Monday, July 6, 2009

Universiti Kehidupan 91 - Selamat Pengantin Baru

Sabtu 4 Julai 09, sejak pagi lagi seisi keluarga sudah sibuk. Hari ini merupakan hari pernikahan adindaku, Siti Aminah Abdullah dan Ahmad Azwan bin Ismail.

Selamat Pengantin Baru, saya ucapkan untuk keluarga baru ini. Yang penting, semoga dilimpahi keberkatan kepada adinda sekeluarga.

Kekanda, Ustaz Jazlan sendiri yang mengakadkan Ahmad Azwan. Saya menjadi saksi bersama seorang lagi pakcik.

Sekali akad, alhamdulillah, telah sempurna pernikahan ini.

Bersyukur pada Allah yang telah menyatukan kedua hati ini.

Di dalam Islam, ada empat golongan perempuan yang kita perlu jaga. Jika tidak, mereka boleh menjadi bebanan di akhirat nanti. Mereka perlu dipelihara dengan baik, dijaga imannya, dididik, ditegur dan perlu selalu dinasihati

1. Isteri kita
2. Anak perempuan hingga dia berkahwin
3. Saudara perempuan (adik atau kakak) ketika ayah sudah tiada, hinggalah dia berkahwin
4. Ibu, ketika ayah sudah tiada.

Keempat-empat golongan ini perlu selalu diperhatikan imannya, pengamalan agamanya dan ketaatannya pada Allah.

Kita tidak akan mudah-mudah ke syurga jika ke empat-empat golongan wanita di atas tidak lepas ke syurga.

Jika kita telah tegur dia, telah didik dia, telah nasihat dia, dia tidak mahu ikut, maka semoga lepas kita di akhirat.

Tapi, jangan sampai kesilapan mereka kita sengaja biarkan, tidak ditegur dan dididik.

Semoga kita semua terus dapat memelihara diri kita dan ahli keluarga kita dari api neraka yang bahan bakarannya terdiri dari manusia dan batu.

Mudah-mudahan, selamat kita di dunia dan di akhirat.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
6 Julai 09, jam 9 pagi
Khutbah nikah

2 comments:

Rahmat said...

salam Utz...maaf terlebih dahulu... adakah pergelangan tangan dikira aurat bagi wanita...kalau ya kenapa dibiarkan adik Utz didalam keadaan mendedahkan aurat...dan apakah sekarang sudah dibenarkan utk wanita bersolek bukan utk suami seperti yg kelihatan didalam foto yg Utz paparkan kepada semua...

Ustaz Amin said...

Maaf saya silap, gambar ini sebenarnya ketika di dalam lingkungan ahli keluarga. Saya delete gambar di sini.

Terima kasih

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...