Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk berkongsi jawapan pada persoalan.
GuestW Ustaz, apa hukum/pendapat ustaz jika seorg lelaki islam berkata kpd pekerja wanita islam : saya dapatkan/beri bonus pd kamu, kamu kena salam & cium tgn saya. Bagaimana jika lelaki itu (1) serius (2) gurau & jika wanita itu (1) ikut cakap & salam (2) tak ikut/tak salam. Tk 2009-07-28 2:12 AM
Pertama kenal pasti wanita ini. Kalau mahram tak apa.
Kedua kalau tak mahram, maka berdosa.
Bagi perempuan ini, jangan ikut. Allah tidak menjadikan pada harta yang datang dari maksiat itu membawa keberkatan.
Guest salam ustaz.. sebagai sahabat kepada saudara baru, apakah yang harus dilakukan oleh kami ke atas saudara tersebut..ada pendapat menyatakan saudara tersebut perlu mandi hadas dan bersunat. masalahnya disini ialah jika wanita apa yg perlu dilakukan? 2009-07-27 4:03 PM
Kedua-duanya adalah sunat. Jika susah, perlahan-perlahan fahamkan.
Bagi lelaki, bersunat hukumnya sunat tetapi diberatkan, kerana jika orang tidak bersunat, maka kemaluannya akan sentiasa menanggung najis.
Bagi perempuan, kemaslahatannya lebih kepada mengawal nafsu. Ini kerana, perempuan yang tidak bersunat lebih mudah terangsang nafsunya.
esan Salam ustaz, apakah seseorang itu menggunakan duit pusaka untuk majlis makan2? terima kasih.2009-07-27 2:33 PM
Jika mahu gunakan, kena minta redha pada semua ahli waris.
Guest salam. berdosa kah isteri minta cerai dr suami yg tdk jln kan tanggungjwb memberi nafkah, makanan, pakaian , tmpt tinggal? semua isteri yg tanggung.. 2009-07-27 1:48 PM
Tidak berdosa kerana pada ketika itu suami sudah tidak mampu menanggung, ia telah memberi kemudharatan pada isteri.
Guest bagaimana kaedah terbaik berdakwah kpd bukan Islam 2009-07-27 11:49 AM
Mula-mula bina jembatan. Bina hubungan baik.
Setelah dia merasa selesa pada kita, “cabut akar rosaknya” iaitu rasa sensitive pada Islam
Ketiga, “baja hasil semaian” apa yang dia telah faham pasal Islam, terus terangkan dan pasakkan.
Guest mendapat kaedah mengubat melalui mimpi..adakah itu syaitan 2009-07-27 11:48 AM
Jika membawa kita rapat dengan Allah, maka datangnya bukan dari syaitan
Guest bagaimana hendak menjadi tawadhuk dan ikhlas 2009-07-27 11:47 AM
Kena selalu mintak pada Allah.
Keduanya besarkan akhrat lebih pada dunia.
Guest apakah dosa seorang perempuan membuat hubungan dgn suami org? 2009-07-27 11:47 AM
Ada hubungan dosa. Jika lelaki itu mampu, kahwin terus, jangan berjumpa berduaan, kerana yang ketiga adalah syaitan.
salleh Ustaz, dimana nak beli buku Syarah Rukun Iman dan Sifat Solat Nabi, Menurut Mazhab Imam as-Syafie yang ustaz tulis tu? 2009-07-27 11:12 AM
tak ada di kedai, cetakannya terhad, tetapi insyaAllah, saya akan terbitkan dengan lebih luas lagi
Aida Salam. Ustaz nak tanya kalu nak derma sikit2 ke rumah anak yatim ustaz nak bank in ke akaun mana. no akaun di atas cimb tu boleh ke2009-07-27 7:50 AM
Ye, akaun di sebelah kanan, terima kasih kerana bersama dalam berbakti
Guest aMALINA,salam ustaz.sy telah berumahtangga selama 1 thn lebih.sy masih belum dikurniakan cahaya mata.apa doa yg sesuai agar sy dpt truskan usaha. 2009-07-27 6:37 AM
Banyakkan berdoa. Ia rezki dari Allah. Saya ingin cadangkan agar membaca selawat Fateh.
