Thursday, July 23, 2009

Universiti Kehidupan 96 - Bolehkah Harta Wakaf Digunakan Oleh Orang Bukan Islam? Mari Bincangkan..

"Ustaz, boleh ke?," tiba-tiba sahaja ustaz Mohd Farid dari Lembaga Zakat Selangor berpaling pada saya sambil dia mengerutkan dahinya seakan-akan tidak puas hati.

Hari ini 22 Julai 09, jam 9.30 malam, saya memenuhi undangan Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Bulan Wakaf Selangor 2009 yang di adakan di Dataran al-Falah Sungai Ramal Dalam Kajang.

Majlis dirasmikan oleh YB. Dr Shafie, Adun Kawasan Bangi. Semua hadirin yang ada tiba-tiba tercengang dan berbisik-bisik sesama sendiri apabila YB menceritakan mesyuaratnya yang mencadangkan agar harta Wakaf digunakan untuk orang bukan Islam.

"Saya secara peribadi tak setuju" kata saya pada Ustaz Farid.

"Apa kata Mufti?" Tanya saya pula.

"Dato' Mufti belum beri apa-apa pandangan" kata Ustaz Farid.


Hujjah yang digunakan ialah pada zaman Abasiah, ada wang Baitul Mal digunakan untuk orang bukan Islam.

Persoalannya sekarang ialah, harta Baitul Mal ada berbentuk Khas dan ada yang berbentuk Am. Yang Khas seperti wakaf. Yang Am seperti harta jumpaan, harta rampasan, jizyah dan sebagainya.

Harta yang digunakan pada zaman Abasiah ialah harta dari sumber Am bukan dari yang Khas.

Baitul Mal sekarang, tidak ada sumber dari kategori Am. Semuanya khas. Yang Am di bawah pentadbiran kerajaan pusat.

"Jadi, adakah yang khas boleh digunakan untuk orang bukan Islam?" Ustaz Farid meneruskan perbincangan dengan saya.

"Pada pendapat saya tak boleh, tapi kita tunggu sahaja apa pendapat Mufti" kata saya.

Perbincangan kami terputus ketika kami dijemput untuk ke pentas berforum.

Malam ini, rakan ahli panel saya ialah Ustaz Ghazali Omar. Kami membincangkan mengenai peranan wakaf bagi membangunkan ekonomi umat Islam. Forum tamat pada jam 11.30 malam.

"Mmm, saya nak bincangkan dalam blog," bisik hati saya. Mana tahu ada pandangan yang boleh kita kongsikan bersama untuk kebaikan umat Islam.

Jadi, mari kita bincang,

"Adakah Harta Wakaf Boleh Digunakan Oleh Orang Bukan Islam" Semoga pandangan anda boleh membantu dalam perbincangan yang lebih besar.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
23 Julai 09 jam 12.35 tengah malam.
Ahli Panel dari kanan, saya, ustaz Farid, Ustaz Ghazali dan pengerusi Am ialah seorang pegawai JAKIM yang bertugas di penjara
Sebahagian yang hadir
Istimewanya di sini ialah, ada tapak untuk orang berniaga.

16 comments:

Rahmat said...

Apa yang nak diherankan…zaman sekarang yang halal diharamkan yang haram dihalalkan..tanda tanda akhir zaman..

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Anonymous said...

Salam,
Ustaz, bagaimana saya nak hubungi Ustaz? Saya ingin menjemput Ustaz ke satu perjumpaan. Atau Ustaz boleh email saya di ada.embun@gmail.com

Terima Kasih

Ahmad said...

Salam ustaz...

Pendapat saya, boleh la kalau nak diberikan harta wakaf utk bukan islam. Kalau itu boleh mendekatkan mereka kepada islam. Tapi dalam hal ni, kena tegaslah, buat satu perjanjian yg harta wakaf tu akan digunakan sehingga mereka (org bukan islam tu) boleh berdikari sendiri. Kalau depa dah boleh berdikari sendiri, kena serahkan balik harta wakaf tu. Jadi, permulaan nya kene tegas la. Nant kalau tak tegas, depa pijak blk la kepala kita.

Sekian.

Anonymous said...

