Tuesday, July 21, 2009

Jawapan Pada Persoalan 29

Alhamdulillah, kesempatan ini, dapat kita bincangkan mengenai persoalan yang diajukan. Semoga menepati kehendak soalan. Jika masih musykil, bolehlah Tanya lagi.


kaknor ustaz tlg jelaskan apa hukum org yg tak mahu dgr nasihat ibubapa dan igo tinggi sehiinga ade pertengkaran dan dia ambil keputsan taknak tegor ibu bapa 2009-07-20 12:21 AM


Haram hukumnya. Hendaklah bertaubat dan lebih bersabar. Antara dosa yang Allah akan balas di dunia lagi ialah menderhaka kepada ibu dan ayah.

AISYAH Salam Ustaz, saya nak minta doa untuk elak sihir dan santau. TQ 2009-07-20 1:45 AM


Jaga sembahang wajib, banyakkan solat sunat, baca bismillah setiap kali nak makan, amalkan empat Qul.

Siti Alloyah Saya ingin bertanya ttg solat duduk krn sakit urat selepas main futsal.Adakah solat duduk ini diterima atau tidak. 2009-07-20 2:10 AM


Antara rukun solat yang wajib adalah berdiri. Jika sakit maka boleh duduk. Jika boleh berdiri sebahagian, kemudian sakit, maka yang mampu berdiri itu wajib kena berdiri.

Jika main futsal, terkehel, patah dsb yang membuatkan tak mampu berdiri, boleh duduk.

nafisyah hukum memakai produk2 aura dipasaran,cthnya AURA SERI..antara kegunaannya untuk boost energy,keharmonian rumahtangga dan usaha untuk mendpt zuriat 2009-07-20 2:11 AM

Niatkan sebagai usaha berubat. Tapi jangan sampai meyakini bahawa ia menyebuhkan atau memberi bekas.

Mohd Isa Saya bangun makan sahur pada pukul 6.20 pagi.Bolehkan saya meneruskan puasa saya dengan niiat puasa qada? terima kasih 2009-07-20 3:18 AM

Kalau dah masuk subuh, dan kita sedar, kita makan, maka puasa itu tidak sah.

Guest kesakitan,keresahan dll adakan ujian @ musibah 2009-07-20 3:47 AM

Boleh jadi ujian boleh jadi musibah. Lihat pada tanda. Jika menyebabkan kita semakin hina dan jauh dari Allah, itu tanda musibah

ahba Ustaz,bagaimana mentafsirkan petunjuk setelah solat istikaharah ditunaikan 2009-07-20 3:50 AM


Mana yang paling dipermudahkan untuk kita buat.

sa rasat ustaz saya nk tanya sikit...kalau ada orng sakit yang bertarusan/tua/ xmampu puasa bulan ramadhan, kena bayar fidyah kan? kalau xmampu puasa xmampu xmampu bayar fidya, macam mana hukumnya? 2009-07-20 4:25 AM


tak mampu maka terlepas tanggungan itu. Tapi fidyah tak banyak sebenarnya. Satu hari lebih kurang 700 gram beras yang biasa kita makan

Guest cara utk melembutkan hati anak 2009-07-20 5:00 AM


Sedekahkan fatihah buatnya.


izzuddin As'salam.. Ustaz sy nak tanya Adakah penggunaan 'earfon' diteliga boleh membatalkan puasa pengguna tersebut? 2009-07-20 5:04 AM

tidak batal jika tidak masuk ke dalam telinga bahagian dalam.

nanayat ustaz, bagaimanakah kita hendak menagani masalah kerenah anak2 yg tidak mahu mendengar kata. 2009-07-20 5:20 AM

terus dan terus menegur. Kita tak mampu beri hidayah pada manusia. Kita tegur dia kerana Nabi suruh tegur orang salah.

zukrie assalamualaikum ya ustaz.. saya ada kemuskilan berkenaan kedudukan wanita ketika solat berjemaah. jika solat berdua dengan suami? 2009-07-20 5:50 AM

Sebelah kiri

hafifi sye ade mslah dlam niat dlm solat, klau niat dlam hati ketika solat smpai mne 2009-07-20 7:47 AM


Niat memang tempatnya dihati. Lintasan hati itulah niat.

atikah Salam ustaz, ade x doa yg elok diamalkan utk membanyakkan susu/susu tidak putus.kalau boleh saya nak menyusukan anak saya hingga umur 2 tahun. 2009-07-20 8:30 AM