Nur Salam Ustaz,suami baik pd sy.Yg m'buatkn sy sedih,kepatuhan melaksanakan solatnya kurang.(xcukup 5wktu).Mohon Panduan.TQ 2009-07-27 5:35 AM
Terus doakan. Jangan putus asa. Setiap orang ada kelemahannya. Allah datangkan puan dalam hidupnya untuk puan tegur dan bimbing dia. Semoga Allah terus memberi kekuatan pada puan.
Guest saya tinggal dgn ibu mertua, kdang2 suami tiada di rumah sahabat suami yg dianggap anak sendiri oleh mertua dtg. Buat mcm rumah sendiri.Saya x selesa 2009-07-27 5:32 AM
Ajak suami pindah rumah jika dia mampu
Nur Ustaz,Bagaimn cara paling b'hikmah utk menasihati suami spya cukupkn solat 5wktu.Suami boleh mengimamkn solat tp,suami solat apabila "terasa"nk solat. 2009-07-27 5:26 AM
Doakan terus, selalu ajak dia. Macam kita ajak dia pergi bercuti. Ajak dan terus ajak dan terus ajak, jangan putus asa
Guest adakah potong kuku selain hr isnin, khamis dan jumaat berdosa. tkut penyakit memasuki badan 2009-07-27 5:25 AM
Tidak berdosa
Nur Salam Ustaz. Mengapa solat dikatakan tiang agama & Bagaimana cara utk memperbaiki solat.TQ.Wslm 2009-07-27 5:12 AM
Sebab sesiapa yang tidak mendirikan solat seperti tidak ada agama padanya. Untuk memperbaiki solat jaga 7 perkara
1. jaga syarat sah solat (ada lima)
2. jaga sunat sebelum solat seperti azan,iqamat dan lain-lain
3. jaga rukun solat
4. jaga sunat dalam solat
5. jaga makruh dalam solat
6. jaga perkara yang membatalkan solat
7. jaga khusyuk
yusoff assalamualaikum ustaz,bolehke ustaz berikan contact no. pengeluar air mineral b'putra, skarang ni saya ambil dari yg bukan muslim 2009-07-27 5:08 AM
tolong beri email tuan..
Guest Sembahyang bagi Musafir:- Bolehkah kita terus sembahyang Jamak & Qasar setelah sampai tempat yg dituju yg kita akan bermlm tak lebih dari 4 hari. 2009-07-27 4:54 AM
boleh
Ummu firdaus saya ada tanah 1 ekar utk wakaf di nilai. jika ustaz berminat utk kompleks Ijabah email saya di mail 2009-07-27 4:50 AM
insyaAllah, terima kasih, nanti saya hubungi
Guest Sembahyang Jamak & Qasar:- Dlm keadaan musafir bolehkah kita sembahyang jamak takdim dgn sembahyang Jumaat dihimpun kpdnya Sembahyang Asar 2 rakaat. 2009-07-27 4:46 AM
Boleh
Ummu firdaus sudah kah ustaz dapat lokasi utk kompleks al ijabah? brapa keluasan tanah yg diperlukan? 2009-07-27 4:46 AM
Tanahnya di Puchong seluas 2 ekar, nak sama-sama berwakaf, bolehlah di akaun Yayasan Ijabah di sebelah kanan blog ini
Ummu firdaus Usataz, dimana saya blh beli air UAdC?Sy tinggl di SS15 Subang Jaya 2009-07-27 4:43 AM
Hubungi 03-5880 1886
zul Apakah kencing berdiri tidak dilarang,seperti kate ustad Husni didalam Alkuliah pada tajuk istinjak? 2009-07-27 2:32 AM
dilarang keculi pada ketika tertentu seperti ketika mudharat, berjaga-jaga dalam perang dan sebagainya
melur siapakah yang patut menjaga anak angkat perempuan setelah bercerai... adakah hadis-hadis atau ayat al-quran yang dpt membantu saya.. 2009-07-26 10:40 PM
