Tuesday, July 21, 2009

Al-Ijabah 14 – Doakan Mereka Sembuh

Malam ini 20 Julai 09, lepas Maghrib, saya memenuhi undangan ceramah Israk dan Mikraj di Kelana Jaya.

Baru sahaja memulakan muqaddimah, telifon saya menerima sebuah message. Ia datang dari salah seorang warden asrama anak yatim al-Ijabah

"Salam, ustaz, budak2 asrama semua demam. Ramai yang balik. Ubat dah habis, minta tolong hantar ubat untuk dia orang"

Berdegup jantung saya ketika itu. Tak perasan, sibuk menguruskan usaha mengeluarkan saudara kita dari gereja, dah beberapa hari saya tak jenguk asrama al-Ijabah.

Walaupun ceramah yang disampaikan agak terarah, kerana menurut apa yang dipaparkan melalui power point, tapi kualiti penyampaian malam ini agak kurang.

Tak tahulah jemaah dapat rasa atau tidak.

"Dah lah sekarang musim Denggi" bisik hati saya.

Setelah habis semua program, saya menghubungi ibu saya.

"Mak ubat dah habis ke?

"Mmm, last tadi petang", Jawab ibu saya ringkas.

"Nanti singgahlah mana-mana farmasi belikan Panadol" tambah ibu lagi.

Saya membelek jam di tangan. Sudah hampir sepuluh setengah. Mana ada farmasi yang buka.

"Aaa, dekat USJ 18 ada kedai yang lambat tutup, cepat sikit, kita ke sana" kata saya pada Syamsul yang sedang membawa kereta.

Setelah membeli beberapa papan Panadol, saya terus ke asrama di USJ 4 ini. Ketika melangkah masuk, semua anak-anak ini sudah tidur. Hanya ada dua orang sahaja yang masih terpusing ke kanan dan ke kiri. Saya memegang dahi beberapa dari mereka.

"Mmm, memang panas" bisik hati saya.

"Nanti berikan pada anak-anak ini ye" kata saya pada warden asrama ini.

"Tapi, dia orang ni susahlah nak makan ubat", kata warden ini pada saya.

"Sabarlah, seliakan dio orang. Sebab itu Nabi katakan penjaga anak yatim akan bersamaku di syurga. Sebab apa dapat syurg?, sebab memang payah nak jaga" kata saya.

Memang, apabila disebut mengenai balasan syurga, sebenarnya ia satu perkara yang perlukan pengorbanan untuk buat.

Allah bukan minta seluruh masa kita untuk kita berikan padaNya. Bukan minta seluruh harta kita untuk diberikan pada jalanNya. Hanya sedikit harta untuk zakat dan sedekah, hanya sedikit masa untuk taat. Tapi ramai manusia yang terlalu berkira dengan Allah.

Sedangkan, sedikit yang kita korbankan untuk Allah akan diganti dengan seribu kali lebih baik.

Nabi saw pernah bersabda:-

"Peliharalah dirimu dari api neraka walaupun kamu bersedekah dengan sekoyak tamar"

Hari ini, orang lebih risaukan hari tua dari hari akhirat. Dia takut kalau tua nanti sakit itulah, sakit inilah. Dia risaukan hari tua nanti, kalau tak ada harta macam mana, dia risaukan jika hari tua nanti, anak tak hiraukan dia.

Tetapi, tidak ramai orang yang risaukan sakit di akhirat, tidak ada harta di akhirat dan tidak dihiraukan di akhirat, sedangkan, kesusahan di dunia terlalu kecil dibandingkan dengan kesusahan di akhirat.

Doakan semoga anak-anak ini sembuh dan doakan juga diri kita agar terus dibimbing oleh Allah untuk menjadi hambaNya yang soleh dan solehah

'Mengharap Kepulangan Yang Diredhai"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
21 Julai 09 jam 1.12 pagi.

6 comments:

Werdah said...

salam ustaz.. maaf saya gunakan anonymous.. saya ditanya oleh seoarang sahabat tentang hukamn Allah pada orang2 yahudi tak boleh makan binatang berkuku satu, binatang seperti kambing,unta dan juga lemak seperti dalam ayat 146 surah al-An'am.. saya baca tafsir keterangannya ringkas iaiatu Allah hukum sebab murka akibat penderhakaan dan kerosakan yang dibuat oleh orang2 yahudi bukan kerana zat binatang itu.. tetapi sahabat saya pula berkata takkan tak ada sebab lain.. kalau haramkan makan babi bolehlah diterima.. saya beristighfar sebab kita tak boleh pertikaikan hukum Allah.. boleh tak ustaz jelaskan ini.. benar2 tak boleh aman dengan soalanya itu..tk

JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI said...

Salam ustaz. Teruskan perjuangan yang mulia ini. Membantu anak yatim dan orang sakit... adalah kerja yang diredai Allah. Barakallahu Fikum.

Hunny said...

Salam Ustaz,

Didoakan agar ustaz dan teman2 seperjuangan tetap kuat menghadapi semua ujian. Didoakan mudah2an anak2 itu cepat sembuh.Allah bersama kita :)

Ahmad Sazali bin Masod said...

salam ustaz, saya nak tanya kalau nak derma sikit2 untuk rumah anak2 yatim ni nak bank in ke no akaun mana. saya bukak website yayasan al-ijabah ada akaun cimb, tapi nombornya lain dari website ustaz. saya tengok yayasan al ijabah pengerusinya seorang tan sri..berdaftar dengan jabatan perdana menteri, adakah rumah anak2 yatim ustaz tu perlukan sumbangan kecil-kecilan dari orang2 biasa seperti saya nie. mohon jawapan.

Siti Hawa Binti Ahmad Fuaad said...

Assakamualaikum ustaz, sekiranya saya ingin menderma ubat-ubatan yang basic seperti ubat demam, ubat batuk, dan ubat selsema untuk kegunaan rumah anak yatim boleh tak? kalau boleh bagaimana caranya?

Ustaz Amin said...

Boleh berhubung dengan pihak kami di 03-5880 1886

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...