Salam ustaz

Maaf cakap tapi saya berpendapat perubahan2 yang dicanang ni semua berunsur politik, nak undi/support. Hukum di ubah2 mengikut nafsu masing2 dengan pelbagai tafsiran sampai mengelirukan orang ramai yang tinggi ilmu macam saya ni. Orang Islam/Melayu dah hilang maruah malangnya takda siapa yang nak pertahanakan baik pembangkang atau kerajaan. Sedih :(

JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI said...

Salam ziarah. Berkata al-Nawawi dalam al-Minhaj,dan dihuraikan oleh al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj: tidak sah wakaf kepada orang murtad dan kafir harbi kerana diri mereka tidak dawam (tidak kekal) disebabkan mereka wajib diperangi, sedangkan wakaf itu bertujuan untuk kekal. seperti mana tidak sah mewakafkan harta yang tidak kekal, maka begitu juga tidak sah mewakafkan harta kepada orang yang tidak kekal.

Akan tetapi sah wakaf kepada kafir zimmi diqiyaskan kepada keharusan memberi sedekah tatawwu' kepada mereka. akan tetapi disyaratkan agar tidak terzahir tujuan maksiat. jika untuk tujuan maksiat seperti utk pembinaan kuil/ gereja maka tidak sah wakaf. ini kerana wakaf dibuat untuk tujuan ibadat kepada Allah. sedangkan tiada ibadat dalam perkara berhubung maksiat.

Waalahu A'lam.

Wa alaikum bi muraja'ah qauli.

Shahabudeen Jalil said...

Ustaz bukak pada perbincangan ini bagus.. tapi respon yang dapat nie agak menyedihkan.

Memang Wakaf boleh digunakan untuk oleh orang bukan Islam.Orang Kafir dzimmi. Bukan orang kafir Harbi (orang kafir yang tidak ada memiliki ikatan perjanjian dan jaminan keamanan).

Sebabnya Nabi tak larang perkara ini.

Ustaz Farid dalam cerita nie mungkin fail dalam exam nie dulu kot. Ataupun tergolong dalam golongan yang bangga dengan panggilan ustaz tapi apa pun taktau.

Perbincang perlu disertakan dengan dalil. Kalau dia kata tak setuju, bagi la dalil atau sirah yang dia pegang mengatakan tidak setuju. Barulah perbincangan itu hidup. Ilmu itu berkembang.

(pengecualian diberi jika ustaz amin tak mengemukakan dalil yang diberi oleh Ustaz Farid. Dlm konteks ini, Ustaz Amin bersalah sebab cerita separuh jalan)

Saidina Usman mewakafkan telaga air. Takkan dia nak buat syarat kat situ mengatakan orang kafir tak boleh amik air dari sini ??

Orang wakafkan jalan raya. Takkan kita nak buat tol untuk menyuruh orang bukan islam berpatah balik sebab jalan kat depan tu jalan wakaf ??

Konteks di Malaysia nie agak sempit sebab kita kaitkan wakaf dengan tanah kubur dan masjid semata-mata. Wakaf2 lain kita tak pernah kaji.

Nabi Muhammad diturunkan sebagai rahmat untuk seluruh alam.. bukan untuk orang Islam sahaja.

Aku berharap komen orang yg bernama rahmat itu tidak terkena pada batang hidung sendiri.

Shahabudeen Jalil said...

baru baca komen Juraish...

bagus, dan berilmiah.

Terima kasih.

Ustaz Farid kena belajar ini. Ustaz Amin pun kena belajar, bukan main bedal jer macam sebelum2 ini.

Rahmat said...

seperti kata Shahabudeen ..semoga tidak terkena pada diri saya dan juga saya harap fitnah akhir zaman seperti ini tidak juga terkena pada semua muslimin dan muslimat termasuk juga saudara Shahabudeen..

semoga kita sentiasa berada di bawah naungan Rahmat Allah...

dari saya yang kurang ilmu lagi miskin amal...

Shahabudeen Jalil said...

aik.. apsal macam angin semacam jer nie ??? hahahaha..

kan sakit hati bila kebenaran dinyatakan dan terkena pada ego batang hidung diri sendiri ???

