz... saya rasa ade sedikit tersilap taip pd bacaan rumi utk ayat
وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا
wa syarri ma takh ruju minha
....
wa syarri ma takh/yakh ruju minha?
Mohon pencerahan atau 2 2 di benarkan?
Post a Comment