Ayah angkat di atas akad mula-mula ingin mengambil anak ini. Kalau tidak, ayah sebenarnya, kalau tiada, Baitul Mal
Razifembi adakah nabi buta huruf sehingga baginda wafat? 2009-07-26 4:55 PM
Pendapat yang majoriti nabi tidak boleh membaca hingga wafat. Ada padangan terpencil yang mengatakan Nabi akhirnya boleh membaca
Razifembi Apakah hikmah dibenarkan berpuasa walaupun masih dalam keadaan berhadas, dan tentulah solat subuh juga tidak terlaksana jika berhadas. Apa hikmahnya 2009-07-26 3:27 PM
Sebab syarat sah solat adalah suci dari hadas, puasa tidak. Boleh jadi, ada orang bermimpi yang mengeluarkan mani pada waktu tengah hari ketika puasa.
Razifembi terima kasih ustaz budiman. walaupun soalan saya tentang tgn nabi yahya tiada jawapan. Semoga ustaz sabar dan tabah dalam usaha dakwah... 2009-07-26 3:25 PM
Saya tak tahu sebab apa, kerana, dalam pembacaan saya tidak ditulis kenapa ia tidak ditanam. Kenapa orang terdahulu sebelum Islam tidak menanamnya.
Lin Salam, bila fikir ttng mati & neraka,saya kesal saya telah dilahirkn di dunia. Berdosakah saya menyesal atas ketentuan Allah swt.? 2009-07-26 10:52 AM
Tidak berdosa selagi tidak diluahkan pada lisan, Cuma, hati tu kena ubat sebab, lisan akhirnya akan berkata apa yang terdapat di hati.
Guest Ustaz jawab, "babi walaupun jadi abu,tetap haram"...fine bone ustaz tak ckp haram pun,harap rujuk kembali jawapan..2009-07-26 9:54 AM
Saya pergi tempat fine bone di China, setakat ini, maklumat yang ada pada saya, ia sekadar nama sahaja. Kalau betul dari Babi maka haram
Wallahu 'Alam Bis Sawab
Semoga menepati kehendak soalan. Jika ada kesamara pada jawapan, tolong tanya kembali
"Soalan, Kunci Pengetahuan"
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Klang
28 Julai 09 jam 10.45
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
1 comment:
salam ustad,
saya nk tumpang bertanya..yang pertama: dalam keadaan kita yg bermusafir dgn kemudahan surau yg banyak oleh R&R dikatakan bahawa kosep jamak dan qasar seakan tidak lagi realeven..jadi saya ingikan kepastian tentang hal ini? yang ke - 2: saya juga pernah pergi ke kursus anjuran JAKIM tidak lama dulu..bagi menjimatkan masa program kami telah membuat jamak solat isyak ke dalam solat maghrib...selepas daripada itu saya terdengar kawan saya bercakap bahwa waktu isyak waktunya pjg sehingga subuh jadi dirasakan tidak perlu untuk menjamakkan solat isyak ke dalam solat maghrib..yang ke- 3: saya nbekerja di putrajaya dan sebulan sekali saya akan balik ke melaka di rumah kedua ayah bonda saya..perlukan saya menjamak atau menqasar solat sy sepanjang berada di rumah keluarga saya..untuk pngetahuan ustad saya telah hampir 8 bulan bekerja di sini...ini membuatkan saya mushkil tetang konsep jamak qasar pada zaman sekarang ni..zaman akhir zaman..saya amat berterima kasih andai ustad dapat membantu saya meleraikan kekeliruan saya ini..
Post a Comment