Next time, kalau nak ckp, selidik dulu. YB tu pun bukannya bodoh nak buat cadangan (yang kononnya menghalalkan apa yang haram) tu kat majlis umum macam tu.

Tak pasal2 dah tergolong dalam golongan hina dan buruk.

Rahmat said...

biarkan hina dan buruk pada pandangan manusia...tetapi mulia dan cantik pada pandangan Allah swt...

kalau angin banyak sangat minum teh tarik halia he..he.. :)

Anonymous said...

Ustaz kafir kat Malaysia nih kafir harbi ke zimmi? Mereka menguasai ekonomi dan sekarang politik jugak. Orang kita ramai lagi yang masih miskin yang perlu dibantu. Contoh, saham ASM baru ni pon banyak tak diambik. Orang kafir telah dengan lahap nya membeli share orang bumi ni dalam masa satu hari. Kita ni nak wakaf kat dia orang, sedangkan kita pon masih susah. Pelik kan?

Ustaz Amin said...

Terima kasih kepada semua sahabat yang memberi pandangan.

InsyaAllah, akan dipanjangkan

Hunny said...

Salam Ustaz

SJ berkata:

"Konteks di Malaysia nie agak sempit sebab kita kaitkan wakaf dengan tanah kubur dan masjid semata-mata. Wakaf2 lain kita tak pernah kaji."

Sah!SJ tak habis buat penyelidikan.
Punyala banyak jenis wakaf lain orang Malaysia dah kaji dan buat. Siap digubal enakmen wakaf di 3 negeri selangor, negeri sembilan dan melaka.Menurut enakmen Wakaf Selangor 1999, ada peruntukan mengenai Saham wakaf selangor,atau wakaf secara tunai. Hasil daripada wakaf tunai, selain dari masjid, dibina sekolah agama, perpustakaan wakaf,pembelian bangunan kedai wakaf dan rumah2 sewa,klinik wakaf, bangunan sekolah dan institusi, penyewaan tanah, penanaman...etc. terkini,Kerajaan Selangor meluluskan untuk melaksanakan wakaf irsod, iaitu wakaf tanah2 daripada kerajaan ke atas nama MAIS.

SJ berkata:-
"Next time, kalau nak ckp, selidik dulu"

SJ berkata lagi:
"Aku berharap komen orang yg bernama rahmat itu tidak terkena pada batang hidung sendiri."

SJ turut berkata:-

"Ustaz Farid kena belajar ini. Ustaz Amin pun kena belajar, bukan main bedal jer macam sebelum2 ini."

SJ turut berkata:-
"kan sakit hati bila kebenaran dinyatakan dan terkena pada ego batang hidung diri sendiri ???

Next time, kalau nak ckp, selidik dulu. YB tu pun bukannya bodoh nak buat cadangan (yang kononnya menghalalkan apa yang haram) tu kat majlis umum macam tu.

Tak pasal2 dah tergolong dalam golongan hina dan buruk."

Ana malas cakap banyak. Lu pikirla sendiri..

Hunny said...

SJ senyap jer... I wonder why?

Anak Perelih said...

Saya rasa SJ berkata.. kita orang MAlaysia ni hanya kaitkan harta wakaf dengan tanah kubur dan masjid walaupun terdapat berbagai jenis wakaf lagi... bukan dia berkata di malaysia ni jenis wakaf ada tanah kubur dan masjid sahaja... ada berbeza tu... SJ menerangkan persepsi masyarakan awam terhadap harta wakaf... bukan jenis harta wakaf yang terdapat di negara ini...

Anonymous said...

pd pndgn sy, ia terletak pada jenis waqafnya..cth mgkin ada mg'am'kan waqaf untuk pembangunan ummah tapi pengurusan sptotnya lebih diberatkan untuk mbggnkan ummah trutama yg paling dilihat perlu dibantu adalah golongan asnaf, mmg la kite buleh ckp org bukanislam pon xley dhalang mggunakan waqaf am..cube fikirkan rasionalnya kita utamakan bangsa lain mbangunkan ekonomi waqaf kita sedangkan komuniti yg beriman itu masih ada dan sgt memerlukan...wuallahualam...ini skdr pndgn sy..hmbaNya yg masih meneguk ilmu n menagih ilmu pinjamanNya.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...