Amalkan ayat ke 7 dari surah al-Qasas

Guest salam..uataz harap padat masukkan gambar2 berkenaan isra mi'raj yg ustaz tunjukkan dalam program tanyalah ustaz baru2 ini..saya tak sempat melihat den 2009-07-20 9:05 AM

Rujuk entri saya yang lepas dalam Universiti Kehidupan

leeza salam ustaz, bolehkah saya menabur bunga di atas kubur arwah bapa saya tanda kasih sayang saya kepadanya. 2009-07-20 9:25 AM

Boleh, dan tingkatkan juga pada menaburkan ayat-ayat al-Quran dan doa padanya.

blueocean slm ustz.ni soaln sy hr tu.dlm psediaaan mghdpi exam2 pnting spt upsr dsb ada rmai gru yg mnrima soaln bcor dpd phk2 t'tntu n dbriknkn kpd mrd. apakh hkumnya?bknkh ia d angp x amnh.d kbnykn sek phk ptdbr trut mrstui bdya ini n guru2 yg x buat mcm tu dianggp x bkrjsma. 2009-07-20 9:28 AM

Ilmu dari penipuan tidak ada berkat. Hindarkan demikian. Hukumnya haram sebab berlaku penipuan.

mencari Ustaz, apa perlu dilakukan jika isteri sering minta cerai atas sebab tidak cukup kasih sayang dan tidak dapat hidup mewah 2009-07-20 9:58 AM

Teruskan bersabar, berikan kasih sayang dan tingkatkan lagi usaha mencukupkan nafkahnya. Doa dan rujukkan pada Allah permasalahan kita.

ida bagaimana utk menghindari riak,takbur,ujub dalam mendalami ilmu Allah,Kadangkala perasaan sebegini wujud.saya takut amal saya jadi kosong 2009-07-20 11:56 AM

bergaul dengan orang yang boleh terus berpesan kepada tawadhuk. Kita akan dibentuk oleh siapa di sekeliling kita

lid Kadangkala saya berasa sangat susah utk menghafaz sesuatu ayat.kenapa?sebab umur, hidayah Allah atau rezeki? 2009-07-20 11:59 AM

Banyak faktor, faktor umur, faktor makanan, faktor minat dan berbagai lagi. Teruskan usaha. Kalau kita tak dapat hafal ilmu itu, kita akan dapat pahala kerana berusaha.

ha kadangkala kita tau sesuatu benda itu salah, tapi kita tidak ade keupayaan menegur?Bagaimana inginmewujudkan perasaan berani menegur.dituduh berlagak? 2009-07-20 12:01 PM

tegur dengan hati dulu. Doakan dan mintak Allah beri kekuatan untuk menegur dengan lisan pula

Guest ustaz,istri ana dah berisi lebih kurang 6minggu.Usia kami dah nak sampai 40.apakah hukum kami mencuci janin yang belum terbentuk kerana tidak bersedia 2009-07-20 12:47 PM

Pendapat yang paling ringan sekalipun tetap jatuh haram jika telah bernyawa. Kecuali jika ada kemudhratan pada ibu.

Guest ustaz,adakah kaum Ad yg di ceritakan di dlm al-quran itu adalah satu2nya golongan manusia yg ada di atas muka bumi pd waktu itu?2009-07-20 1:54 PM


Ada lagi kaum lain. Ia salah satu yang diceritakan dalam al-Quran sebab banyak pengajarannya.

razifembi Assalamualaikum Ustaz ... saya sudah membaca kisah tangan Nabi Yahya yang berada si sebuah muzium...pertanyaan saya...mengapa tangan Nabi itu tidak


Wallahu Alam. Saya pun tak tahu kenapa mereka tidak mengebumikan sahaja tangan tersebut.
radziah adakah mengerjakan umrah berkali2 semasa berada diMekah sunnah Nabi SAW 2009-07-20 2:56 PM

Ada dua pendapat, dan kedua-duanya ada hujjah masing-masing. Bagi kita, dalam hal khilaf tak payah nak bergaduh.

1. Yang keras kata tak sunnah berdasarkan Nabi hanya berkesempatan buatnya sekali
2. boleh buat.

Kedua-dua ada hujjahnya masing-masing. Bagi saya, jika ada kemampuna, dan tidak melanggar hak orang lain, maka boleh buat.

Wallahu Alam Bis Sawab

Semoga menepati kehendak soalan. Jika masih ada kesangsian, kita bolehlah terus bertanya kembali.


"Pertanyaan Adalah Kunci Ilmu"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Selasa 21 Julai 09 jam 12.30 tengah malam

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...